Sunday 30 June 2019

Ayam Panggang HP Sos




Bahan-bahan:
Kepak ayam
Sos HP
Sos Tiram
Serbuk paprika
Serbuk sriracha
Gula perang
Minyak zaitun

Caranya:
Perapkan kepak ayam dengan kesemua bahan-bahan diatas selama semalaman atau 5-6 jam.
Panggangkan dengan pemanggang ajaib sehingga masak.
Angkat dan hidangkan dengan lobak merah karamel.


Garam secukup rasa

Ayam Popcorn Bijan




Bahan-bahan:
Isi ayam dipotong kecil
Bijan disangai dan tumbuk kasar
Kicap cair
Sedikit kicap pekat
Lada hitam ditumbuk
Lada putih ditumbuk
Serbuk bawang putih
Serbuk halia
Minyak bijan
Telur putih, dipukul sebentar
Garam secukup
Minyak menggoreng secukupnya

Hirisan Bawang besar, jika suka disalutkan dengan bahan-bahan salutan dan goreng garing

Bahan-bahan salutan, sebatikan:
Tepung beras
Tepung jagung
Garam jika perlu
Sedikit lada putih
Sedikit lada hitam

Caranya:
Potong isi ayam menjadi ketulan yang kecil.
Perapkan isi ayam dengan bijan yang disangai, kicap cair, kicap pekat, lada hitam, lada putih, serbuk bawang putih, serbuk halia, minyak bijan dan putih telur.  Rasa dulu kurang garam, masukkan sedikit garam atau secukup rasa.
Perapkan +/- 2 jam.
Setelah dikeluar dari peti sejuk biarkan sebentar barulah di salutkan dengan bahan-bahan salutan.
Panaskan minyak dikuali.
Goreng sehingga masak dan keperangan, angkat dan toskan minyak.

Lobak Merah Karamel






Bahan-bahan:
Lobak merah cuci bersih, kulit tak perlu dibuang
Gula perang
Mentega
Bawang putih dicincang kasar
Sedikit serbuk kulit kayu manis

Garam Laut jika suka

Caranya:
Masukkan mentega, bawang putih dan gula perang dikuali.
Setelah cair, masukkan lobak merah, masak sehingga lembut.
Sebelum diangkat, masukkan garam laut dan kacau sebati, barulah diangkat dan hidangkan.

Thursday 27 June 2019

Macaroon



























Sumber resipi: hanamemories.blogspot
Bahan-bahan:-
2 biji (80gm) putih telur
60gm gula castor
80gm almond powder
120gm gula aising (tidak boleh dikurangkan)
Sedikit esen vanila

Inti: Nutella, Chocolate Filling, Fruit Filling, Peanut Butter

Caranya:
Ayak almond powder dengan gula aising.
Pukul putih telur dengan gula castor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/bertanduk. (Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh, dah oklah).
Masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.
Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
Masukkan adunan yang dah siap ini ke dalam piping bag (guna plastik putih biasa pun boleh, gunting bucu yang di bawah).
Picit ke atas dulang oven yang dah dialas dengan baking paper sebesar size 20 sen atau 50 sen.
Jarakkan setiap satu lebih kurang 3cm.
Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons untuk mengelakkan permukaan macaroon menjadi berlubang bila dibakar.
Biarkan permukaan macaroon kering atau tak melekit di tangan bila disentuh sedikit sebelum dibakar.
(Bergantung pada cuaca juga, atau boleh letak bawah kipas supaya cepat kering).
Sebelum dibakar test dulu dengan jari, kalah dah tak melekat bolehlah dibakar.
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing lebih kurang 16-17 minit.
Sejukkan dulu sebelum diletakkan inti.

