Tuesday 24 June 2014

Kuih Sagu




Resipi: Kak As / Sumber : Izah Muffin Lover

Bahan-bahan:
2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula, Kim kurangkan kurang sikit dari 1 cawan
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air

Kelapa parut putih + sedikit garam, gaul rata dan kukuskan sebentar

Caranya:
Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
Apabila mendidih masukkan sagu.
Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih.
Masukkan bancuhan tepung jagung.
Angkat, tuangkan dalam acuan yang telah digris dengan sedikit minyak atau boleh dilapikkan dengan plastik cling.
Setelah sejuk bolehlah dipotong dan digaul dengan kelapa.


Monday 23 June 2014

Kering Tempe























Bahan-bahan:
2 bungkus tempe, dihiris halus, goreng dan ketepikan
2 batang serai, dihiris halus *goreng dan ketepikan
3" halia, dihiris kasar *goreng dan ketepikan
Ikan bilis yang digaul dengan jus limau nipis *goreng dan ketepikan
4 ulas bawang merah kecil, dimayang halus *goreng dan ketepikan
3 ulas bawang putih, dimayang halus *goreng dan ketepikan
Daun kari, dibasuh, *toskan dan gorengkan
Cili kering dibasuh, *toskan dan gorengkan
(* bahan-bahan digoreng berasingan, boleh guna minyak yang sama)
Minyak secukupnya
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya
Kiub ikan bilis maggi

Bahan salutan sambal, diblend halus:
Cili merah
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih

Caranya:
Panaskan sedikit minyak untuk menumis, tumis bahan sambal sehingga garing dan wangi.
Masukkan garam, gula dan kiub ikan bilis, kacau rata.
Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga rata.
Rasa kalau dah cukup perasa, matikan api dan terus mengacau sehingga sebati.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih panas atau sebagai kudapan.

Tempe Rampai













Bahan-bahan:
Tempe dihiris nipis, goreng hingga kekuningan dan ketepikan
Kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit
Daun Kari secukupnya, digoreng
Kulit wantan dihiris memanjang, digoreng hingga kekuningan
Ikan bilis, digoreng hingga garing

Bahan-bahan tumis (Blend) dan salutan:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih

Garam secukupnya
Kiub pati ikan bilis
Gula perang secukup rasa

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumis bahan-bahan tumis sehingga garing dan wangi.
Masukkan garam, kiub pati ikan bilis dan gula secukupnya.
Kacau sehingga sebati.
Matikan api.  Setelah sejuk, gaulkan dengan bahan-bahan diatas yang telah digoreng terlebih dulu.

Ais Krim Peanut Butter


Bahan-bahan:
Santan pekat secukupnya boleh digantikan krim
Peanut butter secukupnya
Gula secukupnya
1 biji kuning telur
Coklat paste secukupnya

Caranya:
Masukkan santan pekat, gula dan peanut butter kedalam periuk tahan panas dan jugak coklat paste.
Sentiasa dikacau sehingga mendidih.
Masukkan kuning telur dan terus dikacau sehingga sebati.  Matikan api.
Bolehlah dimasukkan pada acuan popsicles.






Kari Ayam Pakistan




Resipi: Puan Maria Hakem / Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian 
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
1 sudu makan garam masala (optional)
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak (Kim kurangkan penggunaan minyak untuk menumis)

Hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam).
Masukkan ayam dan gaul rata. 
Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam.
Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering atau boleh juga jangan sampai kering.
Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

(Nota Kim: Menurut Puan Maria Hakem boleh juga digantikan dengan daging lembu atau kambing.  Hidangan yang lazat walaupun tanpa santan.  Apa yang penting semasa menumis haruslah sampai benar-benar hancur bawang dan tomato sebab tu boleh sampai mengambil masa selama 1 jam, tapi kena jugak adjust masa anggaran tak perlu sampai 1 jam pun sedap jugak kari ini).

 

Ayam Vietnam




















Sumber: Sajionline / Madihaa (sedikit perubahan dari Dapur Kim)
Bahan-bahan:
7 ketul paha/kepak ayam/1/2 ekor ayam saiz sedang, dipotong kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula (Kim - tak bubuh)
1 biji telur (Kim - 2 sudu besar tepung gandum)
4 sudu besar tepung ubi
minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan tumis: (ditumbuk kasar)
3 batang serai, diketuk
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

3 labu bawang besar, dibelah 8
4 tangkai daun kari

Bahan-bahan perasa:
1 sudu serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya:
Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, kicap pekat dan tepung gandum selama 2 jam sebelum digaul dengan tepung ubi.

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.

Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.

(Nota Kim: Tak mengecewakan lauk ini, cuba ya jangan tak cuba, pasti makan nasi bertambah-tambah)

Sunday 1 June 2014

Kerabu / Salad Romaine dan Betik Solo


Bahan-bahan:
Salad Romaine, bersih dan hiriskan*  *gaulkan bersama dan simpan di petisejuk
Betik solo, bersih dan sagatkan*
Timun, bersih dan sagatkan, emplur jangan diambil*

Bahan sos: dipukul sehingga sebati kemudian gaul pada sayuran diatas
Cili padi ditumbuk lumat * ditumbuk bersama
1 ulas bawang putih ditumbuk lumat *
Sos ikan
3 biji limau kasturi atau lebih, diperah
Garam sedikit
Gula perang

Pengedil Ayam Kacang Dhal



















Bahan-bahan:
6 ketul isi ayam yang telah dipotong kecil, bersih dan cincangkan
1 1/2 biji ubi kentang dipotong dan gorengkan sehingga masak, toskan minyak*(*ditumbuk hingga lumat)
1/2 genggam kacang dhal, dibersih, rendamkan dalam 1 jam, rebush sehingga empuk, toskan & ketepikan *
Daun bawang dihiris
Bawang besar dihiris halus
Bawang putih dihiris
Halia sedikit dihiris
Garam secukupnya
Pati ayam sedikit
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan salutan:
1 biji telur dan secuit garam dipukul kembang

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali dan gorengkan ubi kentang yang telah dipotong,  Setelah empuk angkat dan toskan minyak.
Masakkan kacang dhal sehingga empuk, toskany airnya.
Tumbukkan ubi kentang dan kacang dhal sehingga lumat, ketepikan.
Pada kuali yang sama, guna minyak lebihan dari menggoreng ubi kentang tadi, sedikit saja tinggalkan dikuali.
Panaskan minyak, masukkan halia goreng sehingga garing.  Masukkan bawang besar dan bawang putih tumis sehingga wangi dan masukkan ayam.
Gorengkan balikkan ayam sebentar, masukkan pati ayam dan sedikit garam kacau rata, setelah ayam masak, masukkan hirisan daun bawang, matikan api.
Campurkan ayam dan ubi kentang yang telah ditumbuk tadi, gaul sehingga rata.  Kepalkan menjadi bentuk yang bulat, buat hingga habis dan ketepikan.
Panaskan minyak yang secukupnya untuk menggoreng pengedil.
Ambil sebiji pengedil gaulkan pada telur yang telah dipukul tadi dan masukkan dalam minyak yang telah panas.  Goreng dalam 5 biji jangan dimasukkan sekali semua.  Jangan dibalik-balikkan cukup sekali balik saja.  Nanti hancur pengedil jikalau dibalikkan selalu.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan hidangkan bersama sos cili atau raita timun