Sunday 29 September 2019

Ayam Goreng Sichuan Pepper Dan Bawang Putih





Bahan-bahan, ayam goreng, digaul sebati dan perapkan:-
Kepak ayam
Garam secukup rasa
Sichuan peppers ditumbuk kasar
Biji lada putih ditumbuk kasar

Tepung ~ salutan

Bahan-bahan sos, ditumis:-
Bawang putih dicincang
Akar daun ketumbar dicincang
Sichuan pepper ditumbuk kasar
Lada putih ditumbuk kasar
Serbuk paprika
Gula palm
Mentega

Bahan-bahan sos pelekat, digaul sebati:-
Kicap cair
Sos tiram
Sedikit sos ikan
Sedikit jus perahan limau nipis

Caranya:-
Panaskan minyak dikuali.
Ambil kepak ayam, gaulkan dengan tepung, kiraikan lebihan tepung sebelum dimasukkan kedalam minyak panas.
Goreng sehingga ayam masak, angkat dan toskan minyak.
Dengan menggunakan kuali yang sama, keluarkan minyak yang digoreng ayam, masukkan mentega dan cairkan mentega.
Masukkan bawang putih dan akar daun ketumbar, tumis sehingga wangi dengan api yang kecil.
Masukkan sichuan peppers dan lada putih, serbuk paprika dan gula palm.
Tuangkan bahan-bahan sos pelekat sehingga sebati, masukkan kepak ayam.
Gaul sehingga sos salut pada kepak ayam.
Hidangkan.

Tauhu Kotak Kukus Inti Ayam






Bahan-bahan:-
Tauhu kotak, dipotong dan letak atas pinggan, korekkan sedikit dibahagian tengah
Daun ketumbar dihiris
Daun bawang dihiris
Bawang goreng

Bahan-bahan inti, digaul sebati:-
Isi ayam dicincang
Lobak merah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji cili merah dicincang
Serbuk lada sulah
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Boleh dimasukkan telur yang dikocok sedikit, jika suka

Bahan-bahan sos, digaul sebati:-
Kicap cair
Sos black beans
Gula palm
Jus limau nipis sedikit
Garam jika perlu

Caranya:-
Ambil sedikit ayam cincang, bentukkan bulat, sumbat pada tauhu yang telah dikorek dibahagian tengah.
Buat hingga habis, simpan di peti sejuk dalam 30 minit.
Sediakan pengukus.
Kukuskan selama 10 minit atau hingga daging ayam masak.
Tuangkan bahan-bahan sos dan kukus semula, tak perlu lama, hanya nak memanaskan sos.
Sebelum dihidang, taburkan daun ketumba, daun bawang dan bawang goreng.
Hidangkan semasa masih panas.

Ikan Bawal Goreng Rempah Kari





Bahan-bahan diperap yang bertanda *:-
Ikan bawal kecil *
Serbuk kari *
Serbuk cili *
Serbuk jintan putih sedikit *
Garam secukup rasa *
Sedikit tepung digaul pada ikan sebelum digoreng

Minyak menggoreng secukupnya
Sedikit jus perahan limau nipis

Caranya:-
Gaulkan ikan dengan garam, serbuk kari, serbuk cili dan serbuk jintan putih.
Perapkan sebentar.
Sebelum digoreng taburkan sedikit tepung dan gaul sehingga rata.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga masak atau garing.
Letak atas pinggan dan tuang jus limau nipis atas ikan.
Hidangkan.

Sotong Tauhu Cah Black Beans Sos



























Bahan-bahan:
Sotong cuci dengan air perahan limau
Tauhu dipotong kecil, digoreng
Tomato dibelah 4
Daun ketumbar
Daun Bawang
Sedikit minyak
Sedikit air

Bahan-bahan tumis:
Bawang putih dicincang
Akar ketumbar dicincang
Sedikit halia dicincang
1 tangkai cili padi merah dihiris

Bahan-bahan sos, disatukan:-
Sos black beans
Sos tiram

Caranya:-
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih, akar ketumbar sehingga wangi, masukkan halia dan cili padi, dikacau.
Masukkan sos black beans dan sos tiram, kacau sebati.
Masukkan sotong yang telah dikecutkan air dan tauhu yang sudah digoreng, kacau lagi.
Masukkan tomato dan sedikit air, kacau sehingga sebati.
Rasa dulu sebelum dihidangkan.
Taburkan daun bawang dan ketumbar, hidang bersama nasi putih.