Tip:
Masukkan serbuk almond dalam food processor tapi jangan dikisar terlebih nanti akan berminyak.
Kemudian ayakkan dan timbang semula menjadi 80gm dan jika perlu dijemur dulu kalau agak lembab.
Gula aising dan serbuk koko pun kena diayakkan dulu, kemudian satukan dengan serbuk almond.
Telur di masukkan ke dalam mangkuk pengadun putar sehingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit (buat 3x) sambil diputar sehingga benar-benar mengilat, jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh.  Kena periksa meringue di dasar mangkuk masih berair maknanya putih telur belum sempurna, sebab kadang-kadang jika dibiarkan beberapa saat akan kelihatan berair.  Maknanya kena putar lagi hingga benar-benar kukuh, jika meringue sudah kukuh takkan cair di dasarnya walau pun dibiarkan agak lama.
Pastikan juga putih telur yang kita guna adalah putih telur yang segar, jadi senang nak kembang dan mengilat.
Setelah meringue siap, masukkan campuran serbuk almond, gula icing, serbuk koko secara bertahap (buat 3X), kaup balikkan hingga rata setiap kali bahan kering dimasukkan.
Ambil sedikit adunan guna spatula, sengetkan spatula, jika adunan jatuh perlahan maknanya dah ok.
Masukkan adunan ke dalam piping bag, paipkan ke atas dulang yang telah dilapik dengan non-stick paper sebesar 1" (jangan guna kertas minyak).
Semasa kita paipkan adunan ke atas dulang, pastikan pegang piping bag dalam keadaan yang menegak, jangan sesekali sengetkan piping bag kerana akan menyebabkan macarons tidak rata/bulat.
Jangan lupa jarakkan setiap adunan.  Kemudian pegang hujung dulang dan hentakkan ke atas meja, lepas itu pusingkan dulang, pegang lagi hujungnya, angkat dan hentakkan lagi ke meja, lepas itu pusingkan dulang, pegang lagi hujungnya, angkat dan hentakkan lagi ke meja, ini bertujuan untuk membentuk/meratakan permukaan macaroon dengan cepat dan juga membuang buih halus di atas permukaan macaroon. 
Setelah itu biarkan macaroon kering, jika disentuh dengan jari tidak ada yang basah atau melekat.
Kalau nak cepat kering onkan kipas.  Macaroon akan kering dalam masa 60 - 90 minit.
Punca macaroon retak ketika dibakar ialah kerana tak cukup kering, jadi sabar-sabarlah biarkan kipas mengering macaroon sampai betul-betul kering sebelum dimasukkan dalam oven.
Setelah macaroon kering panaskan oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit.
Letak dulang yang berisi macaroon pada rack bawah dalam oven dan bakar guna api atas bawah.
Ingat suhu oven berbeza jadi pandai-pandailah set suhu oven masing-masing, bakar macaroon selama 5 - 8 minit, kemudian keluarkan dari oven dan dengan pantas pusingkan dulang tadi dan bakar lagi macaroon selama 5 - 8 mint.
Tujuannya ialah supaya macarons masak sama rata.  Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan selama 10 minit, kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.
Biar sejuk sepenuhnya baru diletakkan inti coklat dan sebagainya.
Adalah sebab macarons melekit pada kertas pembakar dan susah nak tanggalkan kerana macaroon tak masak sempurna.  Jadi kalau rasa macaroon belum masak sempurna ketika dibakar selama 5 - 8 minit sebaiknya masa membakar ditambahkan dari 5 - 8 minit kepada 10 - 12 minit.
Jika macaroon masak dengan sempurna maka bahagian tapak macaroon pun halus dan mulus.
Kalau nakkan kaki macaroon yang tinggi, bakar macarons guna api atas sahaja selama 5 - 8 minit.
Kemudian bakar lagi macaroon guna api atas bawah selama 5 - 8 minit.
Unutk menyimpan macaroon memang sangat mudah, sesudah diberi filling, simpanlah macarons di dalam peti sejuk jika belum dihidangkan.




Tuesday 25 June 2019

Ayam Goreng Ala Korea




Sumber resipi:Chef Suwarsi M. Arukin via 101 Resispi Ringkas Untuk Sekeluarga
Bahan-bahan A (Ayam Goreng):
10 - 15 ketul ayam bahagian drummet
6 ulas bawang putih, kisar halus
3cm halia kisar halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam

Bahan-bahan B, digaul
1/2 cawan tepung gandung
1/2 cawan tepung jagung

Bahan-bahan C (Sos):
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar jus lemon
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
Garam dan lada sulah secukupnya

Caranya:
Ayam Goreng:
Satukkan bahan-bahan A. Gaul sebati dan perap selama 10 minit.
Salutkan ayam yang sudah diperap dengan bahan-bahan B lalu digoreng garing dan masak, ketepikan.
Sos:
Di dalam kuali lain, panaskan 1 sudu besar minyak.
Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
Masukkan baki bahan-bahan C. Gaul sebati.Tambah garam dan lada sulah.
Masukkan ayam goreng lalu kacau sebati.
Akhir sekali tabur bijan sangai dan cincangan daun bawang.
Hidangkan.

