Sunday 24 March 2013

Mentimun Cah Cendawan Segar

































Bahan-bahan:
Mentimun dihiris panjang
Cendawan tiram segar
Tomato
Garam secukupnya
Minyak sedikit untuk menumis
Bawang putih dicincang halus

Caranya:
Panaskan minyak masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
Masukkan tomato dan cendawan segar dan kacau rata.
Masukkan mentimun dan garam secukupnya.
Kacau sehingga sayuran empuk dan angkat.
(Jika perlu masukkan sedikit air kedalam sayuran)

Karamel Cake / Kek Sarang Semut / Kek Lebah



























Resep: Fatmah Bahalwan ( Kek yang lembut dan tak perlu diperah selama 3 jam tetapi sedikit manis dan berminyak), diterjemah ke BM.

Bahan-bahan:
425g gula pasir
450ml air panas
180g tepung gandum
50g tepung jagung
8 biji telur ( Kim guna 8 biji gred C )
150g margarine
2 sudu teh soda bikarbonate
200ml susu pekat manis

Caranya:
Masukkan gula pasir diatas kuali, masak diatas api sehingga berwarna kecoklatan, masukkan air panas, biarkan mendidih dan gula larut.  Angat dan sejukkan.  (Kim - Hati-hati apabila menuang air panas ke dalam gula karamel, tuang dalam jarak yang jauh dari kuali).
Pukul margerine dan susu pekat sehingga putih, masukkan telur satu persatu, sambil dipukul perlahan.  Matikan mixer.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonate dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.
Tuangkan karamel ke dalam adunan sedikit demi sedikit, sambil dikacau hingga rata.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapukan margerine dan ditaburi tepung.
Bakar dalam oven, suhu 180C selama lebih kurang 40 minit - 1 jam atau sampai masak.

Tip:
Adunan caramel cake ini unik.  Cair, sama sekali tidak terbayang bahwa adunan cair ini akan mnejadi cake yang kenyal, lembut dan bersarang bagus.
Proses pembuatannya jangan dipukul margerine dan susu pekat manis terlalu lama.  Kerana bila terlalu lembut kek akan menjadi kurang bersarang.
Sebahagia orang cukup mengadukkannya saja.
Memukul juga cukup menggunakan speed rendah saja atau speed tinggi tapi sebentar saja.
Jangan cemas, bila adunan nampak terpisah antara lemak margerine dengan cairan (margerine terapung di permukaan).  Ia akan menyatu semasa kena panas oven.
Sebaiknya selalu lapisi loyang dengan loyang kotak yang lebih besar dibahagian bawah.
Ini dilakukan untuk menghindari ada titisan lemak/minyak adunan yang langsung ke dasar oven.
Minyak yang menitis kedasar oven akan menimbulkan aroma hangit dan asap yang banya.  Kejadian ini sering membuat kita cemas (dikira kebakaran).
Kesimpulannya, membuat caramel cake jangan difikir susah, ikuti peraturan resep, sejadinya adunan, langsung oven.  Kejutannya adalah ketika mendapatkan cake yang lembut, kenyal, bersarang dan enak.  Cuba ya tak perlu memerapkan adunan selama berjam-jam, terus dimasukkan ke oven dan bakar.

Ayam Palembang



















Sumber: Kak Maria Hakem, Madihaa (Resipi asal menggunakan daging)





Bahan-bahan:
700g ayam dipotong kecil
2 batang serai dititik
3 sudu besar kerisik (Resipi asal menggunakan santan pekat 500ml, Kim mengikut cara Madihaa)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang / kicap ABC

Bahan-bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Caranya:
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul sebati.  Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga kelar air dari ayam dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan kerisik.  Biarkan masak sehingga ayam mula empuk. 
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.



Macaroni Tom Yum




Bahan-bahan:
Macaroni - direbus hingga lembut, masukkan minyak zaitun dan garam sedikit pada air yang mendidih
Sawi dipotong
Tomato belah 6
Isi ayam dihiris
Bawang merah besar dihiris halus
Minyak zaitun untuk menumis
Sos bawang putih dan cili
1 paket perencah nasi goreng tom yum
Air sedikit
Garam secukupnya

Bahan-bahan blend:
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah / kering
Cili api
Halia sedikit

Caranya:
Panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan blend dan hirisan bawang besar.
Masukkan isi ayam dan kacau sebentar, masukkan sawi dan tomato dikacau sebentar.
Masukkan sos bawang putih dan cili dan perencah nasi goreng tom yum dan garam secukupnay.
Masukkan sedikit air dan masakkan sebentar.
Masukkan macaroni dan kacau sehingga sebati.
















