Sunday 29 July 2018

Jejari Kentang & Suji






Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang, dicuci bersih dan rebus sehingga empuk, buang kulit dan lenyek halus
1 cawan suji
11/2 cawan air (anggaran)
2 batang cili hijau dihiris halus
Sedikit cili padi hijau dihiris halus
3 tangkai daun kari dihiris halus
2 camca besar cili kering kasar yang dikisar
Garam halus secukup rasa
Sedikit tepung jagung
Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Ubi kentang direbus empuk, buangkan kulit dan dilenyek semasa masih panas, ketepikan.
Masukkan 1 1/2 cawan air dan sedikit minyak kedalam kuali, setelah mendidih masukkan suji sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
Setelah suji masak, angkat dan ketepikan.
Masukkan ubi kentang di dalam mangkuk besar, masukkan hirisan daun kari, cili hijau, cili padi hijau dan cili kering kisar. Gaul sehingga rata.
Masukkan suji, tepung jagung dan garam, uli sehingga menjadi doh. Rehatkan sebentar dalam 30 minit di petisejuk.
Sapukan sedikit minyak di tapak tangan, ambil sejemput doh dan ulikan menjadi jejari yang panjang.
Letak dipinggan buat sehingga habis.
Panaskan minyak di kuali, masukkan jejari dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.





No comments:

Post a Comment