Sunday 27 January 2013

Peanut Butter Cookies


Resipi: By Wong Sip Moi ( Traditional Koh Kuih, Lap Mei & Cookies ) with some adjustment by Kim

Ingredients:
170g creamy peanut butter
100g castor sugar ( I used 90g )
1/4 tsp salt
90 - 100ml corn oil ( I used 90ml )
230g plain flour
1/2 teaspoon baking powder

For glazing:
1 egg yolk (lightly beaten) ( I used whole egg )

For topping:
Some peanuts (pre-toasted)

Method:
Cream peanut butter, sugar and salt in a mixer until evenly mixed.
Sieve flour and baking powder together.  Fold into the above and cream slowly.
Add corn oil to bind into a dough.
Divide into small balls or 7g each.
Arrange on lined baking trays.  Glaze cookies, stick a peanut on top of each cookies.
Bake in a preheated oven at 170C for 15-20 minutes until a pale golden.
Cool well, store in air tight container.  





Semperit Bunga Dahlia






Resipi: Kak Besah

1 cawan margerin ( 250 g )
1 cawan mumbung gula icing ( 150g ) / 1 cawan rata gula kisar ( 130g )
2 biji kuning telur
2 cawan rata tepung jagun @ tepung kastad ( 200g )
1 cawan rata tepung gandum ( 100g )
1 cawan rata tepung ubi ( 100g )
2 sudu teh pewarna kuning ( kalau guna tepung kastad tak payah bubuh )
1 sudu teh esen vanila
Ceri untuk hiasan & yang lain seperti coklat chips

Caranya:
Putar gula dan mentega hingga sebati, campurkan telur, esen dan pewarna. Kacau sebati jangan diputar, lebih kurang 15-20 saat.
Ayak ketiga-tiga tepung, campurkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang diputar sambil diuli perlahan, menjadi satu doh yang lembut, tambah tepung jagung jika masih lembik.
Sapu dulang dengan mentega, masukkan doh dalam acuan bunga dahlia @ bergerigi, pancitkan doh atas dulang, hias ikut kreativiti masing-masing.
Bakar biskut dlam oven yang telh dipanaskan terlebih dulu, suhu 150C selama +- 30 minit @ lebih @ hingga masak mengikut kebiasaan oven masing-masing.

Biskut ini sedap, lain kali tak mau memukul telur kerana biskut menjadi kembang tak nampak bentuk bunga dahlia.  Sukatan gula Kim tidak kurangkan dan cukup manisnya.



Crunchy Chocolate chips cookies


Resipi : Ummi Pahang









Bahan A:
125gm butter
125gm margerin ( boleh guna 250g butter )
1 sudu besar shortening
160g gula halus ( Kim guna 100g gula halus )
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
230g tepung gandum ** yang bertanda ** diayak bersama
20g serbuk koko ** ( Kim guna dark chocolate powder )
100g chocolate chips ( Kim guna semi-sweet chocolate chips )
50g white chocolate chips ( boleh digantikan dengan coklat urai / chocolate rices )
50g badam cincang (roasted) ( boleh guna roasted ground almond )
50g nestum ( boleh digantikan dengan cornflakes ) ( Kim pun mengguna cornflakes yang diramas kasar )

Caranya:-
Pukul butter, margerin, shortening dan gula sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata.
Masukkan Bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu / spatula.
Sudukan adunan kecil-kecil (sebesar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Daisy's Ultimate M&M Chocolate Chip Cookies







Recipe source: Millions of Miles



Ingredients:-
1 cup shortening (Crisco sticks work well here!)
1 cup packed brown sugar ( can use 1/2 cup )
1/2 cup sugar ( I used castor sugar about 1/3 cup )
2 eggs ( small size )
2 1/4 cups All-Purpose Flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
1 1/2 cups M&M's ( mini M&M's is better )  
1 cup chocolate chips ( semi sweet chocolate chips )

Method:-
Blend shortening and brown and white sugar together in a large bowl.
Beat in vanilla and eggs.
Add in remaining dry ingredients (salt / baking soda / flour ).
Stir in M&M's and chocolate chips.
Drop by spoonfuls onto ungreased cookie sheet.
Use extra M&M's to decorate the tops of the cookies.
Bake in 170C degree oven for 10 - 30 minutes or until golden brown.

