Sunday 22 September 2019

Ayam Lada Putih






Bahan-bahan:-
Ayam dipotong kecil ~ guna bahagian chicken chop
1 batang serai dihiris halus
5 helai daun limau purut disiat
6 biji cili padi merah diketuk
6 biji cili padi hijau diketuk
Gula palm
Sedikit sos tiram
Maggi seasonings
Sos ikan
Garam jika perlu
Air sedikit sahaja
Minyak menumis

Bahan-bahan ditumbuk:
1 sdm biji lada putih
4 ulas bawang putih
Sedikit halia

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan serai, cili padi, daun limau purut dan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan gula palm, sos tiram, maggi seasonings dan sos ikan, kacau sebati.
Masukkan sedikit air.
Masukkan ayam, kacau sebati dan tutup dengan penutup kuali.
Sesekali dikacau ayam sehingga ayam empuk.
Jangan dimasukkan air lagi kerana ayam akan mengeluarkan jusnya.
Masak sehingga sedikit kering.
Angkat dan makan bersama nasi putih.


No comments:

Post a Comment