Monday 23 September 2019

Ayam Salut Beras




Bahan-bahan dicincang halus, gaul sebati:-
Isi ayam
Bawang merah goreng
Akar ketumbar ditumbuk
Sedikit telur yang dipukul
Lada sulah
Kicap cair
Sos ikan
Maggi seasonings
Garam secukup rasa
Gula perang sedikit
Sedikit tepung ubi
secubit baking powder

Bahan-bahan salutan:-
Beras yang telah dicuci, boleh guna risotto/basmathi/jasmin yang direndam dengan air bunga telang

Bahan-bahan sos, digaul sebatikan:-
Sedikit krim masakan
Air sedikit
Garam secukup rasa
Maggi secukup rasa
Gula perang secukup rasa

Caranya:
Ayam yang telah dicincang bersama bahan-bahan diatas, digaul sebati kemudian simpan dalam peti sejuk.
Ambil adunan cincang bentukkan bulat dan salutkan dengan beras yang telah ditoskan air.
Buat hingga habis dan susun dipinggan.  Simpan di peti sejuk.
Sediakan pengukus.
Setelah air kukusan mendidih masukkan bebola ayam dan kukus selama 10 minit.
Tuangkan sos dan kukus lagi selama 10 minit.
Hidangkan semasa masih panas.





Sotong Sumbat Mee





Sup Kaki Ayam




















Bahan-bahan:-
Kaki ayam yang sudah digoreng
Air secukupnya
Lobak merah dihiris / dipotong kecil
Daun ketumbar
Bawang goreng
Tomato dipotong 4
Sos ikan
Maggi seasonings
Kiub Maggi
Garam secukupnya
Air perahan limau nipis

Bahan-bahan rempah:
Serai diketuk
Cili padi diketuk
Bawang putih diketuk
Daun limau purut disiat

Caranya:-
Masukkan air bersama bahan-bahan rempah, didihkan sehingga mendidih.
Masukkan seasonings, sos ikan, air perahan limau nipis dan kiub maggi.
Masukkan tomato, lobak merah dan kaki ayam.
Masak sehingga semua sayuran dan kaki ayam empuk.
Rasa dulu sebelum dipadamkan api.
Hidangkan dengan taburan daun ketumbar dan bawang goreng.

Bebola Udang Sumbat Keju





Sumber resipi:YouTube Thai/Indonesia
Bahan-bahan:
Udang dipotong 2, simpan bahagian ekor bersama kulit dan bahagian badan dicincang
Minyak menggoreng
Keju dipotong kiub

Bahan-bahan pelapis:-
Breadcrumbs
Telur dipukul ringan
Tepung jagung

Bahan-bahan salutan, gaul sebati, kemudian simpan dipetisejuk:-
Isi udang yang dicincang halus
Maggi secukup rasa
Garam
Lada sulah

Caranya:-
Ambil adunan udang cincang, bentukkan bulat dan sumbatkan 1 kiub keju.
Ambil 1 ekor udang, balutkan dengan adunan udang bersama keju tadi, tutup rapi.
Salutkan pada telur kemudian pada tepung jagung, lakukan 2x.
Selepas itu salutkan pada telur dan breadcrumbs.
Buat hingga habis, simpan dipeti sejuk sebelum menyediakan minyak untuk menggoreng.
Panaskan minyak dikuali.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Hidang semasa masih panas bersama sos cili jika suka.

Ikan Kembung Kicap Pedas




Bahan-bahan:
Ikan Kembung, cuci bersih dengan air perahan limau nipis dan rendamkan sebentar
Minyak menumis
Daun selasih

Bahan-bahan rempah:
Serai dihiris halus
Halia dihiris halus
Bawang putih dicincang
Cili padi hijau/merah dicincang
Daun limau purut disiat

Bahan-bahan sos:
Kicap cair
Maggi seasonings
Sos Ikan
Gula perang secubit
Jus air perahan limau nipis
Air rebusan ikan

Caranya:-
Masukkan air di kuali, celurkan ikan dengan air perahan limau, dibalikkan sekali saja.
Angkat dan toskan air, simpan air rebusan tadi.
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan serai, halia, bawang putih, cili padi dan daun limau purut sehingga harum.
Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati.  Masukkan air rebusan ikan sedikit.
Masukkan ikan semula.
Rasa dulu, balikkan ikan sekali dan masak sehingga ikan masak sepenuhnya.
Masukkan daun selasih dan padamkan api.