If you used castor sugar and brown sugar, cookies will become soft, if just a brown sugar only cookies will become crunchy.

   




Wednesday 23 January 2013

Batter Menggoreng Pisang, Keledek, Chempedak dlll


















Resipi dari : Hana

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 biji telur saiz kecil
1 sudu teh gula
1/4 sudu teh air kapur (Jangan terlebih nanti pahit)
Serbuk kunyit @ Pewarna kuning
1 cawan air
Garam
Keledek / Pisang / Chempedak atau pilihan yang disukai

Caranya:
Satukan semua bahan kecuali keledek / pisang kedalam blender.
Blend lebih kurang 2 minit sehingga semuanya sebati.
Tuang ke dalam mangkuk.  Sementara itu panaskan minyak.
Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan adunan tepung ke dalam kuali.
Bila berdesir maknanya sudah cukup panas.
Celupkan keledek / pisang ke dalam adunan.
Goreng hingga keperangan. 
Angkat dan toskan minyak.










Semprit Keju

Resipi: Resep Sajian - yang diterjemah ke BM
Bahan-bahan:
150g margerin
100g gula ising
1/4 sudu teh garam
2 biji kuning telur
1/4 sudu teh pes vanila
100g keju cheddar, diparut dan diangin-anginkan
175g tepung gandum (Resipi asal menggunakan tepung protein rendah)
30g susu tepung
30g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh coklat pes
50g cherry merah, dipotong-potong kecil

Caranya:
Pukul margerin, gula icing dan garam selama 1 minit.
Masukkan telur kuning dan pes vanila.  Pukul rata, masukkan keju cheddar.  Kacau rata.
Masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung sambil diayak dan dikacau rata. Bahagikan 2 bahagian adunan.  Satu bahagian dimasukkan coklat pes.  Masukkan bersama adunan ke dalam plastik segitiga.
Semprot bersama dengan spuit di atas loyang yang telah diglis dengan margerin. Letakkan cherry merah diatasnya.
Oven dengan api bawah suhu 130C selama 35 minit sehingga masak.

Kim menggunakan acuan dahlia, oleh sebab dimasukkan baking powder kesudahannya tiada bentuk bunga kah...kah.....

Crispy Lemon Corn Flakes


 

 Resipi: Fatmah Bahalwan  ( Kim terjemah ke Bahasa Malaysia )
Bahan-bahan:
275g Nestle Corn Flakes, tumbuk kasar ( Kim ramas kasar )
200g Mentega
50g Shortening / mentega putih
100g Gula Halus
150g Tepung gandum  ** diayak bersama
1 sudu besar susu tepung full cream **
2 biji kuning telur
1 sudu teh Emplex ( Optional ) - ( Lain kali Kim tak mau letak )
1 sudu teh Air Perahan Lemon
1 sudu teh Baking Powder
1 sudu besar Parutan Kulit Lemon

Caranya:
Tempatkan Corn Flakes yang telah diramas di dalam mangkuk adunan, ketepikan.
Pukul mentega, shortening dan gula halus sehingga lembut.
Masukkan telur kuning, pukul sebentar lagi, tambahkan emplek dan baking powder, pukul cepat dalam satu minit.
Tuang air perahan lemon dan kulit parutan lemon, kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan susu tepung yang telah diayak, kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam plastik segitiga (Piping Bag), gunting hujungnya selebar 1/2 cm.
Spuitkan diatas Corn Flakes, gulingkan, angkat dan tekan sedikit dalam loyang yang sudah disapukan mentega tipis.
Bakar dalam oven hingga masak lebih kurang 20 minit - 30 minit, suhu 150C. 

Rasa yang sedikit berbeza dengan bahan-bahan yang mudah, semasa membakar cookies haruman lemon menyelubungi rumah. 








