Monday 27 July 2015

Cendol



Sumber resipi: dzanariah.blogspot.com / jurnal resipi bdaria
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air = air kapur pekat
10-12 helai daun pandan, jika daun pandan tidak banyak boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan
3 cawan air
secubit garam

Caranya:
Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja.
Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul.
Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk.
Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang atau acuan muruku dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. 
Buat sehingga habis.
Biarkan ia menjadi betul-betul keras di dalam air tersebut.
Jika hendak simpan pastikan cendol dicampurkan dengan air. 

(Nota: Cendol yang lembut, hidangan lebih kurang untuk 4 orang, jadi kalau ramai gandakan jumlah sukatan)

Karipap Rangup



Sumber: Seleraputeri.blogspot.com via Saji Edisi Ramadan Julai 2015
Bahan-bahan kulit:
250gm tepung gandum
25gm tepung beras
25gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar margerine
1/3 cawan minyak
1/2 cawan air (bukan air sejuk)
1/2 sudu teh gula (optional - untuk kuih kelihatan kuning keemasan)

Bahan-bahan inti:
Bahan tumbuk:
1 sudu kecil biji lada hitam
5 ulas bawang putih
3cm halia

Bahan-bahan inti:
500gm daging ayam cincang
2 biji ubi kentang dipotong dadu
5 sudu besar serbuk kari daging
4 sudu besar cili kisar
45ml air asam jawa
1 labu bawang besar, dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
Sedikit hirisan daun ketumbar

Caranya:
Untuk doh:
Campurkan kesemua bahan kering, panaskan margerine bersama minyak masak dan tuangkan ke dalam campuran tepung.  Gaul rata.
Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut dan bahagikan doh kepada bebola-bebola kecil, ketepikan.

Untuk Inti:
Tumiskan bahan tumbuk dengan kulit kayu manis dan bunga lawang.
Selepas itu masukkan cili kisar dan apabila sedikit garing masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
Tambahkan sedikit air supaya rempah tidak kering dan hangus.
Apabila tumisan rempah pecah minyak masukkan ayam cincang dan ubi kentang, kacau rata dan sebati.
Masukkan air asam jawa dan bawang besar, masak hingga kentang empuk, jika perlu boleh tambah lagi sedikit air supaya kentang empuk.
Apabila sudah masak, tabur hirisan daun ketumbar, ketepikan.
Ambil doh dan leperkan, kemudian isi dengan inti, tutup dan kelim kemas-kemas.  Buat sehingga habis.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing dengan api sederhana. 
Angkat dan toskan.

Ayam Masak Lengkuas Bugis



Sumber: patykitchen.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 12 bahagian
400g lengkuas muda, parut
2 batang serai dititik
1 kg santan pekat
1 sudu makan lada putih, tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
Ubi kentang, saya tambah
Garam secukupnya

Bahan-bahan tumbuk/kisar:
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2" halia diblend halus
11 biji cili padi
15 tangkai cili kering direndam dahulu

Caranya:
Masukkan santan dan serai titik ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut.
Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih.
Biar naik minyak, masukkan ubi kentang dan ayam.  Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap dan masak sekata.
Masak sehingga ayam dan ubi kentang empuk dan angkat.
Jika inginkan kering biar lama sedikit di atas api.



Sunday 26 July 2015

Samosa Kentang Ayam


Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya, dipotong memanjang
Minyak menggoreng secukupnya
Garam secukup
Gula jika suka
Air secukup

Bahan gam, digaul sebati jadikan pes yang pekat:
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya

Bahan-bahan inti:
Ubi kentang, dipotong dadu
Isi ayam, dipotong dadu/cincang
Daun ketumbar
Bawang besar dimayang
Halia dihiris
Serbuk kari daging *
Sedikit serbuk masala * bertanda * dijadikan pes

Bahan-bahan tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
Lada hitam jika suka sedikit

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk dan bawang besar yang dimayang sehingga wangi, masukkan halia hiris.  Masukkan bahan-bahan pes dan masak sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ubi kentang dikacau sebati, masukkan air sedikit untuk mengempukkan ubi kentang.
Setelah ubi kentang empuk masukkan isi ayam dan kacau sebati, masak sehingga ayam empuk, tambahkan sedikit air.
Setelah ayam empuk dan air kering, masukkan garam secukup rasa dan gula sedikit.  Akhir sekali sebelum di padamkan api masukkan daun ketumbar, kacau rata.  Angkat dan sejukkan sebentar.
Ambil kulit popia  2 keping yang telah dipotong memanjang dibahagikan 2, lipatkan dan masukkan inti, kemudian digamkan sehingga kemas.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Enak dimakan semasa panas.



Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang


Resipi: Mamak Haji, Sumber: Madihaa
Bahan-bahan:
1 ekok ayam, dipotong 16
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri)
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp jintan putih
1 tsp jintan manis
1/2 sudu besar serbuk kas-kas (optional)
1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah atau kurangkan ikut kepedasan)
2 sudu besar rempah kari daging
3 kuntum bunga lawang
1" kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah diketuk
Garam
Gula secukup rasa
1 Cawan air

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
3" halia
1 ulas bawang putih

Caranya:
Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Goreng ayam 3 suku masak dan ketepikan dahulu.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
Apabila naik bau masukkan bahan kisar dan tumis hingga harum dan naik minyak.
Masukkan pes cili dan pes serbuk kari daging dan masak lagi hingga wangi.
Masukkan semua bahan-bahan yang lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih.
Masukkan ayam yang telah goreng.
Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit  - 15 minit di masak.
Masukkan 1 cawan air, masak hingga agak kering dan rasa garam, kalau kurang boleh ditambahkan lagi jika perlu.
Tutup api dan masukkan perahan air limau 1 tsp.
Taburkan bawang goreng. Bolehlah dihidangkan bersama nasi hangat.