Friday 15 March 2013

Chocolate Chip Raisin Muffin


Resep : Blog Sexy Cheff / Source: Luisa Cake & Cookies (Kim terjemahkan)

Bahan-bahan kering: ( Kim menggayak sebanyak 3x )
220g tepung gandum / tepung protein sedang
40g serbuk coklat
1 sudu makan baking powder
200g gula halus ( Kim guna 170g )
1 sudu teh garam

Bahan- bahan basah:
2 biji telur ( Kim guna gred C )
120g susu ( Kim guna fresh milk )
60g vegetable oil ( Kim guna corn oil )

Bahan isi: 
100g coklat chips ( Kim guna 50g )
100g kismis / raisins ( Kim guna 50g )

Caranya:
Panaskan oven ke 170C.
Ayak bahan-bahan kering tepung, baking powder, gula halus dan garam sebanyak 3 kali.  Ketepikan.
Di bekas lain campurkan bahan-bahan basah telur, susu dan minyak. Kacaukan
Masukkan campuran telur, susu dan minyak ke dalam campuran bahan-bahan kering.  Kacau rata sehingga campuran adunan rata.  Jangan dikacau terlalu lama, sebentar saja dah memandai.
Masukkan bahan isi ke dalam adunan, kacau hingga rata.
Tuangkan adunan ke cawan muffin yang sudah disapukan mentega dan ditaburi tepung.
Bakar selama 20 - 25 minit.

Muffin coklat yang kaya dengan rasa coklatnya, lebih2 lagi dimasukkan coklat chips ke dalam muffin.
Cubalah tak mengecewakan bagi penggemar coklat.  Tak perlu menggunakan mixer hanya menggunakan kudrat tangan ......
  


Bolu Kukus Coklat Rice



Resipi: ncc dialihkan bahasa malaysia
Bahan-bahan:
2 biji telur ( boleh guna gred C )
200g gula pasir ( Jangan dikurangkan )
1 sudu teh cake emulsifier / ovalette
1/2 sudu teh vanila cair
150ml air minuman soda manis ( boleh guna Sprite / F&N )
250g tepung gandum
1 sudu makan serbuk susu
Coklat pes secukupnya
2 titis pewarna kuning ( boleh jugak dibiarkan kosong tanpa pewarna )
Coklat Rice secukupnya

Caranya:
Pukul telur, gula dan cake emulsifier hingga mengembang dan mengental selama 10 minit dengan kelajuan tinggi.
Tuangkan vanila cair, air minuman soda manis.  Kacau rata (JANGAN DIKACAU TERLALU LAMA).
Masukkan tepung gandum dan serbuk susu sambil diayak.  Kacau rata (JANGAN DIKACAU TERLALU LAMA).
Campurkan coklat rice ke dalam adunan kuning, kacau rata (JANGAN DIKACAU TERLALU LAMA).
Berikan warna coklat pes pada satu bahagian dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning, masukkan coklat rice pada bahagian kuning, kacau rata. (JANGAN DIKACAU TERLALU LAMA).
Tuangkan adunan ke cetakan yang telah dimasukkan paper cup berukuran kecil. 
Isi sehingga penuh dan taburkan coklat rice diatasnya.
Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan dengan api yang besar.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak dan merekah.
Angkat dan dinginkan.

Bolu ini adalah kali yang ke 3 Kim buat, barulah mekar. 
Tip untuk mendapatkan bolu mekar, ikutilah tip dari Kim, pengalaman setelah 3 kali membuat bolu kukus mekar, tak seret untuk mencuba dan mencuba hingga tersenyum mekar......:
1) Air kukusan mestilah betul2 panas berwap.
2) Isikan adunan sehingga penuh.
3) Jangan dikacau terlalu lama nanti bolu menjadi liat sedikit.
4) Pastikan menggunakan cawan bolu yang berlubang kemudian dimasukkan paper cup.
5) Jangan menggunakan acuan silicone nanti bolu tidak akan mekar.
6) Pastikan memukul adunan sehingga kembang dan kental.
7) Jangan mengurangi berat gula pasir.

Tanpa santan pun sedap jugak, lain kali Kim nak cuba yang hanya menggunakan susu cair saja.