Tuesday 29 October 2019

Tauhu Blackpeppers



Bahan-bahan:-
Tauhu, dipotong dan goreng, toskan
Minyak menggoreng
Sedikit Air
Daun bawang dipotong kecil

Bahan-bahan tumis:-
Bawang besar dihiris
Bawang putih dicincang halus
Sedikit akar ketumbar dicincang halus

Bahan-bahan sos:-
Sos tiram
Kicap cair
Lada hitam, boleh guna serbuk atau biji/sos blackpeppers

Caranya:-
Tauhu digoreng sedikit garing, toskan dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak di kuali.
Tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan bawang putih dan akar ketumbar.
Kacau sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati sehingga mendidih.
Tuangkan sedikit air.
Masukkan tauhu, kacau perlahan-lahan sehingga pekat sedikit.
Rasa dulu baru dipadamkan api.
Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan dengan nasi putih.




Trisha's Rambutan Chicken Balls / Popia Mee Hoon



Trisha's Rambutan Chicken Balls ~ sumber resipi: @kualihelena
Bahan-bahan:-
8 keping popia kpop@trishasfood
150g ayam kisar
90g tepung ubi kayu
1 biji kuning telur
Daun bawang dihiris
Gula
Garam
Seasonings
Lada putih
1 sdm kicap cair
1 sdm minyak bijan

Minyak menggoreng

Caranya:-
Satukan kesemua bahan kecuali kulit popia.
Gaul sebati.
Ambil sedikit adunan dan golekkan kedalam guntingan kulit popia. Bentukkan menjadi bola.
Goreng dengan api sederhana hingga keperang.
Toskan dan hidangkan dengan sos cili.

Popia Mee Hoon
Resipi: enakrasadaridapurkim

Bahan-bahan:-
Mee Hoon, celur dan toskan air
Telur putih sebagai gam / tepung dibancuh dengan sedikit air
Minyak menggoreng

Bahan-bahan Inti:
Isi ayam kisar
Bawang putih kisar
Halia sedikit kisar
Cili capsicum merah/hijau cincang halus
Maggi Seasonings
Garam secukupnya
Sedikit gula perang
Sedikit serbuk jintan manis

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan-bahan inti kedalam mangkuk sehingga sebati.
Ambil sedikit mee hoon, bentukkan menjadi bujur memanjang.
Ambil sedikit inti, gulung dengan kemas dan gamkan dengan tepung yang dicampur air sedikit (jangan terlalu pekat).
Simpan di peti sejuk.
Sediakan kuali yang diisi minyak, panaskan sebentar dengan api sederhana.
Gorengkan Popia Mee Hoon sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan dengan sos cili manis.





Ayam Tika Masala























Sumber: @majalahrasa
Bahan-bahan, untuk perapan:-
1 kg isi dada ayam
1 cawan yogurt
1 cawan daun ketumbar, cincang
2 sudu makan halia, kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan bawang putih, kisar
3 sudu makan garam masala
3 sudu makan air limau nipis

Caranya:-
Masukkan semua bahan-bahan perap kecuali yogurt sehingga menjadi pes.
Kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi yogurt, kacau rata.
Gaul kedalam ayam sehingga rata.
Perapkan dan tutup dengan plastik, simpan di peti sejuk.

Bahan-bahan, untuk ditumis:-
2 bawang besar potong dadu
6 ulas bawang putih cincang halus
5 biji buah pelaga
5 biji tomato cincang halus
2 sudu makan garam masala
2 sudu makan gula perang
1 cawan krim masakan
3 sudu makan serbuk badam
3 sudu makan minyak
Garam secukupnya.

Caranya:-
Panaskan minyak dikuali dengan api yang sederhana.
Tumis bawang besar sehingga layu.
Masukkan bawang putih, kacau dan masukkan garam masala, gula perang, tomato, serbuk badam, kacau rata.
Masukkan ayam, kacau lagi dan tutup dengan penutup seketika.
Setelah ayam empuk, masukkan krim masakan dan perasakan dengan garam secukupnya.
Biarkan mereneh 2 ~ 3 minit, tutup api dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Ayam Tika Masala sedia dihidangkan bersama roti naan atau nasi putih.

Monday 28 October 2019

Taiwanese Three Cup Chicken




Recipe sourced: Angel Wong's Kitchen.blogspot
Ingredients:-
1 ~ 11/2 lb chicken drummets
15 ~ 20 cloves garlic, peeled (1 sliced and fried)
1 small pcs of ginger, sliced
Fresh Red Basil leaves, i used spring onions

Ingredients for Sauce:-
1/3 cup low sodium light soy sauce
1/3 cup rice wine, substitute with water
1/3 cup sesame oil
3 tbsps cane sugar
1 tsp dried chili flakes or fresh red chili

Method:
Brown the chicken with garlic and ginger for few minutes before adding sauce mixture.
Cook the chickens for 15 - 20 minutes or almost done.
When almost done, add fresh Basil Leaves and stir fry, then cover with lid for 1 minute.
Transfer to a serving bowl when sauce is thickened. Serve hot.

