Monday 27 July 2015

Karipap Rangup



Sumber: Seleraputeri.blogspot.com via Saji Edisi Ramadan Julai 2015
Bahan-bahan kulit:
250gm tepung gandum
25gm tepung beras
25gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar margerine
1/3 cawan minyak
1/2 cawan air (bukan air sejuk)
1/2 sudu teh gula (optional - untuk kuih kelihatan kuning keemasan)

Bahan-bahan inti:
Bahan tumbuk:
1 sudu kecil biji lada hitam
5 ulas bawang putih
3cm halia

Bahan-bahan inti:
500gm daging ayam cincang
2 biji ubi kentang dipotong dadu
5 sudu besar serbuk kari daging
4 sudu besar cili kisar
45ml air asam jawa
1 labu bawang besar, dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
Sedikit hirisan daun ketumbar

Caranya:
Untuk doh:
Campurkan kesemua bahan kering, panaskan margerine bersama minyak masak dan tuangkan ke dalam campuran tepung.  Gaul rata.
Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut dan bahagikan doh kepada bebola-bebola kecil, ketepikan.

Untuk Inti:
Tumiskan bahan tumbuk dengan kulit kayu manis dan bunga lawang.
Selepas itu masukkan cili kisar dan apabila sedikit garing masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
Tambahkan sedikit air supaya rempah tidak kering dan hangus.
Apabila tumisan rempah pecah minyak masukkan ayam cincang dan ubi kentang, kacau rata dan sebati.
Masukkan air asam jawa dan bawang besar, masak hingga kentang empuk, jika perlu boleh tambah lagi sedikit air supaya kentang empuk.
Apabila sudah masak, tabur hirisan daun ketumbar, ketepikan.
Ambil doh dan leperkan, kemudian isi dengan inti, tutup dan kelim kemas-kemas.  Buat sehingga habis.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing dengan api sederhana. 
Angkat dan toskan.

No comments:

Post a Comment