Monday 23 September 2019

Bebola Udang Sumbat Keju





Sumber resipi:YouTube Thai/Indonesia
Bahan-bahan:
Udang dipotong 2, simpan bahagian ekor bersama kulit dan bahagian badan dicincang
Minyak menggoreng
Keju dipotong kiub

Bahan-bahan pelapis:-
Breadcrumbs
Telur dipukul ringan
Tepung jagung

Bahan-bahan salutan, gaul sebati, kemudian simpan dipetisejuk:-
Isi udang yang dicincang halus
Maggi secukup rasa
Garam
Lada sulah

Caranya:-
Ambil adunan udang cincang, bentukkan bulat dan sumbatkan 1 kiub keju.
Ambil 1 ekor udang, balutkan dengan adunan udang bersama keju tadi, tutup rapi.
Salutkan pada telur kemudian pada tepung jagung, lakukan 2x.
Selepas itu salutkan pada telur dan breadcrumbs.
Buat hingga habis, simpan dipeti sejuk sebelum menyediakan minyak untuk menggoreng.
Panaskan minyak dikuali.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Hidang semasa masih panas bersama sos cili jika suka.

No comments:

Post a Comment