Thursday 12 March 2020

Ayam Masak Sos Buah Plum























Sumber resepi: Noni Wahab, via sajionline.com.my
Bahan-bahan:-
1 kg ayam
1 tin cendawan butang, belah (guna cendawan kering)
1 batang saderi, potong serong ~ tak letak
1 batang leek, potong 3cm
1/2 batang lobak merah, potong bulat
5cm halia dimayang
1 labu bawang besar mayang kasar
3 ulas bawang putih, pecahkan
3 sdb sos buah plum
2 sdb sos tiram
1 sdb serbuk pati ayam
2 cawan air
4 sdb minyak

Caranya:-
Panaskan minyak.
Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
Masukkan daging ayam bersama lobak merah dan saderi.
Balik-balikkan ayam dan biar seketika sehingga layu.
Masukkan sos buah plum, sos tiram dan cendawan serta air.
Masak sehingga kuah mendidih dan kemudian tutup kuali.
Guna api sederhana.
Setelah daging ayam empuk masukkan serbuk pati ayam dan daun leek.
Gaul sekali dua dan padamkan api dapur.

Nota enak rasa dari dapurkim:
Boleh masak sedikit berkuah atau pun kering, saya suka yang kering.

Green Beans With Chinese Olive Vegetable






Recipe sourced: chinasichuanfood.com by Elaine
Ingredients:-
250g green beans cut into long pieces
2 tbps Chinese olive vegetables
2 tbsps vegetable oil
2 garlic cloves minced
A small pinch of salt

Method:-
Load a pot with enough water and bring it to boiling.
Add a small pinch of salt and 1/4 tsp vegetable oil and cook the green beans for 2 ~ 3 minutes.
Transfer out and drain.
Heat vegetable cooking oil and fry garlic until aromatic.
Add green beans in, fry for another 2 minutes.
Add Chinese olive vegetables, mix well.
Add a small pinch of salt if necessary.
But taste before adding salt since Chinese olive vegetables is quite salty. (I omitted salt).


Sunday 1 March 2020

Ayam Asap Teh





























Sumber resipi:kamarul ariffin nor sadan ~ by suri, siraplimau.com
Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam
1/2 sdt lada hitam biji
1 sdt minyak bijan
2 sdb sos tiram
2 sdb kicap hitam
2 sdb madu
2 ulas bawang putih
2" halia
Garam secukup rasa

Bahan-bahan perasap:-
3 uncang teh
3 sdb beras
3 sdb gula perang
Caranya: letak teh, beras dan gula perang dalam aluminium foil dan campurkan.  Bahan-bahan ini akan memberi aroma menyelerakan pada ayam nanti.

Caranya:-
Bersihkan ayam.  Kalau nak cepat masak guna bahagian dada.
Ambil separuh campuran sos tadi dan gaul dengan ayam.
Kemudian perapkan lagi lama lagi sedap.
Panaskan air untuk kukus ayam, guna api yang besar.
Letak ayam atas pengukus.  Letak halia dan bawang putih atas ayam, biar rasanya padu.
Tutup, kukus bahagian peha 30 ~ 40 minit.
Jika bahagian dada 20 ~ 30 minit.  Atau jika was-was kukus lama atau rebus.
Sudah 40 minit angkat ayam dari pengukus.
Air rebusan ini boleh dijadikan chicken broth.  Jangan dibuang.  Letak dalam mangkuk.
Baki separuh sos tadi, sapukan rata pada ayam yang dikukus tadi.
Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Sekarang kita nak perasapkan ayam.
Ambil aluminium foil dan jadikan macam mangkuk.
Letak atas kuali dan hidupkan api besar sampai ia berasap.
Letak ayam atas penjaring pengukus.
Tutup, biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10 ~ 15 minit.
Lagi lama lagi sedap aromanya.  (Pastikan diperiksa jikalau tidak hitam sangat nanti pada bahagian kulit ayam).
Dah siap, sapukan lagi lapisan sos.
Rehatkan ayam dan biarkan sos ini menggering.
Chicken broth tadi boleh dicampurkan dengan lebihan sos campuran.
Hasil bahan perasap yang terbakar, buangkan saja.
Fungsi kita guna beras ini untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula.
Bila ayam dan turun suhunya, baru ptong ayam
Kalau potong masa panas, nanti isinya jadi kering.
Makan dengan nasi ayam dengan aroma membangkitkan selera.

Nasi Minyak Kicap






Bahan-bahan:-
1 1/2 pot beras basmathi rendam 30 mint
2 pot air rebusan, guna air rebusan ayam asap teh
1 ~2 titis minyak bijan
1 sdb minyak biasa
Kicap pekat hitam, masukkan sehingga beras berwarna hitam.
1 sdb sos hoisin
1/2 pati ayam

Bahan-bahan tumis:-
3 ulas bawang putih cincang
2" halia cincang
Daun bawang bahagian putih
1 sdb udang kering, rendam sebentar dan cincang
1 kuntum cendawan kering rendam dan potong dadu
1/2 sdt serbuk rempah wangi
1 helai daun pandan

Bahan-bahan taburan:-
Buah berangan dalam peket
Daun bawang hiris halus
Bawang goreng

Caranya:-
Masukkan sedikit minyak biasa dan setitis minyak bijan dalam kuali, panaskan minyak.
Masukkan udang kering, goreng sehingga meletup.
Masukkan bawang putih, halia, daun bawang putih, kacau hingga wangi.
Masukkan cendawan dan serbuk rempah wangi, kacau.
Masukkan kicap pekat dan sos hoisin, kacau sebati.
Masukkan beras dan greong beras sebentar.
Masukkan air, daun pandan dan jika kurang berwarna gelap tambahkan lagi kicap pekat.
Tak perlu dimasukkan garam.
Tanak seperti biasa.
Sebelum dihidangkan taburkan daun bawang, buah berangan dan bawang goreng.



Sambal Mangga Dan Ikan Bilis






Bahan-bahan:-
Ikan bilis, cuci dan rendamkan sebentar dengan cuka, goreng garing dan ketepikan
Sebelah bawang besar dihiris
Mangga dihiris, celurkan dengan air mendidih, toskan air
Minyak
Garam
Gula palm

Bahan, diblend dengan sedikit air:-
Cili hijau besar & cili merah besar
Cili padi hijau & cili padi merah
2 biji buah keras
1/2 labu bawang besar
Daun limau purut
Daun ketumbar
Bawang merah kecil
Bawang putih
Belacan

Caranya:-
Masukkan bahan-bahan blend kedalam kuali, gunakan api yang sedang dan keringkan air.
Bila air dah kering, masukkan minyak secukupnya dan tumiskan sehingga rempah sambal garing dan masak.
Gunakan minyak sedikit tanpa dimasukkan air dan gunakan api yang kecil.
Tumis dengan cara ini akan mengambil masa yang lama sikit.
Perisakan dengan garam dan gula.
Masukkan mangga dan kacau sebati.
Bila rasa dah cukup dan sebati, padamkan api.
Kalau nak bubuh air asam pun boleh atau jus kasturi.
Saya tak letak tak mau masam sangat.
Bila sambal dah sejuk bolehlah dimasukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Ikan bilis dimasukkan semasa sambal sejuk supaya ikan bilis kekal rangup.
Kalau sambal suam sikit dan dimasukkan ikan bilis tak berapa rangup, tapi saya suka masukkan semasa suam.