Monday 14 January 2013

Brokoli Oh Brokoli


Cara Kim:
Untuk mendapatkan warna hijau brokoli, masukkan garam dan minyak ke dalam air dan biarkan sehingga mendidih.  Masukkan brokoli dan celur sehingga lembut, angkat dan toskan airnya.
Resipi tak payahlah actually untuk mendapatkan warna hijau brokoli pun ramai yang tau.
Kalau nak mencelur cauliflower masukkan garam, minyak dan susu (bukan susu manis ya, nanti sayur menjadi manis pulak, lebih baik manis semulajadi) kedalam air dan biarkan sehingga mendidih.

Muffin Vanilla Kismis


Resipi: Ricke Indriani (Just My Ordinary Kitchen)
Yang telah diterjemah ke bahasa melayu oleh Kim
Mintak halal kan ya










Bahan-bahan:- 
200gm tepung gandum (tepung protein sedang / all purpose flour)
1 sudu makan baking powder
1/2 sudu teh baking soda (optional, jika ditambah akan lebih mengembang muffinnya)
125gm gula halus ( Kim guna 100gm gula halus )
100gm margerin, cairkan (boleh jugak menggunakan butter supaya lebih sedap)
1/4 sudu teh essence vanilla/paste vanilla
1 biji telur, dipukul lepas
150ml susu cair tawar 
50gm chocolate chips (boleh digantikan dengan kismis, keju etc - Kim guna 100gm kismis

Caranya:-
Campurkan bahan-bahan kering tepung gandum, gula halus, baking powder dan baking soda dan chocochips/kismis.  Kacau rata dalam bekas yang besar.
Dalam bekas yang lain, campurkan bahan basah, margerin/butter cair, essence vanilla, telur dan susu cair.
Kacau rata.
Tuangkan ke campuran bahan kering tadi (campuran tepung).
Kacau rata dengan whisker atau spatula dengan beberapa kali adun saja. (Kim adun sebanyak 3 kali aje).
Cukup sampai campuran tepungnya moist dan adunan bertekstur "lumpy".
Tuangkan ke paper cup muffin setinggi 1/2 cup saja kerana adunan akan mengembang.
Taburi bahagian atas muffin dengan baki chocochips/kismis.
Bakar pada suhu 160C selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Lebih sedap dihidangkan semasa hangat.

Tips oleh Ricke Indriani:
Pada saat mencampur bahan-bahan basah dan bahan kering adun adonan dengan whisker atau spatula karet dalam beberapa adukan saja sampai adonan tepungnya moist dan bertekstur "lumpy"/kayak lumpur).  Mungkin akan terlihat adonan tidak halus dan banyak gumpalan-gumpalan, tapi biarkan saja kerana ini yang akan membentuk tekstur muffin.
Jangan diaduk terlalu lama kerana akan menyebabkan hasil akhir muffin menjadi keras (kata-kata dari master muffin, Mba Vania).
Panggang muffin dengan suhu oven yang cukup panas (sekitar 160-200 deg Celcius) agar muffin bisa menggembang dengan baik.
Jangan lupa untuk memanaskan oven selagi kita membuat adonannya ya.

Muffin ini aku isi pake keju cheddar yang dipotong dadu truz atasnya ditaburi chocochips.  Jadi gurih di dalam tapi teuteup ada coklatnya.  Dasar maniak coklat!

Saturday 5 January 2013

Kek Kapucino Bercoklat





Resipi : Chef Zubaidah ~ Jamuan Kek



















Bahan-bahan:
250g mentega
200g gula kastor ( Lain kali nak kurangkan sedikit dalam 190g )
220g tepung naik sendiri
5 biji telur ( Kim guna Grade C saja )
60g serbuk kok
1 sudu besar emulco kapucino
100g coklat masakan diparut
1 sudu teh soda bikarbonate

