Monday 21 November 2016

Chicken Chop dan Sos Lada Hitam







Sumber resipi: AlongRoz@HomeKreation
Sos Lada Hitam
Bahan-bahan:
2 sudu besar olive oil
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar dicincang
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
125ml susu segar + 125 ml Air
1/2 cawan stok ayam *
2 sudu besar lada hitam biji - dikisar kasar
1 sudu besar kicap pekat
Garam sedikit (sebab kicap kadang-kadang masin)
(*Stok ayam lebihan ayam panggang, kalau tak ada boleh ganti dengan kiub ayam)

Caranya:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan bawang besar and goreng sebentar sehingga keperangan sedikit.
Blend sehingga menjadi pes.
Panaskan butter, masukkan tepung and kacau cepat sehingga sebati.
Masukkan susu perlahan-lahan sambil dikacau sehingga licin tidak bergentel.
Bila mendidih, masukkan stok ayam, pes bawang goreng tadi, lada, kicap dan garam jika perlu.
Masak mengikut kepekatan yang dikehendaki campurkan air jika perlu.
Hidangkan dengan ayam panggang atau stik daging.
Saya hidangkan bersama chicken chop.

Chicken chop:
Ayam chop, dibersihkan, lumurkan bersama pes bawang putih dan halia.
Breadcrumbs secukupnya
Tepung secukupnya
Telur secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
Ambil ayam chop yang telah diperah, salutkan bersama dengan telur, salutkan pada tepung, salutkan semula pada telur, akhir sekali salut pada breadcrumbs.
Goreng sehingga masak.
Hidangkan bersama sos kegemaran, lebih mudah dengan sos cili saja bersama bahan sampingan brokoli, jagung, potato chips dll ikut suka mana yang ada stok dirumah.







Som Tam




























Sumber resipi:kurniaanmu.blogspot.my
Bahan-bahan:
100g Betik muda disagat
4 biji bawang putih yang kecil
10 biji Cili padi atau lebih
Segenggam udang kering, rendam sebentar dengan air panas dan sangai
1 sudu besar atau lebih sos ikan
1 sudu air asam jawa
1/2 sudu besar gula atau lebih
1 biji limau diperah
5 biji tomato ceri belah 2
Kacang tanah yang disangai dan tumbuk kasar atau tak perlu tumbuk

Caranya:
Tumbuk lada dengan bawang putih jangan hancur sangat.
Masukkan gula, sos ikan, air asam jawa dengan perahan 1 biji limau.
Kacau dengan sudu, perasakan masam pedas dan manis.
Masukkan tomato yang dibelah 2 serta kacang tanah sedikit tumbuk-tumbuk sekejap.
Pindahkan ke mangkuk yang lebih besar, masukkan betik yang disagat, tumbuk dan gaul-gaul macam nak buat rojak.
Agak agak dah sebati, cukup rasa bolehlah dihidangkan dan tabur kacang yang lebih tadi.

Ketam Kopi Berapi

















Bahan-bahan:
Ketam, dibersih, toskan dan gaul sedikit dengan garam dan serbuk kunyit, goreng & ketepikan
Minyak
Santan pekat sedikit
Serbuk cili / sos cili pedas
Cili api dihiris
Kicap pekat
Air Kopi pekat dalam 1/2 cawan, kopi cap kapal
Sedikit gula
Garam tidak perlu

Bahan-bahan kisar:
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit halia

Caranya:
Ambil sedikit minyak yang telah digoreng ketam tadi.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga layu dan harum
Masukkan serbuk cili, kacau sebati sehingga cili masak.
(Kalau guna sos cili masukkan bersama kicap pekat).
Masukkan sedikit santan pekat, kacau rata.
Masukkan ketam dan air kopi, kacau sebati.
Masukkan kicap pekat dan gula secukupnya.
Setelah pekat boleh diangkat dan hidangkan.




