Sunday 29 July 2018

Jejari Kentang & Suji






Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang, dicuci bersih dan rebus sehingga empuk, buang kulit dan lenyek halus
1 cawan suji
11/2 cawan air (anggaran)
2 batang cili hijau dihiris halus
Sedikit cili padi hijau dihiris halus
3 tangkai daun kari dihiris halus
2 camca besar cili kering kasar yang dikisar
Garam halus secukup rasa
Sedikit tepung jagung
Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Ubi kentang direbus empuk, buangkan kulit dan dilenyek semasa masih panas, ketepikan.
Masukkan 1 1/2 cawan air dan sedikit minyak kedalam kuali, setelah mendidih masukkan suji sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
Setelah suji masak, angkat dan ketepikan.
Masukkan ubi kentang di dalam mangkuk besar, masukkan hirisan daun kari, cili hijau, cili padi hijau dan cili kering kisar. Gaul sehingga rata.
Masukkan suji, tepung jagung dan garam, uli sehingga menjadi doh. Rehatkan sebentar dalam 30 minit di petisejuk.
Sapukan sedikit minyak di tapak tangan, ambil sejemput doh dan ulikan menjadi jejari yang panjang.
Letak dipinggan buat sehingga habis.
Panaskan minyak di kuali, masukkan jejari dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.





Sup Ikan Ala Thai





















Sumber resipi: Dapur Tanpa Sempadan @ Mat Gebu
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah, kerapu, selar papan
2 batang serai, diketuk
1/2" lengkuas, dihiris
3 helai daun limau purut
2 pokok daun ketumbar, cuci bersih dan toskan.
2 biji limau nipis, perah jusnya
12 biji tomato ceri @ 1 biji tomato biasa, dibelah 6
10 biji cili padi merah
1 sup bunjut tulang adabi
1 batang kayu manis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh biji lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak sedikit untuk menumis

Bahan-bahan kisar halus:
6 biji bawang mearh
3 biji bawang putih
1" halia
1/2" kunyit hidup

Hiasan:
Hirisan daun ketumbar
Bawang goreng

Caranya:
Ikan disiang, kerat kepada beberapa bahagian, cuci bersih dan ketepikan.
Daun ketumbar diasingkan akar dan daunnya.  Akarnya diketuk sedikit dan daunnya dipotong kasar.
Cili padi diketuk.
Lada hitam ditumbuk halus, ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk anggaran 4 camca besar.
Tumis bahan-bahan kisar hingga harum, masukkan serai, lengkuas, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga, kacau rata dan masak sekejap.
Tuang air secukupnya, anggaran dalam 1.2 liter, biarkan mendidih.
Masukkan sup bunjut, daun limau purut, lada hitam dan akar pokok ketumbar.
Kacau rata dan biarkan mendidih perlahan-lahan.
Masukkan ikan, cili padi dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Masak dengan api sederhana hingga ikan masak.
Masukkan tomato ceri, kacau perlahan.
Masukkan daun ketumbar dan akhir sekali tuang jus limau nipis, kacau perlahan dan masak sekejap.
Rasa dan jika ok boleh dimatikan api. 
Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.

Sunday 22 July 2018

Tauhu Kukus





















Bahan-bahan:
3 tiub japanese tauhu yang lembut
2 keping tauhu keras
Sedikit isi jagung
Sedikit cili merah cincang
Sedikit lobak merah cincang
Sedikit isi ayam cincang
Garam secukupnya
1 biji telur
Sedikit minyak bijan
Sedikit serbuk maggi

Sedikit minyak untuk disapu pada acuan lompang
Acuan lompang secukupnya

Taburan:
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng

Caranya:
Lenyekkan tauhu lembut dan keras bersama didalam mangkuk besar.
Masukkan isi jagung, isi ayam, cili merah dan hirisan bawang, kacau sebati.
Masukkan sedikit minyak bijan, 1 biji telur, garam dan serbuk maggi, kacau sebati.
Sediakan periuk untuk mengukus.
Masukkan adunan tauhu ke dalam acuan lompang, buat hingga habis.
Kukuskan selama 10-15 minit.

Bahan-bahan sos:
Sedikit kicap cair
Air dari kukusan tauhu
Serbuk lada sulah
Garam secukupnya

Caranya:
Masukkan kesemua bahan-bahan dan jerang di kuali sebentar.
Angkat dan curahkan pada tauhu dan taburkan hirisan bawang dan bawang goreng.