Ikan Kukus Ala Thai




Sumber resipi: Zalina Yahaya via 101 Resipi Mudah & Cepat
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan siakap dibersihkan dengan jus limau nipis dan garam kemudian dikelar

Bahan-bahan B:
5 ulas bawang putih, dicincang halus
10 biji cili padi, dicincang halus (boleh dikurangkan)
8 sudu besar air perahan limau nipis

Bahan-bahan Perasa digaulkan:
4 sudu besar air (guna air panas)
4 sudu teh gula
1/4 sudu teh garam

Bahan-bahan hiasan:
Hirisan daun ketumbar
Hirisan limau nipis

Caranya:
Didihkan air kukusan.  Letakkan ikan di dalam kukusan dan kukus selama 10 minit atas api kuat.
Kukus ikan tanpa perasa atau air.
Sos:
Sebatikan bahan-bahan B dan bahan-bahan perasa.
Setelah ikan masak, angkat dari kukusan.
Ambil air ikan yang keluar hasil dari kukusan,sebatikan ke dalam sos.
Tuang sos ke atas ikan. 
Hias dengan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.

Ayam Kicap Pedas






Sumber resipi:Zalina Yahaya via 101 Resipi Mudah dan Cepat
Bahan-bahan A:
1/2 ekor ayam dipotong 6 bahagian
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1" halia, ditumbuk halus
1/2 cawan kicap pekat
2 sudu besar serbuk cili

Bahan-bahan B:
10 ulas bawaing putih dihiris halus
5 ulas bawang merah dihiris halus
2" halia dihiris halus
1 batang serai, diketuk
3 tangkai daun kari
4 tangkai cili kering dipotong 2"
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan perasa:
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh sos tiram
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit gula perang, saya tambah

Bahan-bahan hiasan:
1 labu bawang besar dipotong bulat
2 biji cili merah dihiris halus
1 biji tomato dibelah 4
3 batang daun bawang dipotong 1"

Caranya:
Gaulkan bahan A dan perap sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak 4 sudu besar dan tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan masak sekejap (masukkan sedikit air jika terlalu kering).
Masukkan bahan-bahan perasa dan kacau sekejap.
Masukkan bahan-bahan hiasan dan kacau rata.
Hidangkan dengan nasi putih.


Monday 24 June 2019

Ikan Bakar Paprika




Bahan-bahan:
Ikan siakap belah ambil isinya
Garam
Serbuk paprika
Sedikit sos siracha
Madu
Minyak zaitun

Mentega

Sedikit jus perahan Limau nipis, jika suka

Caranya:
Cuci bersih ikan dengan lumurkan dengan jus Limau nipis.
Lapkan ikan. Gaulkan ikan dengan garam, serbuk paprika, sos sriracha, madu Dan minyak zaitun.
Perapkan dan simpan di peti sejuk.
Bila nak memang gang keluar kan dari pert sejuk Dan biarjan +/- 20 minit. 
Panggang kedua-dua bahagian ikan hingga masak dengan digaulkan sedikit mentega. 
Angkat, bubuh di pinggan, semasa madih panas perahkan jus limau nipis. 

Wednesday 19 June 2019

Roasted Paprika Chicken





Recipe sourced: Puan Sri Betty Yew
Ingredients for seasoning:
4 red chilies, seeded
1 tsp chili powder
1 tbsp paprika powder
1 tsp turmeric powder
1 tsp cumin powder
1 onion, diced
4 cloves garlic
1/2 tbsp lemon juice
30g coriander stems and leaves, chopped
3 tbsp olive oil

11/4 kg kampong chicken, cleaned weight
1 tsp salt

Gravy ingredients:-
Pan drippings
3/4 cup fresh chicken stock
1 tsp light soy sauce
1/2 tsp salt or to taste