Sayur Bayam Campuran





















Bahan-bahan:
Bayam
Capsicum hijau
Capsicum kuning
Capsicum merah
Bawang putih dicincang halus
Minyak menumis
Garam
Serbuk perisa

Cucur Udang Pasir Berempah




























Bahan-bahan:
Udang pasir
1 ulas bawang putih dicincang halus
Daun kari dihiris
Daun limau purut dihiris
Bawang besar dihiris
1 biji telur
Serbuk kari
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan putih
Tepung beras cap teratai
Sedikit tepung ubi kayu
Serbuk perisa
Gula perang
Garam secukupnya
Air sejuk secukupnya
Minyak menggoreng

Caranya:-
Campur kesemua bahan-bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk yang besar.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. 
Kacau sehingga menjadi adunan yang sedikit pekat. (Tapi jangan dikacau terlalu lama, sekadar kaup balikkan dan sebati).
Panaskan minyak dikuali bersama senduk.
Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam senduk yang panas.
Letakkan pada minyak yang panas, sambil digoyangkan sedikit dan boleh larut ke dalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

(Nota: Kalau tak ada letak telur pun boleh, kalau letak adunan akan jadi garing diluar dan lembut didalam)


Ayam Goreng Manis




























Sumber resipi: @kualihelena
Bahan-bahan:
8 kepak ayam
1000ml air kelapa / air biasa / secukup air
2 sudu makan gula merah
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil asam jawa adabi
2 helai daun limau purut
Garam secukup

Bahan-bahan, dikisar:-
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1" halia

Caranya:-
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk / kuali.
Masak sehingga air kering menyusut.

Atau nak sedap simpan dlam peti sejuk semalaman, barulah di masak sehingga air kering.

Goreng ayam hingga kecoklatan, tak perlu garing.
Ayam ini sedah dimakan basah sedikit baru terasa manisnya.
Hidangkan dengan sambal penyet.

Sunday 20 October 2019

Cumi Goreng Tepung Dan Wantan Goreng






Sumber: @ungodamn
Cumi Goreng Tepung
Bahan-bahan:
300gm cumi segar, potongkan
Garam
Merica
Saus tiram
Tepung terigu
Tepung maizena
Sedikit serbuk kunyit saya tambah
Air tak bubuh

Caranya:
Marinade cumi dengan garam, merica dan saus tiram selama 1 jam.
Campurkan tepung terigu, maizena, garam, merica dan sedikit serbuk kunyit, gaul sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Masukkan 1/2 bahagian adunan tepung ke dalam mangkuk, masukkan cumi dan gaul sebati.
Panaskan minyak dikuali.
Ambil cumi gulingkan pada adunan tepung yang 1/2 bahagian tadi.
Lakukan sebanyak 2 kali pada adunan tepung yang basah kemudian pada adunan tepung yang kering.
Goreng cumi sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
Sebelum dimasukkan cumi kedalam minyak yang panas, goncangkan lebihan tepung barulah dimasukkan kedalam minyak panas.

Taugeh Cah Tauhu






Tofu Kukus






Bahan-bahan:-
Tofu dibelah dan kukuskan
Hirisan halia goreng, atau boleh dikukus tanpa digoreng
Hirisan cili merah ditumis sebentar, atau boleh dikukus tanpa ditumis
Hirisan daun bawang bahagian hijau

Bahan-bahan sos:-
Kicap cair
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit air
Jus perahan limau nipis

Caranya:-
Tofu dibelah dan disusun dipinggan.
Taburkan halia, cili merah dan kukus dalam 10 minit.
Taburkan daun bawang hijau.
Sos:-
Masukkan kicap cair, sos tiram, kicap manis, air dan perahan air limau purut di kuali.
Kacau sehingga sos sedikit pekat.
Padamkan api dan tuangkan atas tofu.
Hidangkan semasa masih panas.

Jejari Roti




Bahan-bahan:
Roti dari lebihan membuat roti sotong
Minyak menggoreng

Bahan-bahan salutan:-
Telur dikocok
Rempah kari
Maggi seasonings
Garam secukup
Sedikit tepung tempura
Hirisan daun limau purut

Caranya:-
Masukkan semua bahan-bahan salutan kedalam mangkuk yang besar.
Panaskan minyak dikuali.
Celupkan jejari roti pada bahan-bahan salutan.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan.

Roti Sotong




Sumber resipi: @kualihelena

Bahan-bahan:
Roti
Sosej
Minyak menggoreng

Caranya;
Roti, gelekkan dengan roller tart, potong bahagian tepi sekeliling dan potong kepada 2 keping
Sosej dibelah 2 bahagian, saya tak belah 2, guna 1 batang dan potong pada 2 bahagian
Kemudian pada satu bahagian yang hujung dibelah 5 sebagai sesunggut.
Letakkan sosej yang tidak dibelah 5 di atas roti.
Gulung dengan kemas dan lekatkan dengan kuning telur.
Buat hingga habis.
Panaskan minyak dikuali, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.
Untuk mata sotong, paipkan sedikit mayonis dan letak secebis seaweed di tengah mayonis.
Saya paipkan mayonis dan letak jintan hitam, tak ada stok boleh guna bijan hitam atau biji sawi hitam.