Sunday 13 November 2016

Rendang Tok dan Pulut Kuning


















Resipi:seleraputeri.blogspot.my IzaAkma SSK
Bahan-bahan:
2kg Daging (dipotong kiub, jangan kecil sangat)
5 biji kelapa (santan)
1 1/2 sudu besar biji jintan putih * (* bertanda sangai dan tumbuk halus)
3 sudu besar biji ketumbar *
6 sudu besar biji jintan manis *
1-2 senduk cili kisar (ikut suka)
Kerisik - anggaran dalam 1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
3 helai daun kunyit dihiris
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan
Garam

Bahan-bahan kisar halus:
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2" halia
5-7 batang serai
2" lengkuas

Caranya:
Masukkan semua bahan kucuali daun kunyit, gula melaka, garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.
Perap dengan daging selama 4 jam paling kurang atau perap seharian lebih sedap.
Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering kemudian baru dimasukkan santan.
Reneh selama 3-4 jam.
Masukkan kerisik, gula melaka dan garam.
Kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering.
Kena selalu dikacau supaya tidak hangit dibahagian bawah.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping kemudian kacau lagi sehingga rata.
Sesuaikan rasa dan boleh dihidangkan.

Rendang Tok lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak, kerana rempah ratusnya semakin meresap ke dalam daging.

Monday 7 November 2016

Portugese Egg Tarts
















Sumber resipi: nooriahnaim.blogspot.my ~ bicara kak noor
Bahan-bahan inti:
50g kuning telur (anggaran 3 biji)
25g gula castor
60g full cream milk
100g dairy whipping cream
1/4 sdt vanilla essence

Kulit Puff pastry secukupnya

Caranya:
Satukan semua bahan-bahan dan tapis.
Gulung puff pastry seperti menggulung swiss roll dan potong kepada beberap bahagian.
Letakkan potongan puff pastry dan tekan perlahan dan kemas kedalam acuan muffin.
(Kim ~ cucuk sedikit dengan garpu dan simpan di peti sejuk sebentar)
Tuang adunan telur hingga hampir penuh.
Bakar dalam oven 180C selama 30 minit api atas bawah.
Kemudian tukarkan kepada api atas dan bakar lagi sehingga kekuningan.

Sunday 6 November 2016

Malaysian Satay Chicken



Recipe sourced: en.christinesrecipes.com
Ingredients:
550gm chicken thigh (or chicken breast), cut into small pieces
1/2 onion
7 skewers

Seasoning:
1/2 tsp chicken powder
1/2 tsp salt
3 tsp sugar
1/2 tbsp coriander powder
1/2 tbsp turmeric powder
1/2 tbsp cumin powder
1/2 tbsp sweet paprika powder
1/2 tbsp chili powder (optional)
1 tbsp curry powder, parrot brand
a dash of sesame oil

Method:
Cut chicken thigh into 1 to 1 1/2 inches in thickness.
Smash onion with a food processor.  Mix all ingredients, marinate chicken and put in a fridge at least one day.
Preheat oven to 200C.  Soak skewers in cold water for 10 minutes.  Skewer marinated chicken.
Heat oil in frying pan over medium heat and cook chicken until both sides are light brown.
You don't want to burn them, so be careful as some sugar was added into the marinade.
Line a baking sheet with aluminium foil for easier clean up then spray with cooking spray.
Bake for 25 minutes.
Brush with honey when almost cooked.  Insert a needle into the thickest part of the chicken.
If no liquid runs out, it's done.  Serve with salad.

Peanut Satay sauce
Ingredients:
2 dried red chilies, soaked in hot water and finely chopped
1/2 onion, finely chopped
2 cloves garlic, minced
1 tsp curry powder
1/4 tsp cumin powder
1/2 tsp turmeric powder
125ml coconut milk
2 1/2 tbsp palm sugar, grated or chopped
3 tsp kecap manis (sweet soy sauce)
2 tsp tamarind puree
1 1/2 tbsp chunky peanut butter
salt to taste
2 tbsp peanuts, roasted and chopped

Method:
Heat oil in a heavy based pot over medium high heat.
Saute onion and garlic.  Add curry powder, cumin powder and turmeric powder.
Stir to combine, add red chilies and cook until aromatic.
Pour in coconut milk.  Reduce heat to low.  Stir in palm sugar, kecap manis and tamarind puree.
Season with salt.  Turn off the heat.
Stir in the peanut butter.  Combine with roasted peanuts when served.

