Sunday 13 July 2014

Kek Minyak (Bakar)































Original : MyResipi / Sumber: Lina Pg, Izah, Yatie; Kim buat 1/2 adunan, sedap tak berminyak dan lembut

Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus ( Kim kurangkan sedikit )
2 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil baking powder * (* diayak bersama)
1 cawan susu pekat manis ( Kim kurangkan sedikit )
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
Perasa dan pewarna kegemaran ( Kim bubuh perisa coklat )
1 sudu teh esen vanilla 

Caranya:
Panaskan oven suhu 170C.
Ayak tepung gandum bersama baking powder, ketepikan.
Lenser loyang kek dengan mentega.  Alaskan dengan baking paper atau taburkan tepung gandum.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanilla, pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama baking powder.  Gaul rata.
Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, buat bentuk marble atau kreativiti.
Bakar hingga masak.  Suhu bergantung kepada oven masing-masing atau bakar pada suhu 170C selama 60 minit api atas dan bawah.
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan. 

No comments:

Post a Comment