Almost Famous Chocolate Chunk Cookies



Sourced: bisousatoi.blogspot.com
Ingredients:
250g salted butter, softened
200g light brown sugar, i used 190g
1/4 tsp salt, i omitted
1/2 tsp coffee oil
1 egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup oats, i used rolled oats (processed to bits in a chopper) or nestum
1/4 cup ground almonds
1/2 cup of your favourite toasted nuts, chopped finely (optional)
1 pack of Nestle Tollhouse Semi-Sweet Chocolate Chips
300g self raising flour or plain flour with 1/2 tsp of baking powder

Method:
This is the most important step, at least 2 hours before or the night before, beat the egg with the vanilla and the coffee oil to infuse or you can do this the night before, refrigerate it then bring it to room temperature before baking.

Preheat oven to 160C.

To the softened butter, beat in the sugar and the salt to combine.
Beat in the egg and stir in the processed oats, ground almonds, optional chopped nuts and the chocolate chips.
Sift the flour and fold it in, this dough will not be too stiff but not too wet either.

For small cookies, place half tsp of the dough, spaced slightly apart on the cookie sheet and bake for 9 to 10 minutes.

For large cookies, place rounded tbsp of the dough spaced apart on the cookie sheet and bake for 20 to 22 minutes or 10 minutes for semi chewy type of cookie.

Cool completely and let it sit overnight in an airtight container, this is for the flavour and fragrance to develop further.


Red Velvet Choc Chips Cookies



Recipe : Seceria Air Tangan Ibu - Planta - Azlita Masam Manis, Sourced: Fuzzymazing.blogspot.com
Ingredients
120g plain flour (i used cake flour)
50g rice flour
1 tbsp cocoa powder
120g Planta brand margerine (i used Planta and buttercup)
10g ghee
80g castor sugar
1 egg yolk
50g almond nib (toasted at 170C for 5 minutes)
1/2 tsp vanilla essence
1/2 tbsp red colouring (i used 1 tsp Star brand artificial cochineal red food colouring)
30g white chocolate chips
30g chococolate chips

Method:
Combine the two flours and cocoa powder, sift and set aside.
In a mixing bowl, combine margerine (butter), ghee and castor sugar and beat till pale.
Add in egg yolk and mix well.
Add in vanilla essence and colouring and mix till well blended.
Add in flours and cocoa powder.  Mix using a wooden spoon or spatula till a dough is formed.
Finally, add in almond nib, half the chocolate and half the white chocolate chips.
Spoon some dough onto a lined baking pan.
Continue until finish.
Decorate the top with the remaining chocolate chips.
Bake in a preheated oven at 150C for about 20 minutes (i baked for about 30 minutes).
Once baked, transfer cookies onto a wire rack and leave to cool completely.
Store in an air-tight container.

Friday 3 July 2015

Roti Jala Dan Sambal Sardin Ubi Kentang















Sumber: Azie Kitchen...terima kasih Azie memang lembut sampai ke malam....
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air / santan / susu segar (atau air campur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning ~ guna kunyit hidup terlebih pulak

Caranya:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan.
Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non-stick.
Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat.  Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung/lipat.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi/kari ayam.

Sambal Sardin Ubi Kentang

Bahan-bahan:
1 tin kecil ikan sardin, dibuang tulang
Bawang besar dimayang
Sebiji ubi kentang dipotong dadu kecil
Sedikit minyak
Garam secukup
Air asam secukup
Sedikit gula perang/gula melaka

Bahan-bahan blend:
Cili kering
Bawang merah kecil
Bawang putih
2 batang serai
3 keping lengkuas





Mee Goreng Cili Udang Kering

 

Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Mee kuning, cuci dan toskan
Daun bawang dihiris
Bawang goreng, optional
Cili merah hiris, optional
Udang kecil
Taugeh
Minyak
Garam
Sedikit kiub ikan bilis
Limau kasturi 

Bahan-bahan blend halus dengan sedikit air, kemudian tapiskan air:
Udang kering, rendam, toskan dan sangai
Cili merah hidup
Bawang merah
Bawang putih
Bawang merah besar

Tomato masak ranum, dipotong dadu

Caranya:
Masukkan bahan-bahan blend ke dalam non stick, gunakan api yang perlahan kacau sehingga kering.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan blend tadi dengan api perlahan sehingga garing.
Masukkan tomato dan kacau sehingga kering.
Masukkan air sedikit, masakkan lagi dan masukkan udang kecil.
Setelah udang kecut, masukkan mee dan kacau sehingga sebati, kalau kering sangat, masukkan sedikit air, garam secukup rasa dan kiub ikan bilis.
Akhir sekali masukkan taugeh dikacau sebati sebentar saja.
Sebelum dipadamkan api masukkan jus air limau kasturi dan kacau rata.