Yam Ring with Assorted Vegetables


























Recipe sourced: Amy Beh ~ kuali.com
Ingredients for Yam Ring:
300g yam, peeled then measure
45g wheat starch or tang mein fun (tepung kanji)
50g shortening

Seasoning for Yam Ring:
1 tsp sugar
1/2 tsp salt
1/2 tsp Chinese Five-Spice Powder
1/4 tsp pepper

Filings:
200g chicken meat, skinned and cubed
750g bee hoon, fried with oil (replaced with soo hoon)

Seasoning for the chicken:
1/2 tsp oyster sauce
1/4 tsp sugar
A dash of pepper
A pinch of salt and sugar
2 tbsp oil
1/2 tsp sesame oil
1 tsp chopped garlic
2 dried mushrooms, soaked and cubed
3 water chestnuts, cubed
25g carrot, diced
5 baby corn shoots, diced
50g deep dried cashewnuts

Seasoning (combined) as thickening:
1 tsp osyter sauce
1 tsp sesame oil
1/4 tsp salt
1/4 tsp sugar
1/2 tsp chicken stock granules
A dash of pepper
1/2 cup water or stock
1/2 tsp corn flour

Method:
Steam the yam until cooked.  Mash the yam and add shortening, seasoning and wheat starch.
Mix thoroughly until mixture becomes a paste and does not stick to your hands.
Chill in the refrigerator for 30 minutes.

Remove yam paste and shape into a ring.  Deep fry the ring in hot oil until golden brown.
Deep fry the beehoon until crispy, set aside.
Dish out and place on a large plate.  Place the deep-fried yam ring over the crispy beehoon.

Heat oil and sesame oil in a wok, saute garlic until fragrant.
Add the seasoned chicken and stir-fry well.  Stir in mushrooms and the rest of the ingredients.
Mix the combined seasoning.

Bring to a boil then simmer for one to two minutes until the gravy turns thick.
Pour the mixed vegetables into the yam ring and serve the dish immediately.








Ketam Goreng Sos Cili Bertelur

























Resipi: HaSue ~ sue-hasue.blogspot.my
Bahan-bahan:
1 kilo ketam 
2 sudu makan serbuk kunyit
1 labu bawang besar* (bertanda * dikisar)
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang cili merah* (nak pedas lagi boleh tambah cili padi/cili kisar)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum (optional)
2 biji telur ayam, pecahkan dalam mangkuk dan dipukul sedikit
1 cawan minyak masak ~ agak2
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Tomato (optional) dipotong baji

Caranya:
Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar, tabur garam dan serbuk kunyit.
Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi.
Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk.  
Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja, jangan goreng lama-lama nanti isi ketam akan keras.
Goreng sampai habis termasuk kulit cengkerang sekali yang tidak bertelur.
Setelah habis menggoreng ketam, gunakan minyak yang sama (jika masih banyak kurangkan sedikit minyak), tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati.
Masukkan air secukupnya (dalam 1 cawan air), perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah dimasukkan ketam yang telah digoreng tadi, gaul rata.
Jika suka masukkan tomato yang dipotong baji.
Setelah bahan-bahan sebati dengan ketam tadi, masukkan telur ayam dan kacau seketika.
Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.


Bawang Goreng Rangup dan Sedap

















Sumber resipi: kakinakl.com

Caranya:
Basuh bawang lepas kopek, lepas itu hiris dan masukkan dalam bekas berisi air yang telah dimasukkan sedikit garam (Kim tambah sedikit gula dan garam).
Lepas 10 minit bolehlah ditoskan dan goreng.
Api jangan kuat sangat, nanti hangus.
Jangan sekali sekali tinggalkan bawang semasa dalam proses menggoreng.
Sekali sekali kacaulah, bila dah kekuningan bolehlah tutup api, terus angkat dan ditoskan.
Biarkan sejuk baru dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.