2 tbsp chicken stock mixed with 1 tsp potato flour

Method:-
Place seasoning ingredients in a small electric blender and blend into a puree.
Rub the inside of the chicken with 1 tsp salt and smear the inside and outside of the chicken with pureed spices.  Set aside for 6 hours.
Preheat oven to 190C.
Place a fitting wire rack on a roasting tray and place seasoned chicken on the rack.
Roast chicken for 1 hour - 1 hour 10 minutes, turning chicken over once halfway through roasting.
Brush a couple of times with oil from the pan to keep chicken moist.
Test the thickest part of the thigh with a skewer to check for doneness.
Remove chicken onto a serving dish and let it rest at least 30 minutes before carving.
To prepare gravy:
Pour pan drippings scraping the brown bits avoiding the charred bits, if any, into a small saucepan.
Stir in 3/4 cup fresh chicken stock, light soy sauce and salt and bring to the boil.
Strain into a bowl and return to pan.
Thicken with potato flour mixture.  Pour into a gravy boat and serve with chicken and roasted potatoes, is using.

Balinese Sate




Recipe sourced: Puan Sri Betty Yew
Ingredients:
700g skinless whole chicken thighs - cut into 2cm cubes

Ground Ingredients, mixed:
5 red chilies, seeded
5 cloves garlic
21/2 cm piece turmeric root
1/2 tbsp roasted shrimp paste granules
50g palm sugar, chopped
3 kaffir lime leaves, shredded
1 tsp salt
25g seedless tamarind paste, mixed with 21/2 tbsp water and strained
2 tbsp oil mixed with 1 tbsp coconut milk, brushing
26 - 28 satay skewers

Method:
Place chicken cubes into a large bowl.
Place ground ingredients in a blender and blend until fine.
Pour into chicken, mix well and marinate for 6 - 8 hours in the refrigerator.
Thread on satay sticks.
Preheat table grill to 175C
Grill stay on lightly greased grill for 7 - 8 minutes, turning and brushing with oil mixture occasionally.
2 tbsp thick coconut milk

Sunday 16 June 2019

Ayam Panggang Oren




Bahan-bahan (A): digual sebati dan perapkan
Kepak ayam / peha ayam / mana-mana bahagian ayam yang suka, boleh juga menggunakan seekor ayam
Minyak zaitun
Garam sedikit
Serbuk lada hitam

Bahan-bahan (B) salutan/sapuan:
Jus buah oren
Dijon mustard
Sos Sriracha
Madu
Kicap cair
Garam jika perlu

Caranya:
Kepak ayam, minyak zaitu, garam dan serbuk lada hitam digaul sebati dan simpan di peti sejuk +/- 2 jam.
Masakkan bahan-bahan B sehingga pekat dengan mengguna api yang kecil.  Ketepikan.
Setelah 2 jam, keluarkan ayam dan gaulkan dengan bahan-bahan B. (Lebihan bahan-bahan B disimpan untuk sapuan pada kepak ayam).
Masukkan semula di peti sejuk dan perapkan selama 3 - 4 jam / semalaman pun boleh.
Sediakan pemanggang dan panggangkan kepak ayam dengan di sapu lebihan bahan-bahan B.




Bakwan Goreng





Sumber resipi: Shirleyliem via Instagram
Bahan-bahan:
300g daging ayam
100g es batu
2 sdt baput cincang
1 sdt merica
2 sdt garam
1 sdt kaldu bubuk
1/2 sdt baking power (BP)
3 btr telur
200g tepung kanji

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Haluskan daging ayam, es batu dan baput cincang dengan Food Processor hingga tercampur rata.
Masukkan merica, garam, kaldu bubuk dan baking powder proses hingga rata.
Terakhir masukkan telur dan tepung kanji bergantian sambil diproses dengan Food Processor hingga tercampur rata.
Bulatkan adonan mengunakan sendok (seperti membuat bakso) lalu goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan dengan api hingga matang kecoklatan.
Angkat dan tiriskan.
Sajikan dengan sos kegemaran.

Thursday 13 June 2019

Ikan Bawal Goreng Dengan Sambal Daun Kari Berkicap





Bahan-bahan:
Ikan bawal hitam
Minyak menggoreng
Garam
Serbuk kunyit
Air jus limau nipis/kasturi
Kicap manis

Bahan-bahan kisar:
Cili padi merah + hijau
Bawang putih
Bawang merah
Daun kari
Sedikit belacan panggang jika suka
Ikan bilis yang telah digoreng

Caranya:
Masukkan secukup minyak di kuali dan goreng ikan sehingga masak, angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak tadi, keluarkan sedikit dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga masak.
Letakkan ikan di pinggan dan bubuh sambal daun kari berkicap diatas ikan dengan dimasukkan sedikit air perahan limau.



