Monday 28 July 2014

Sunny's BBQ Chips Wings



Recipe : Sunny Anderson (Foodnetwork)
Ingredients:
For the Wings:
12 whole chicken wings
2 cups flour (I used potato starch flour)
Kosher salt 
Freshly ground black pepper
For the Seasoning Mix (BBQ Chips):
1/4 cup sweet paprika
2 tablespoons onion powder
2 tablespoons garlic powder
Kosher salt
1/4 cup sugar (I used brown sugar)
2 quarts vegetable or peanut oi, for frying

Method:


Line a sheet tray with a wire rack.  Using kitchen shears or a sharp knife, separate the chicken wings into drummettes and wings, discarding the wing tip joint.
In a large paper bag add the flour, 2 tablespoons of salt and about 5 grinds of blackpepers.
In batches, toss the chicken wings in the bag until fully coated with flour.
Place the coated wings on the wire rack at room temperature until the flour appears to be invisible or soaked into the skin, about 30 minutes.

Meanwhile, make the coating:
In a small saute pan over medium low heat, add the paprika, onion powder and garlic powder.  Toast the spices while tossing constantly to avoid burning until they are fragrant, about 5 minutes.
Remove the spices from the heat and allow to cool completely.
Once cooled add 1/2 teaspoon of salt and the sugar.
Place in a bowl or paper bag for tossing.

In a large pot, heat oil until a deep fry thermometer reaches 375F.  Working in batches, add the chicken and fry until cooked through and crispy, 10 to 13 minutes each batch.
Remove from oil and immediately add the fried wings to the bowl or paper bag filled with the coating and toss.
Serve immediately.



Sunday 20 July 2014

Kacang Tanah Salut Rempah Kari



Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Kacang Tanah dicelur sebentar saja dengan air panas, toskan airnya
Daun Kari, optional
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan salutan:
Tepung beras
Sedikit tepung jagung
Sedikit baking powder
Rempah kari, dibancuh dengan sedikit air panas
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya
Santan cair secukupnya, untuk membancuh bahan salutan tidak terlalu cair/pekat

Caranya:
Bahan-bahan salutan dibancuh sehingga sebati dan gaulkan pada kacang tanah sehingga sebati.
Panaskan minyak secukupnya tetapi AWAS jangan terlalu besar api nanti kacang di bahagian dalam tidak masak sepenuhnya. Goreng dengan api yang perlahan sehingga masak kekuningan.
Angkat dan toskan minyak. Simpan di balang kedap udara.
Enak dikunyak ketika menonton TV atau boleh dibawa berkelah dlll.





Sunday 13 July 2014

Bihun Goreng Cili 4 Bahan


















Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim, ringkas, cepat dan sedap.  Walaupun simple dan tak banyak bahan tapi sedap.

Bahan-bahan:
Bihun, direndam sehingga lembut
Daun bawang dihiris
Kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Air sedikit
Minyak

Bahan-bahan kisar:
Cili kering
Bawang Merah
Bawang putih

Ikan bilis, direndam, toskan dan tumbuk kasar ( Boleh digantikan dengan udang kering, tapi sangai dulu udang kering sebelum ditumbuk )

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan ikan bilis dan goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, tinggalkan sedikit untuk menumis bahan-bahan kisar, tumis sehingga garing dan pecah minyak, masukkan ikan bilis, masukkan kiub pati ikan bilis dan kacau rata.
Masukkan bihun yang telah direndamkan tadi, gaul sebati, masukkan sedikit air dan garam secukup rasa.
Masakkan sehingga bihun masak dan kering.  Tabukran daun bawang dan gaul sebati.  Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.





Ikan Tamban Goreng Tom Yam


















Resipi: Saji Ogos 2014 Normah Idin, sedikit olahan dari Kim

Bahan-Bahan:
Ikan tamban, cuci dan rendamkan sebentar, perah air limau kasturi/nipis, goreng hingga garing dan ketepikan
Ubi Kentang dipotong dan goreng sehingga masak, ketepikan
Cili kering kisar
Cili padi ditumbuk
Bawang putih *
Bawang merah  *  *ditumbuk bersama
Pes tomyam
Daun limau purut
Sedikit gula perang
Sedikit garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis rempah

Caranya:
Goreng ikan tamban sehingga garing dan ketepikan.  Goreng ubi kentang sehingga masak dan ketepikan.
Kurangkan minyak dan tumis cili kisar, cili tumbuk sehingga garing.
Masukkan bawang tumbuk, pes tomyam dan daun limau purut.
Setelah sebati masukkan garam dan gula secukupnya.  Tutup api.
Tunggu sehingga sejuk barulah dicampurkan dengan ikan tamban supaya sentiasa garing dan rangup.

Kek Minyak (Bakar)































Original : MyResipi / Sumber: Lina Pg, Izah, Yatie; Kim buat 1/2 adunan, sedap tak berminyak dan lembut

Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus ( Kim kurangkan sedikit )
2 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil baking powder * (* diayak bersama)
1 cawan susu pekat manis ( Kim kurangkan sedikit )
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
Perasa dan pewarna kegemaran ( Kim bubuh perisa coklat )
1 sudu teh esen vanilla 

Caranya:
Panaskan oven suhu 170C.
Ayak tepung gandum bersama baking powder, ketepikan.
Lenser loyang kek dengan mentega.  Alaskan dengan baking paper atau taburkan tepung gandum.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanilla, pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama baking powder.  Gaul rata.
Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, buat bentuk marble atau kreativiti.
Bakar hingga masak.  Suhu bergantung kepada oven masing-masing atau bakar pada suhu 170C selama 60 minit api atas dan bawah.
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan. 