Thursday 3 November 2016

Bebola Telur Puyuh
















Resipi: enakenakrasa
Bahan-bahan
Telur puyuh, rebus sehingga matang
Minyak menggoreng secukupnya

Bahan-bahan salutan A:
Ubi kentang rebus, lenyekkan dan sebatikan dengan bahan bertanda *
Garam secukupnya *
Sedikit bawang goreng *
sedikit daun ketumbar *
sedikit serbuk cumin *
sedikit serbuk ketumbar *
sedikit serbuk bawang merah *

Bahan-bahan salutan B:
Serbuk roti
sedikit telur putih

Caranya:
Ambil sebiji telur puyuh, salutkan dengan bahan A dan jadikan bebola.
Buat sehingga habis.
Masukkan minyak secukupnya dikuali dan panaskan.
Ambil sebiji bebola celupkan dengan putih telur dan gaulkan dengan serbuk roti.
Bentukkan bebola semula.
Masukkan kedalam minyak panas, goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Chapati Yang Lembut Ke Malam


























Resipi: enakenakrasa
Bahan-bahan:
Tepung atta, ayak
Sedikit garam
Sedikit minyak sapi
Secukup buttermilk

Caranya:
Masukkan tepung atta yang telah diayak ke dalam mangkuk besar.
Masukkan sedikit garam, gaul sebati.
Masukkan sedikit minyak sapi, gaul sebati.
Masukkan buttermilk sedikit demi sedikit, uli sehingga tepung tidak melekat di tangan.
Perapkan sehingga ke petang.
Sebelum proses mencanai, uli sebentar.
Bentukkan bulat dan canai di atas papan.
Sediakan kuali non stick.
Bakar chapati bahagian atas selama 2 minit dan bahagian bawah 2 minit.
Jangan dibakar terlalu lama.
Hidangkan bersama kuah kegemaran anda.



































Milaga killi sambar (Dal soup with red chili tempering)
Recipe sourced: savithakitchen.blogspot.my
Ingredients:
1/2 cup toor dal
1 Onion
1 1/2 tomato
Curry leaves
Cilantro

For tempering:
6 red chilies
1 tsp mustard seeds
1 tsp cumin seeds
1 tsp methi seeds

Method:
Pressure cook the toor dal for 3 whistles and keep it aside.
Chop onion and tomatoes.
Take a pan and add oil.
Temper with all the ingredients under tempering.
Saute onion in the pan until it becomes transparent.
Sprinkle salt and turmeric powder to the mixture.
Add in the tomatoes and let it cook for 2 to 3 minutes or until it disintegrates.
Frequently adding salt will help the dish cook fast.
Pour the cooked dal into the mixture and give it a mix.
Bring it to boil and adjust salt to taste.
Now take 2 red chilies, some curry leaves, cilantro and mix it with the sambar.
This will enhance the flavour of sambar.
Cover it with the lid.
Serve with rice.




Spaghetti Carbonara
















Sumber resipi: halo-recipes.blogspot
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
1 kotak kecil whipping cream
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 ketul stok ayam knorr
1 cawan susu UHT
Cendawan tiram, ganti dengan cendawan butang dalam tin
Cendawan tin
Sosej ganti dengan isi ayam
Sedikit minyak zaitun guna butter cair

Caranya:
Kisar bawang putih dan bawang besar dan tumis ke dalam minyak panas.
Kacau sehingga naik bau.
Kisar cendawan tiram dan tuang ke dalam bahan yang ditumis tadi.
Masukkan whipping cream.
Masukkan cendawan dan sosej yang telah dihiris halus.
Masukkan stok ayam knorr.
Masukkan susu UHT.
Kacau dan tunggu sehingga kepekatan kuah sesuai dengan kita.

Pindang Ikan Tenggiri



Sumber resipi: racikanemak.blogspot.my
Bahan-bahan:
3 ekor atau 300g ikan tenggiri / patin segar, cuci sampai bersih
1 liter air

5 biji bawang merah *ditumbuk halus
3 biji bawang putih *ditumbuk halus
5 biji cili merah masak
1cm kunyit (letak serbuk kunyit)
2cm halia diketuk
2cm lengkuas diketuk
2 batang serai, diketuk
2 lembar daun limau nipis
2 lembar daun salam
1 biji tomato, potongkan
2 helai daun bawang, potong 2cm (tak letak)
1 ikan daun kemangi, petik daunnya (tak letak)
10 buah belimbing buluh atau jika tidak ada boleh diganti dengan 100g buah nenas dipotong ~ digantikan dengan jus limau
Garam secukupnya

Caranya:
Rebus air hingga mendidih, masukkan bahan halus bawang merah dan putih, tambahkan garam.
Kemudian masukkan ikan, halia, lengkuas, daun limau nipis, daun salam dan serai.
Masak sebentar, masukkan tomato dan belimbing buluh.
Sesaat sebelum diangkat masukkan daun bawang dan kemangi.

