Sunday 30 July 2017

IKAN SIAKAP PUTIH KUKUS SOS TAUCHO PEDAS




























Bahan-bahan:
Ikan siakap putih, bersihkan dan toskan air
Bendi
Daun ketumbar

Bahan-bahan sos:
Sos cili taucho pedas
Sedikit kicap cair
Sedikit air limau kasturi
Cili padi dicincang
Bawang putih dicincang
Halia di cincang

Caranya:
Lumurkan ikan dengan sedikit serbuk lada putih.
Masukkan di pingan, susun bendi dan siramkan bahan-bahan sos.
Kukus sehingga ikan masak.
Hidangkan panas-panas.

KETAM CILI ROMANTIKA





















Sumber resipi: Buku 101 Resipi Sajian Hati Ke Hati oleh Fauziah Abd. Ghaffar
Bahan-bahan:
1 kg Ketam
2 batang serai, dititik
1/2 biji bawang besar dihiris
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit gula pasir
1 cawan minyak
Sedikit daun sup / daun bawang hiris untuk hiasan
Garam jika perlu

Bahan-bahan kisar.
3 biji bawang besar
1" halia
6 ulas bawang putih
2 batang cili merah
10 biji cili padi
10 tangka cili kering

Caranya:
Bersihkan ketam dan potong dua.
Lumurkan dengan garam dan kunyit serbuk.
Goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak tadi dan tumis bahan kisar sehingga garing.
Masukkan serai, air asam jawa, garam dan gula. Tambahkan sedikit air jika perlu.
Setelah itu, masukkan sos tiram, sos tomato dan bawang hiris.
Masukkan ketam yang sudah digoreng tadi dan gaul rata.
Apabila dihidangkan, taburkan sedikit daun sup / daun bawang yang dihiris.

Ayam Boxing Berempah




























Sumber resipi: Citarasawan
Bahan-bahan:
6 ketul drummet ayam
2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 biji telur
sedikit garam 
secukup serbuk roti (campur kelapa parut kering sebab tak cukup)

Caranya:
Potong kepak ayam bahagian pangkalnya. Kikis isi ayam ke bahagian bawah.
Gaul ayam bersama garam, rempah kari, serbuk cili, serbuk pati ayam, tepung jagung, tepung gandum dan telur hingga bergaul rata.
Kemudian golek ayam dengan serbuk roti dan goreng terendam dalam minyak yang sederhana panas.

Bahan-bahan sos:
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos tomato

Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan sos dan hidangkan bersama ayam boxing berempah.

KEPAK AYAM SUMBAT ALA THAI



























Bahan-bahan:
Kepak ayam, bersih dan buang tulang
Minyak menggoreng
Garam secukupnya

Bahan-bahan sumbat:
Isi ayam, dicincang kasar
Isi udang, dicincang kasar

Bahan-bahan rempah, diblend kasar sedikit:
Serai
Cili padi
Sedikit potato flakes (optional)
Sedikit daun selasih
Sedikit daun limau purut
Sedikit kunyit hidup
Sedikit sos ikan
Secukup garam


Bahan-bahan salutan untuk menggoreng (gaul rata, tak perlu air):
Tepung beras
Tepung kentang

Caranya:
Sediakan pengukus dan masukkan air secukupnya.
Masukkan cincangan isi ayam dan udang kedalam bahan-bahan rempah, gaul sebati.
Ambil sedikit bahan-bahan yang telah dicampur tadi dan sumbatkan pada kepak ayam.
Susun di pinggan dan buat sehingga habis, kukus selama 7 minit.
Angkat dan salutkan dengan salutan tepung. (Hati-hati semasa menyalut ayam kerana ayam masih panas).
Simpan di peti sejuk dalam 30 minit (+/-) dan bolehlah menggoreng sehingga garing dan hidangkan bersama sos cili Thai.



Sunday 9 July 2017

Daging Kambing Masak Hijau





















Bahan-bahan:
Daging kambing, bersihkan dan toskan air dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit
Ubi Kentang
1 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut
Sedikit daun kari
1/2 biji bawang besar, dihiris
2 biji tomato hijau, dicincang
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak menumis

Bahan-bahan diblend kasar:
20 biji cili padi hijau
3 biji cili padi merah
10 biji cili hijau
1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
1/2" lengkuas muda
Sedikit daun kari
1 helai daun limau purut

Bahan-bahan rempah:
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh serbuk jintan manis
1/4 sudu teh serbuk jintan putih

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan hirisan bawang besar, daun kari, daun limau purut, bahan-bahan blend dan rempah sehingga wangi.  Masukkan tomato dan tumis sehingga air tomato kering.
Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih masukkan daging kambing dan ubi kentang.
Masak sehingga daging dan ubi kentang empuk.
Perasakan dengan garam sebelum di angkat.
Setelah pekat bolehlah dipadamkan api.
Hidangkan bersama nasi putih.

Sunday 2 July 2017

Nasi Impit & Rendang Ayam



























Rendang Ayam:
Bahan-bahan:
Ayam
Cili boh
Kerisik
Garam
Minyak menumis
Santan
Asam keping

Bahan-bahan diblend:
Cili padi merah/hijau
Lengkuas
Serai
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Caranya:
Masukkan minyak dikuali, tumiskan cili boh bersama bahan-bahan blend.
Tumis sehingga rempah masak dan wangi.
Masukkan ayam dan asam keping, kacau sebati.
Masukkan santan, masak sehingga rendang hampir kering, masukkan garam dan kerisik secukupnya.