Hiasan : Kacang gajus, coklat rice dan badam kisar

Caranya:
Pukul mentega dan gula kastor
Masukkan telur satu persatu.  Kemudian masukkan tepung, serbuk kok dan soda bikarbonat.
Gaulkan sehingga rata.
Masukkan emulco kapucino dan coklat parut.
Masukkan adunan ke dalam acuan bulat berukuran 8" dan bakar selama 35 minit pada suhu 150C ( Kim bakar selama 45 minit ).
Setelah kek sejuk, potong kek kepada 2 lapisan.  Sapukan lapisan kek asas dengan Krim Kapucino dan tutup dengan lapisan kek kedua.
Sapukan keseluruhan kek dengan Krim Kapucino.
Hiaskan tepi kek dengan coklat rice dan badam dan paip Krim Kapucino di atas permukaan kek.
Akhir sekali, letakkan kacang gajus di atasnya.

Krim Kapucino:
200g krim putar 
100g gula aising (diayak)
1 tsp pes kapucino

Caranya:
Pukul krim putar sehingga keras dan masukkan gula aising yang telah diayak, pukul sehingga sebati.
Masukkan pes kapucino dan gaulkan sehingga sebati.

Inilah akibatnya orang yang tidak sabar dalam melakukan sesuatu kerja.  Kek ku hancur sebelum sempat ku tunjukkan "bakat" menghias kek.
Walaupun tanpa krim kapucino kek ini tetap sedap. Boleh juga menggantikan coffee paste.  

Spaghetti dengan sos Prego Roasted Garlic with Parmesan





















Bahan-bahan:-
Spaghetti direbus sehingga lembut bersama garam dan minyak zaitun
Sos Prego Roasted Garlic Parmesan secukupnya
Cherry tomato - dibelah dua dan separuh biarkan sebiji-biji
Isi ayam cincang
Bawang putih dicincang
Bawang besar dicincang
Cendawan segar ( Kalau tak ada yang dalam tin pun boleh seperti cendawan straw)
Garam secukupnya
Minyak zaitun sedikit
Air sedikit jika perlu
Hiasan : English Parsley

Caranya:
Masukkan minyak zaitun dikuali, tumiskan bawang besar, bawang putih sehingga lembut, masukkan isi ayam cincang dan kacau sehingga isi ayam lembut dan air sedikit, kacau sehingga masak.
Masukkan cherry tomato yang dibelah dan cendawan straw.
Masukkan sos prego secukupnya (biar lebih sos lebih sedap) kacau sehingga rata.
Masukkan spaghetti dan gaulkan sehingga sebati.
Angkat dan dihidang semasa masih panas-panas.  
Jika suka boleh tambahkan keju diatas spaghetti.




Crepe Pisang


 Resipi: Semanis Gula

Bahan-bahan:
250g tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500ml santan  ( Kim gantikan dengan susu segar )
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan ( untuk pewarna hijau )
1 sudu besar butter ( dicairkan )
2 sudu besar gula halus ( Kim guna 1 sudu besar, kalau nak manis sedikit bolehlah menggunakan 2 sudu ) 

Caranya:
Satukan kesemua bahan dan kacau hinga adunan sebati.
Masukkan santan sedikit-sedikit untuk mengelakkan adunan berketul.
Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas.
Panaskan kuali (non stick pan) dan sapu sedikit minyak.
Masukkan satu senduk adunan dan ratakan menggunakan belakang senduk atau lenggangkan kuali.
Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu diterbalikkan.
Ulang sehingga adunan habis dimasak. 

Inti:
200g krim putar (non diary) ( fresh cream ) ~ putar hingga kental
Isi durian secukupnya ( Kim menggunakan pisang masak ranum atau jika suka boleh menggunakan buah-buahan seperti strawberi / mangga / blueberi / limau mandarin yang manis )

Cara melipat crepe:-
Alas kepingan lempeng di atas plastik.
Sudukan krim putar ( Kim masukkan di piping bag dan picitkan ) di tengah-tengah lempeng.
Kemudian letak inti durian ( buah-buahan kegemaran memasing ) dan lapiskan kembali dengan krim putar.
Lipat kiri dan kanan lempeng dan jadikannya seakan bantal.
Sedia untuk dihidangkan.