Apple Pastry Puffs




Sumber resipi: resipicitarasawan.blogspot.my
Bahan-bahan:
2 keping pastry puffs 8"
1 sudu besar gula pasir untuk taburan, ganti dengan gula perang
1 biji kuning telur untuk sapuan

Bahan-bahan inti:
2 biji epal granny smith atau epal merah ~ hiris atau potong dadu
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar kismis
1 sudu besar parutan kulit lemon
2 sudu kecil jus lemon
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat.  Angkat dan ketepikan.

Caranya:
Keluarkan pastry puffs dari peti sejuk.  Biarkan sebentar hingga lembut.  Canai ringan.
Isikan inti di tengah dan potong menyerong bahagian tepi puffs untuk membuat bentuk pintalan.
Pintal puffs berselang seli hingga habis.
Sapu kuning telur dan tabur atasnya dengan gula pasir.
Bakar pada suhu 175C selama 40 minit hingga permukaan puffs keperangan.

(Nota: saya membuat bentuk yang lain, kalau berminat nak buat cara seperti di atas bolehlah ke blog citarasawan yang tak lokek dengan ilmu, terima kasih citarasawan....sedap tu....)


Ayam Masak Kuzi Istimewa




























Resipi: Chef Wan via iResipi.com ~ Che' Nom. terima kasih sedap sangat pada tekak saya.
Bahan-bahan untuk diperap:
1 ekor ayam, potong 12 bahagian
3 ulas bawang putih
sedikit garam

Bahan-bahan untuk digoreng:
250ml minyak masak
15 ulas bawang merah, dihiris halus
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1/2 cawan kepingan badan (almond slices)
1/2 cawan kismis (guna campuran kismis & kurma)
Hati dan pedal ayam, dipotong kiub (tak letak)
Garam dan Gula perang secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah:
5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air sedikit menjadi pes
125ml air
3/4 tin susu cair
120g (1 tin kecil) tomato puri
2 batang serai, dititik
2 helai daun pandan, carik dan simpul

Caranya:
Tumbuk bawan putih bersama garam dan lumurkan pada ayam.
Perap seketika dan ketepikan.

Beralih pula kepada bahan untuk digoreng.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris halus.  Angkat dan toskan.
Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat.
Goreng pula kismis selama 4-5 saat.
Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak.
Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak.  Angkat dan toskan.

Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau.
Masukkan daun pandan, serai dan rempah biryani.  Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
Masukkan tomato puri, ayam, pedal, hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair.
Masak selama 20-30 minit.
Tambahkan sedikit air jika kuah kering.  Kacau sehingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.



Bombay Biryani Mix Rice



























Nasi Bombay Biryani Mix saya gandingkan dengan ayam kuzi istimewa Chef Wan....memang terbaik

Wednesday 2 November 2016

Ikan Tenggiri Masak Hijau




Resipi: Yatie@SinarKehidupan via Ummi~homesweethome.blogspot.com
Bahan-bahan:
2 ekor ikan tenggiri, dipotong,bersih dan toskan
2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah*
1/2" halia*
4 tangkai cili merah*
4 tangkai cili padi merah*
sedikit belacan* (Bertanda * ditumbuk / kisar halus)
1 tangkai daun kari
3 batang cili hijau dipotong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan sedikit gula
1 cawan air atau lebih
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya

Caranya:
Ikan dipotong, bersihkan dan toskan, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
Kisar atau tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga terbit minyak.
Masukkan sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yang dipotong serong.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, dan gaul sebati.
Masukkan garam dan sedikit gula.
Masukkan perahan jus limau kasturi.
Biarkan hingga mendidih, perasakan.
Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih hangat.