Cilok




Sumber resipi:Youtube ~ Jivie Channel (rasa yang liat dan kenyal)
Bahan-bahan:
200g tepung gandum
200g tepung ubi
2 ulas bawang putih, dihaluskan
1 kiub maggi
2 batang daun bawang dihiris halus
375ml air
1 tbsp garam

Air untuk rebusan secukupnya
Sedikit minyak

Lidi satay secukupnya

Caranya:
Campurkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata.
Masukkan hirisan daun bawang, kacau rata.
Panaskan air dalam periuk, masukkan garam, maggi kiub dan bawang putih, kacau sehingga mendidih. Matikan api.
Masukkan air tadi perlahan-lahan ke dalam tepung yang telah dikacau sebati sehingga tercampur rata dan menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit adunan dan jadikan bentuk bulat, letak dalam pinggan sehingga habis.
Sediakan air rebusan dan masukkan sedikit minyak supaya cilok berkilat. Masukkan cilok dalam periuk dan biarkan adunan sehingga masak.
Bila masak cilok akan timbul dipermukaan, padamkan api.
Toskan air dan sumbat pada lidi satay.

Sos kacang untuk cilok:
4 tbsp mentega kacang
1 tsp serbuk cili merah 
1/2 tsp kicap manis
30ml air atau secukupnya
Air perahan limau secukupnya

Caranya:
Masukkan air dalam kuali.
Masukkan mentega kacang, kacau rata dan sehingga sebati.
Masukkan serbuk cili, sedikit kicap manis dan air perahan limau nipis.
Kacau rata, angkat bila cili sudah masak.


Steamed Garoupa In Plum Sauce





















Recipe sourced: YumYum Magazine
Ingredients:
1 garoupa fish (about 600gm), cleaned, drained and buttefrly cut

Sauce:
3 wet plums, seeded and  mashed
2 tbsp plum sauce
1 tbsp sugar ~ brown sugar
1/2 tsp chicken stock granules
1/2 tbsp cornstarch (next time to omit and replaced light soya sauce)
Some coriander leaves and spring onions cut into short lengths

Method:
Combine the sauce ingredients and rub over the fish.  Marinate for 30 minutes.
Place the fish in a steaming platter and raise up the chopsticks.
Steam over high heat for 12 - 15 minutes or until cooked (chopstick can poke through easily).
Take fish out from steamer and remove the chopsticks.
Sprinkle coriander and spring onion on top.
Serve.

Sunday 8 July 2018

Jemput Pisang / Cucur Pisang Yang Sedap







Bahan-bahan:
Pisang emas yang masak ranum
Tepung gandum
Sedikit tepung ubi
Bicarbonate soda
Garam secubit
Minyak menggoreng

Caranya:
Masukkan pisang ke dalam mangkuk besar, lenyekkan sehingga halus.
Masukkan sedikit tepung ubi dan lenyek lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung gandum dan soda, gaul sehingga menjadi adunan yang lembut.
Panaskan minyak.
Ambil sedikit adunan masukkan ke dalam minyak panas, goreng sehingga masak kecoklatan dan toskan.

Sunday 1 July 2018

Ultimate KFC ~ Korean Fried Chicken






Recipe sourced: Judy Joo ~ Korean Food Made Simple
Ingredients:
Coating:
30g cornflour
21/2 tsp sea salt
1/2 tsp baking powder
Freshly ground blackpepper
2 chicken drumsticks, 2 thighs and 4 wings (with tips)

Batter:
64g cornflour
20g fine matzo meal
30g plain flour
2 tbsp gochujang (Korean Chili flaked)
1 tbsp sea salt
21/2 tsp garlic powder
21/2 tsp onion powder
1/4 tsp baking powder
90ml vodka (i used apple vinegar)
2 tbsp gochujang (Korean chili paste)

BBQ sauce:
3 tbsp korean chili paste (gochujang)
3 tbsp ketchup
2 tbsp dark brown sugar
2 tbsp soy sauce
1 tbsp toasted sesame oil
2 tsp grated peeled fresh ginger
2 cloves garlic, grated for finely chopped

Vegetable oil, for frying

Method:
For the coating:
In a large bowl, mix together the cornflour, salt, baking powder and a generous amount of pepper.
Add the chicken and toss to coat.
Transfer the chicken to a wire rack, shaking each piece to remove any excess coating.
Leave, uncovered at room temperature for about 1 hour.

For the BBQ sauce:
In a small saucepan, combine all the sauce ingredients and simmer for 3-5 minutes until slightly thickened.
The sauce can be either served with the chicken or drizzled over it.
If you prefer the latter, remove it from the heat on the early side so it's a little thinner.
Set aside, the sauce is best warm or at room temperature.

Bawang Goreng





















Bahan-bahan:
Bawang merah dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
Garam halus jika suka