Saturday 26 April 2014

Honey Lime Fruits Salad



















Bahan-bahan:
Betik solo
Cherry tomatoes
Romaine salad
Mangga Thai
Thai Sweet Basil
Sengkuang
Timun rangup

Bahan sos dipukul sebati:
Honey lime dalam botol alah...yang buat air KL Lime tu...
Garam sedikit
Serbuk buah pala sedikit jika suka
Minyak zaitun sedikit


Individual Puff Pastry Apple Pies



















Source: Chef Fifi www.food.com
Ingredients:
1 package (17 ounce) puff pastry
12 ounces cut up red baking apples (approximately 2 medium sized apples) - I used Granny Smith
1/3 cup packed brown sugar
2 teaspoon flour
1 teaspoon lemon juice
1 teaspoon cinnamon
1/2 teaspoon nutmeg
1 teaspoon lemon zest - 1 added

Egg wash: 1 beaten egg

Method:
Thaw puff pastry according to directions on package.
Peel, core and chop apples up coarsely.
Combine apples with sugar, flour, lemon juice, cinnamon and nutmeg.
Heat oven to 350F / Kim - 200C
Flour surface lightly and cut pastry sheet into nine 3x3 squares.
Place approximately 1/4 cup apple mixture on each square and brush edge with beaten egg, i just use water to brush edges.
Place second pastry square on the top of the already filled pastry to form a pocket.
Press down border with fingers to seal and then press with fork to decorate the edges.
Make a 1" L shape incision into each pie and fold back the pastry flap.
Place on ungreased cookie sheet and give each one on egg wash.
Bake for approximately 20 minutes or until golden.


Thai Basil Chicken



Top : Stir Fry Siew Pak Choy with garlicky & bottom: Thai Basil Chicken - source: perfectscook.com

Ingredients:
1 1/2 tablespoons oil
2 tablespoons garlic - minced
1 1/2 cup red onions
1 cup red bell pepper sliced into strips
2 tablespoons green finger pepper, seeded and sliced
1 kilo cubed chicken breast fillet 
1/2 cup oyster sauce
1 tablespoon fish sauce
1 cup water
2 tablespoons soy sauce
2 tablespoon chopped cilantro
1/3 cup chopped basil
1 tablespoon cornstarch dissolved in 1 1/2 tablespoon water

Method:
In a wok, put oil, saute garlic, red onions, red bell pepper and green finger pepper.
Add chicken and cook until colour changes.
Add oyster sauce, fish sauce, water and soy sauce.
Stir in chopped cilantro and chopped basil.
Cook until chicken is tender.
Add cornstarch then simmer for 1 minute.




Famous Amos Chocolate Chip Cookies























Sumber: Yatie
Bahan-bahan:
1 cawan gula halus/kastor - Kim guna 1/3 cawan kurang sedikit tak sampai penuh
1 cawan gula perang
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur - Kim guna gred C
1 sudu besar susu segar - Kim guna Low Fat Milk
4 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut dicincang 
2 cawan semi sweet chocolate chips - Kim campur semi sweet chocolate chips & coffee chips
1 sudu kecil esen vanilla - Kim guna 1/2 sudu kecil esen vanilla + 1/2 sudu kecil coffee oil

Caranya:
Pukul  gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati, guna whisk saja pun boleh.
Masukkan tepung gandum, garam, baking soda, walnut dan coklat chips.
Adunan ini memang lembik.
Sudukan satu satu kecil diatas dulang pembakar.
Jarak-jarakkan sedikit sebab nanti kukis akan mengembang sedikit.
Dulang tak perlu digris.
Bakar pada suhu 350F (175C) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven.
Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan di atas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.













Monday 14 April 2014

Kek Coklat Tanpa Telur (Super Moist)


































Kek ku retak seribu...., walaupun retak tetapi sedap dan lembut, jangan di bakar melebihi masa, inilah kejadian nya.
Resipi : Dayang Jack.blogspot, seperti kata Puan Empunya resipi yang amat mudah tak memerlukan mixer atau hand whisk, cuma perlu digaul sebati dengan senduk kayu atau spatula.  Kek yang sihat bagi yang nak menjaga kolesterol, memang super lembab.  Terima Kasih Puan Dayang Jack dan Puan Rosmarlina@Jintanmanis.com 

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (seperti Ros guna pure cocoa marinaga, tetapi tak sampai 1/2 cawan cawan, kerana pure cocoa akan memberi rasa yang pahit, Kim jugak tambahkan tepung gandum sedikit supaya jumlahnya 1/2 cawan juga)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
1 cawan gula perang, Ros guna 3/4 cawan gula biasa (Kim guna 1/4 cawan gula perang)
1 sudu teh esen vanilla - Kim tak guna, gantikan dengan coffee oil
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco, Ros guna krim sapuan coklat pada roti, Kim tak guna
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu teh cuka atau jus lemon, Ros ganti dengan cuka sushi, Kim ganti dengan cider apple vinegar 

Untuk topping: Guna Coklat bar meiji black, guna kaedah double boiler, masukkan sedikit susu segar dan 1 sudu teh madu, biarkan cair dan toppingkan atas kek coklat, taburkan juga sparkling dan coklat urai sebagai hiasan

Caranya:
Panaskan oven pada suhu 160C.  Sediakan loyang kek.  Griskan dengan mentega.  Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk kok di dalam bekar besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang.  Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan coffe emulco/chocolate emulco.  Kacau perlahan-lahan dengan whisk.  Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon.  Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.

