Sunday 1 March 2020

Sambal Mangga Dan Ikan Bilis






Bahan-bahan:-
Ikan bilis, cuci dan rendamkan sebentar dengan cuka, goreng garing dan ketepikan
Sebelah bawang besar dihiris
Mangga dihiris, celurkan dengan air mendidih, toskan air
Minyak
Garam
Gula palm

Bahan, diblend dengan sedikit air:-
Cili hijau besar & cili merah besar
Cili padi hijau & cili padi merah
2 biji buah keras
1/2 labu bawang besar
Daun limau purut
Daun ketumbar
Bawang merah kecil
Bawang putih
Belacan

Caranya:-
Masukkan bahan-bahan blend kedalam kuali, gunakan api yang sedang dan keringkan air.
Bila air dah kering, masukkan minyak secukupnya dan tumiskan sehingga rempah sambal garing dan masak.
Gunakan minyak sedikit tanpa dimasukkan air dan gunakan api yang kecil.
Tumis dengan cara ini akan mengambil masa yang lama sikit.
Perisakan dengan garam dan gula.
Masukkan mangga dan kacau sebati.
Bila rasa dah cukup dan sebati, padamkan api.
Kalau nak bubuh air asam pun boleh atau jus kasturi.
Saya tak letak tak mau masam sangat.
Bila sambal dah sejuk bolehlah dimasukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Ikan bilis dimasukkan semasa sambal sejuk supaya ikan bilis kekal rangup.
Kalau sambal suam sikit dan dimasukkan ikan bilis tak berapa rangup, tapi saya suka masukkan semasa suam.

No comments:

Post a Comment