Tauhu Fantasi







Sumber resipi: via instagram dewi.mahardika, terima kasih bu, saya translate ke BM

Bahan-bahan:
250g tauhu, dihancurkan
1 biji lobak merah, diparut
1 keping/50g bihun, rendam dengan air panas (saya campur bihun & soo hoon)
1 biji telur
2 ulas bawang putih diparut
1/8 sdt serbuk lada
1/4 sdt gula, tak pakai
3/4 sdt garam / secukup rasa
Sosis / telur puyuh

Bahan salutan:
2 biji telur, dipukul sebentar

Caranya:
Campurkan kesemua bahan menjadi satu, masukkan adunan di dalam cetakan yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
Masukkan sosis/telur puyuh diatas adunan dan ditekan.  Jika tidak mahu dimasukkan sosis / telur puyuh juga boleh.
Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
Setelah masak, angkat dan keluarkan dari cetakan.
Celup tauhu fantasi yang telah dikukus tadi dengan bahan salutan.
Goreng sehingga permukaan kecoklatan.
Lakukan sehingga semua tauhu habis digoreng, toskan.
Hidangkan bersama sos sambal.

Tuesday 11 June 2019

Karipap






Sumber resipi: via instagram @hana_kitchenn

Bahan-bahan:
300g tepung protein sedang
2 biji telur kuning
80g margerin dicairkan
50ml air ais
Garam

Caranya:
Masukkan tepung yang sudah diayak, masukkan garam, kacau rata.
Masukkan kuning telur yang telah dipukul sebentar dan margerin, kacau sampai sebati.
Masukan air ais sedikit demi sedikit jangan kesemua sekali, sampai adunan menjadi kalis.
Bentuk adunan dengan cetakan atau secara manual.


Bahan-bahan inti:
Ubi kentang dipotong kecil
Isi ayam dicincang
Daun ketumbar sedikit
Daun kari
Serbuk kari
Serbuk cili
Bawang besar dipotong kecil
Bawang putih dicincang
Halia dicincang
Garam secukup rasa
Biji jintan manis
Air secukup
Minyak menumis












Ayam Bakso







Sumber resipi:fitrisasmaya via instagram, dicuba rasa dan dialih bahasa ke BM
Bahan-bahan:
500g dading ayam tanpa tulang (bahagian dada ayam)
50g air batu, hancurkan halus
80g tepung ubi/kanji
1 biji telur putih
2 sdt garam
1 sdt serbuk lada
1 sdt baking powder
1/2 sdm serbuk bawang putih / 2-3 ulas bawang putih segar dicincang halus

Caranya:
Potong isi ayam dan masukkan ke dalam food processor, proses sehingga halus.  Masukkan air batu sekali.  Proses lagi sampai halus.
Masukkan putih telur, tepung tapioka, garam, baking powder dan serbuk bawang putih.
Proses lagi sampai sebati dan sampai halus.
Ambil adunan secukupnya, dan bulatkan.
Didihkan air, kecilkan api, masukkan bakso, tunggu semua selesai dibentuk baru dibesarkan api.
Tunggu sampai bakso terapung dipermukaan air yang mendidh, angkat, celup di air ais dan toskan.

Kuah Bakso - via putri., rasa.my

Bahan-bahan (A), ditumis kesemuanya:
3 labu bawang putih, dikisar
4cm halia, dikisar
3 sup bunjut

Bahan B:
Lada Hitam, ditumbuk, masukkan dalam kuah

Bahan-bahan C, direbus semua bahan C:
Bebola Bakso homemade
Bahagian kaki ayam, leher dan kepak

Sambal Kicap:

Bahan-bahan, kisar kesemuanya:
2 ulas bawang putih
Bawang merah goreng
Kicap
2 sudu cuka saya ganti dengan perahan limau nipis dan kasturi
Gula
Garam
Air sedikit

Caranya:
Rebus semua bahan C sehingga empuk.
Sementara menunggu rebusan empuk, tumis semua bahan A sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan bahan A yang ditumis kedalam air rebusan dan akhir sekali masukkan bahan B.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.