Sunday 13 April 2014

Puff Tuna Mayonis


















Sumber resipi dari: Hanamemories

Bahan-bahan:
2 tin tuna - toskan air/minyak *
1/4 biji bawang besar holland - potong dadu kecil *
2 sudu besar mayonis *
Lada kecil / besar - dihiris halus (optional) *
Jus lemon / kasturi (optional) *
Sedikit hirisan daun sup *
Sedikit lada sulah *
(Bahan-bahan yang bertanda * tidak perlu diletak garam)

Ready made Pastry puff secukupnya

Bahan sapuan dan sebagai gam: Kuning telur

Topping : Blackpepper

Caranya:
Satukan semua bahan yang bertanda * sebati. Jika agak berair, toskan air tersebut supaya puff tidak basah ketika/selepas dibakar.  Ketepikan.
Sementara itu, panaskan oven suhu 200C.
Ambil pastri, potong dua (bergantung size pastri, sekeping potong 4 sama size, kalau kecil potong 2 saja).
Ambil satu bahagian kemudian kelar menyerong.  Satu bahagian lagi isikan inti dan sapu telur kuning sekeliling.
Ambil satu bahagian yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. 
Tekan sedikit agak melekat.  Kemudian gunakan garfu dan tekan keliling.
Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur.  
Kemudian taburkan blackpepper. 
Bakar guan suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan.
Bakar selama 20 minit suhu 200C (bergantung oven masing-masing).
Pembakaran kedua turunkan suhu sedikit/kurangkan masa pembakaran sebab oven dah panas nanti hangus.
Sejukkan di atas redai.
Enak dimakan begitu sahaja atau dengan sos pilihan.







Biskut Nestum

 











Resipi : Maria / Sumber Tun Telani
(Biskut yang rangup, sedap dan senang dibuat)

Bahan-bahan:
250gm butter
100gm semi sweet chocolate chips (asal Kismis)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum (Kim gantikan sedikit dengan instant oats untuk cukupkan 3 cawan, sebab stok dah habis)
1 cawan gula halus (Kim guna 1/4 cawan gula halus)
1 biji telur (Kim guna C gred)
1 sudu teh esen vanilla

Hiasan: Kim tambahkan diatas dengan cranberi kering

Caranya:
Puku butter dengan gula sehingga putih.
Masukkan telur dan esen vanilla, kacau sebati.
Masukkan semua tepung dan nestum, masukkan chocolate chips, uli hingga sebati.
Bentukkan biskut ikut suka, bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 175C.

Kuih Lompang (2)






















Sumber Resipi: Kayumaniskorner563

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah/melaka (Kim gula merah tak cukup Kim tambahkan dengan treacle sedikit)
2 cawan air dan 1 helai daun pandan

Topping / salutan:
Kelapa parut putih dan secubit garam, daun pandan disimpul dan kukus sebentar

Caranya:
Satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk.
Kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan, masak atas api kecil hingga gula larut, sejukkan dan ketepikan.
Satukan tepung beras dan tepung ubi, tuang 1 cawan yang berbaki dan air kapur, gaul rata.
Kemudian tuangkan air gula yang telah sejuk tadi, gaul hingga sebati.
Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus 10 minit atau hingga masak.
Hidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus tadi.

Saturday 5 April 2014

Manisan Halia Bersalut Kayu Manis dan Buah Pala



















Bahan-bahan:
Halia tua disagat dan rebus sehingga lembut.  Angkat dan perahkan jusnya, ketepikan jus
Gula
Kayu Manis
Buah Pala
Air halia

Caranya:
Halia yang telah disagat dan dimasak sehingga lembut.
Perah dan ambil jusnya.
Sukatkan halia, sukatkan air halia sama banyak dengan halia, sukat gula kurang sedikit dari air.
Masukkan halia, air halia, gula, kayu manis dan buah pala di dalam non stick kuali/pan.
Sentiasa kacau dengan api yang sedang/kecil sehingga gula kering.
Angkat dan sejukkan sebentar, simpan dalam bekas kedap udara.
Sedaknya boleh dibancuh dengan teh.