Tuesday 8 July 2014

Palm Sugar Tapioca Sago Kuih



Sourced: Time For Kuih-Muih by Wong Sip Moi

Ingredients:
Material & Utensil needed:
7" square mould
Banana leaf cut to line mould (greased) (I used plastic cling and ungreased)

A:
150g pearl sago (cook for 10 minutes, drained)

B:
200g grated tapioca (squeeze off excess liquid and i keep the starch)
120g grated coconut shreds
125g concentrated coconut milk

C:
130g (i used 100g) palm sugar or gula melalka (shave into small pieces)
75ml water
1/2 tsp salt

Method:
Combine ingredients A and ingredients B together, mix well.
Bring ingredients C to a boil.  Strain, pour into ingredients A & B and mix well.
Line mould with banana leaf.  Grease with a little oil, pour the above ingredients into mould.
Level surface, steam for 25 - 30 minutes. 


Apricot Chocolate Balls


















Sourced: Biscuit d.i.y. by Chef Jamie Jong

Ingredients:
100g dried apricot chopped (i soaked a few minutes with hot water then wipe with tissue)  }*
80g roasted cashew nuts roughly chopped (i used almond/cashew nuts and groundnuts) }*
100g marie biscuits, blend into fine crumbs (i used coffee marie biscuits) }*   *A
50g melted butter
250g cooking chocolate chopped (i used bitter sweet chocolate)
100g roasted desiccated coconut (i used nestum)

Method:
Mix *A in a mixing bowl, stir well.
Melt chocolate in saucepan over simmering water, pour into *A and mix thoroughly.
Roll mixture into small balls, toss in roasted desiccated coconut/nestum, place in paper cups.
Keep in refrigerator.

Kuih Ros @ Kuih Goyang @ Kuih Sarang Lebah


















Sumber: mommycooking.blogspot.com

Bahan-bahan: (Kim buat 1/2 adunan saja, resipi asal untuk 1 kg)
3 biji telur gred C
250g tepung beras
250g tepung jagung
Gula halus secukupnya
secubit garam (Kim tambah)
500 ml santan pekat
100 ml santan cair
Air masak sedikit

Minyak secukupnya untuk digoreng terendam
Acuan kuih dipanaskan dulu

Caranya:
Masukkan kesemua tepung beras, jagung, telur, garam, gula halus, santan pekat dan cair kedalam blender.
Blend sehingga halus tak payah ditapis adunan.
Biarkan adunan seketika.  Tambahkan sedikit air masak sehingga adunan menjadi agak cair.
Sediakan kuali/periuk, panaskan acuan dan setelah acuan panas bolehlah dicelupkan pada adunan tepung dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Setelah selesai bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.


Cara Manis Jagung



















Sumber: Che Ann / Mas Duniaku (Olahan semula oleh Kim)

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil marjerin / butter
1 biji telur
1 cawan air pandan
1 1/2 cawan santan
Gula secukupnya
secubit garam
sedikit pewarna hijau untuk menaikkan seri warna hijau (tak letak)
Jagung manis secukupnya
sedikit minyak untuk oles pada acuan kuih cara

Caranya:
Campurkan semua bahan diatas dan gula, masukkan dalam blender supaya adunan halus.
Pnasakan acuan dan oleh dengan minyak.
Masukkan adunan ke setiap lubang acuan, biarkan seketika dalam 40 saat untuk lapisan tepi dah masak baru masukkan jagung manis.  
Tutup acuan dan biarkan dalam 2-3 minit atau sehingga masak.  Bila ditekan sedikit tak melekit dah boleh diangkat.
Ulangi proses membakar sehingga adunan habis.

(Nota: adunan memang nampak cair tapi jangan bimbang, bila dah masak ia akan lembut gebus gitu, Mesti cuba baru tau gebus atau tidak).

(Nota Kim: Terima kasih pada yang empunya resipi ini, sedap, pasti buat lagi, jangan marah pada olahan semula dari saya).



Sardin Gulung Kelantan




















Sumber: lzah Muffin Lovers (sedikit perubahan dari Kim)
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
25g marjerine beku (asal margerine)
120ml minyak masak
1 sudu kecil garam (asal 1/4 sudu teh)
Air sejuk secukupnya (asal air secukupnya)

Putih telur sebagai pelekat

Caranya:
Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas.  Masukkan ke dalam adunan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga rata.
Masukkan margerine dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti (Hati-hati dengan minyak panas ketika menguli).
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh ayng keras.
Tutup doh dengan tuala dapur dan rehatkan seketika hingga doh menjadi lembut.
Canai tipis doh dan terap dengan penerap bentuk bunjur yang sederhana besar, atau bulatkan dulu doh dan canai meruncing ke depan. (Canaikan tipis supaya bahagian dalam masak dan rangup).
Letak inti sardin di tengah nya dan gulung hingga ke bahagian runcing, sapu sedikit putih telur pada hujungnya dan lekatkan tepinya supaya kemas.
Goreng di dalam minyak yang banyak hingga keperangan.

Inti Sardin:
1 tin sardin sederhana - asingkan sos dan ikan
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar cili boh
1/2 biji bawang besar
2 tangkai cili merah dimayang
2 sudu kecil jus limau nipis
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Caranya:
Tumbuk bawang putih dan merah, panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
Masukkan cili boh, cili hiris, kuah sardin dan bawang besar. Masak hingga layu.
Masukkan sardin, lenyek dengan senduk hingga hancur dan gaul bersama bahan tumis hingga rata.
Masukkan jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa.  Masak hingga inti kering.
Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam doh.

(Nota Kim: Adunan kulit yang rangup dan tak berminyak, tak terasa muak kalau makan banyak.....(sedap!, rugi tak cuba)