Sunday 22 September 2019

Tofu Telur Kukus Telur Burung Puyuh




















Sumber: via YouTube Thai
Bahan-bahan:
Tofu Telur dipotong dan korek bahagian tengah, buatkan lubang
Telur puyuh
Daun bawang dihiris

Bahan-bahan Sos, disebatikan:-
Kicap cair
Minyak bijan
Gula
Garam secukup rasa
Maggi seasonings

Caranya:
Sediakan pengukus.
Potongkan tofu telur dan susun pada pinggan.
Masukkan telur puyuh pada bahagian lubang tofu.
Kukuskan sehingga telur puyuh masak.
Tuangkan bahan-bahan sos dan kukus semula.
Angkat dan hidangkan semasa masih panas.

Bendir Celur




























Bahan-bahan:-
Bendir cuci bersih dan celur sehingga lembut, toskan air

Bahan-bahan sos:-
Sedikit minyak panas
Sedikit kicap cair
Gula
Sedikit lada sulah
1 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili padi merah

Caranya:-
Masukkan kicap cair, gula, lada sulah, bawang putih dan cili padi kedalam mangkuk.
Tuangkan minyak panas, kacau sehingga gula larut.
Tuangkan pada atas bendir dan hidangkan.

Kicap cair


Ampang Yong Tau Foo






Sumber resipi: YouTube Meatmen Channel

Bahan-bahan, diblend sehingga halus:-
200g udang dibuang kulit
200g Ikan Toman guna Tenggiri
1/2 tsp garam
1 tbsp kicap cair
1 tbsp tepung jagung

Tauhu dipotong bahagian tengah
Cili dipotong bahagian tengah,buang biji
Terung dipotong kecil jangan putus
Bendir dipotong bahagian tengha, buang biji
Peria dipotong dalam 1/2" buang biji

Caranya:
Masukkan pes adunan ikan pada semua bahan-bahan diatas dan sumbat sehingga penuh dan ketepikan.
Masukkan minyak dikuali, goreng semua bahan-bahan diatas, angkat dan toskan minyak, ketepikan.

Bahan-bahan sos:
2 tbsp minyak
1 tbsp bawang putih dicincang
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap cair
1 tbsp black bean sauce, tak ada guna kacang hitam jeruk (tausi), rendam dan dicincang halus
1/2 tsp lada sulah
2 tbsp sos tiram
1 tbsp gula
4 tbsp tepung jagung

Caranya:
Masukkan minyak dikuali. tumiskan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan kesemua bahan-bahan sos, masak sehingga sedikit pekat.
Angkat dan tuang/cicah dengan Yong Tau Foo.




Traditional Thai Satay






Recipe sourced via YouTube ~ Marion's Kitchen
Ingredients:-
500g chicken thigh fillets, cut into roughly 4cm cubes
20 bamboo skewers, soaked in water for at least 30 minutes

Marinade:
1 tbsp curry powder
1 tsp sea salt
1 tbsp vegetable oil

Thai Cucumber Relish (Ajat):-
1/2 cup white sugar
1/2 cup white vinegar
1 tsp sea salt
1/2 small cucumber, sliced into round and then quarter the rounds
1 small Asian Red Shallot, sliced
1 long red chilies, sliced

Satay sauce:
1/4 cup roasted peanuts
2 tbsp vegetable oil
1 1/2 tbsp Thai Red Curry Paste
1 cup coconut milk
2 tbsp crunchy peanut butter
1 tsp fish sauce
2 tsp white sugar