Ayam Kurma Tanpa Santan






Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
Ubi kentang dipotong kecil
Lobak merah dipotong kecil
Serai dititik
Cili hijau dibelah
Cili padi sedikit diketuk
Daun limau purut/daun pandan
Minyak sapi
Air secukupnya
Jus air perahan limau nipis
Garam
Rempah kurma campur sedikit air
Serbuk perisa
Bawang goreng
Daun ketumbar

Rempah tumis:
Kayu manis
Biji pelaga
Bunga lawang
Cengkih tak ada stok tak letak

Bahan-bahan kisar halus, ditumis:-
Sedikit akar ketumbar dan daun
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Caranya:-
Masukkan minyak sapi dikuali, cairkan, masukkan kayu manis, biji pelaga, bunga lawang dan cengkih, masukkan serai, kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tumis sehingga wangi.
Masukkan rempah kurma, kacau sebati, kalau kering masukkan sedikit air.
Masukkan daun limau purut/daun pandan, kacau lagi.
Masukkan air secukupnya, diikuti dengan ayam, ubi kentang dan lobak merah.
Masukkan air perahan limau nipis, serbuk perisa dan garam.
Masak sehingga ayam dan sayuran empuk.
Rasa dulu sebelum dihidang taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.





Tauhu Sos Masam Manis




Sumber resipi: @finfincooking
Bahan-bahan: 
Tauhu dipotong 4
Minyak menggoreng
Bawang merah dihiris, taburkan sedikit tepung serbaguna, gaul rata dan ayakkan
Daun ketumbar

Bahan-bahan sos, kacau sebati:
1 sdm kicap cair
1 sdm sos cendawan (tak ada, ganti dengan sos tiram)
2 sdm air asam jawa pekat
2 sdm gula perang (guna 1 sdm lebih sikit)

Caranya:-
Masukkan minyak dikuali, goreng tauhu sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
Dengan minyak yang sama, goreng bawang merah sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
Guna kuali yang lain, masukkan kesemua bahan-bahan sos, masak sehingga sos menggelegak dan sedikit pekat.
Angkat dan tuangkan pada tauhu, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.


Sunday 13 October 2019

Sotong Tumis Lada Hitam





Sumber resipi: Majalah Rasa Edisi 217 Oktober 2019.
Bahan-bahan:-
Minyak menumis
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 biji cili hijau, dihiris
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 biji bawang besar dipotong gegelang
1 sudu besar sos lada hitam
500gm sotong dipotong kecil
Garam secukup rasa

Caranya:-
Panaskan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili hijau sehingga layu.
Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam, kacau sebentar.
Masukkan sotong, biarkan sotong masak seketika sambil dibalik-balikkan.
Masukkan garam, kacau seketika dan tutup api.

Lemongrass Fried Chickens



























Recipe sourced:tastythaifood.blogspot.com
Ingredients:-
2 stalks lemongrass bruised
1 lb chicken thigh, boneless and skinless is preferred cut in half
3 cloves garlic, minced
1/4 tsp ground blackpeppers
1/4 ts red curry paste (prik haeng)
2 tbsp palm sugar
1 tsp sea salt
2 tbsp Thai fish sauce
4 tbsp peanut oil

Method:-
Cut off the woody top and bottom of lemongrass.
Remove the outer 2 - 3 layers of the stalks and cut the tender middle section into 1" length.
Bruise the lemongrass by hitting it with a back of Chinese cleaver or pound it in mortar and pestle.
Combined bruised lemongrass, chicken thigh, garlic, blackpeppers, red curry paste, palm sugar, salt, fish sauce in a bowl.
Mix thoroughly and refrigerate for 1 - 2 hours.
Heat a wok over medium high heat then add peanut oil, swirling to coat entire surface.
Heat the oil for 1 minute, add the marinated chicken.
Stir fry for 15 minutes (the chickens and sauce will thickened and caramelized).

Monday 7 October 2019

Ayam Halia























Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil, boleh guna bahagian isi ayam
Minyak menumis
Daun basil, jika suka
Tomato dibelah 4
Lobak merah dipotong kecil/snow peas jika ada
Cili merah dihiris
Cili padi diketuk
Daun limau purut disiat
Halia dihiris
Bawang putih dicincang halus
Akar ketumbar dicincang halus
Bawang besar dihiris
Daun bawang dihiris
Serbuk lada hitam kasar / Lada hitam biji ditumbuk kasar
Sos tiram
Air secukupnya
Sedikit air + tepung jagung

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih dan akar ketumbar hingga wangi.
Masukkan daun limau purut dan bawang besar, kacau rata.
Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam, kacau sebati.
Masukkan sedikit air dan ayam, kacau dan tutupkan hingga ayam separuh masak.
Masukkan lobak merah/snow peas dan masak hingga ayam dan lobak merah empuk.
Masukkan tomato, cili merah dan cili padi, kacau sebati.
Rasa dulu, padamkan api dapur dan masukkan daun basil, kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi putih.