Method:-
Place the chicken in a large bowl, add the curry powder, salt and oil.
Mix until well combined.
Thread the chicken onto bamboo skewers, set aside for marinate for 10 minutes or overnight if have the time.
To make the cucumber relish:-
Heat the sugar, vinegar and slat in a saucepan over high heat for 3 - 4 minutes., or until the sugar has dissolved. Allow to cool.
Place the cucumber, shallot and chili in a small bowl.  Pour over the cooled vinegar mixture.
For the satay sauce:-
Use a mortar and pestle or food processor to grind the roasted peanuts to a fine consistency, set aside.
Heat 2 tbps of vegetable oil in a  saucepan, over medium heat.  Add the curry paste and cook for a minute until fragrant.
Add the coconut milk, roasted peanuts, peanut butter, fish sauce and sugar.
Cook for a further minute.  Then remove from heat.
Taste and adjust the seasonings with more fish sauce and/or sugar.  And keep warm or re-heat when ready to serve.
Heat a barbecue grill plate or non-stick frying pan over medium high heat.
Cook chicken skewers for 3 - 4 minutes each side or until cooked through.
Serve warm with the warm satay sauce and the Thai cucumber relish.




Ayam Lada Putih






Bahan-bahan:-
Ayam dipotong kecil ~ guna bahagian chicken chop
1 batang serai dihiris halus
5 helai daun limau purut disiat
6 biji cili padi merah diketuk
6 biji cili padi hijau diketuk
Gula palm
Sedikit sos tiram
Maggi seasonings
Sos ikan
Garam jika perlu
Air sedikit sahaja
Minyak menumis

Bahan-bahan ditumbuk:
1 sdm biji lada putih
4 ulas bawang putih
Sedikit halia

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan serai, cili padi, daun limau purut dan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan gula palm, sos tiram, maggi seasonings dan sos ikan, kacau sebati.
Masukkan sedikit air.
Masukkan ayam, kacau sebati dan tutup dengan penutup kuali.
Sesekali dikacau ayam sehingga ayam empuk.
Jangan dimasukkan air lagi kerana ayam akan mengeluarkan jusnya.
Masak sehingga sedikit kering.
Angkat dan makan bersama nasi putih.


Thursday 12 September 2019

Ayam Gota Tanpa Gota (Darah)






Sumber resipi: @xanderskitchen
Bahan-bahan:-
2 ekor ayam kampung muda
15 btr bawang merah dihiris
7 siung bawang putih dihiris
1 btr kelapa tua, parut
2 btr jeruk nipis, perah
5 btg serai, geprek
4 lbr daun jeruk, sobek2
1 bh kecombrang, hiris (bunga kantan)
Garam
Gula
Air secukupnya

Bumbu yang dihaluskan:-
2 sdm andaliman / sichua pepper
25 bt cabe rawit
Sejempol jahe (halia)
2 jempol lengkuas muda

Caranya:-
Sangrai kelapa parut sampai coklat tapi tidak gosong (hangus).
Tumbuk halus sampai berminyak, sisihkan.
Bawang merah dan bawang putih digoreng, angkat, tiriskan.
Ayam cuci bersih, potong-potong.
Di wajan campur ayam, bumbu halus, bumbu daun, garam dan gula.
Aduk rata, diamkan sekitar 20 minit.
Nyalakan api kompor, aduk-aduk ayam sampai berubah warna kira-kira 5 minit tambahkan air secukupnya.
Setelah mendidih kecilkan api, tutup wajan.
Setelah ayam empuk tambahkan kecombrang, air jeruk nipis, bawang goreng dan kelapa sangrai.
Aduk rata.  Cicipi.
Masak sam bumbu meresap.  Angkat. Sajikan.

Bebola Udang Tofu Dengan Sos Bijan












Sumber Inspirasi: @alyncooking_diary, 

Bahan-bahan diblend/cincang:
1 keping kecil isi ayam
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 biji cili padi hijau
sedikit lada sulah
sedikit kicap cair
sedikit sos ikan
sedikit Maggi seasonings

Udang, potong guna bahagian ekor, kulit terpuling nak kopek atau tidak.

Tofu telur potong keping

Bahan-bahan sos bijan,sebatikan.:-
2 sdm bijan sangai
1 sdm kicap cair
1 1/2 sdm sos ikan
1/4 sdt minyak bijan
sedikit Maggi seasonings
1 biji limau nipis, ambil jus
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 sdm gula perang
Garam jika perlu

Caranya:-
Ambil adunan yang telah diblend, salutkan pada udang.
Kemudian dibentuk menjadi bebola, letakkan atas tofu.
Susun dipinggan dan buat hingga habis.
Sediakan pengukus.
Tuangkan sos bijan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.
Hidangkan panas dengan nasi putih.