Sunday 29 September 2019

Tauhu Kotak Kukus Inti Ayam






Bahan-bahan:-
Tauhu kotak, dipotong dan letak atas pinggan, korekkan sedikit dibahagian tengah
Daun ketumbar dihiris
Daun bawang dihiris
Bawang goreng

Bahan-bahan inti, digaul sebati:-
Isi ayam dicincang
Lobak merah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji cili merah dicincang
Serbuk lada sulah
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Boleh dimasukkan telur yang dikocok sedikit, jika suka

Bahan-bahan sos, digaul sebati:-
Kicap cair
Sos black beans
Gula palm
Jus limau nipis sedikit
Garam jika perlu

Caranya:-
Ambil sedikit ayam cincang, bentukkan bulat, sumbat pada tauhu yang telah dikorek dibahagian tengah.
Buat hingga habis, simpan di peti sejuk dalam 30 minit.
Sediakan pengukus.
Kukuskan selama 10 minit atau hingga daging ayam masak.
Tuangkan bahan-bahan sos dan kukus semula, tak perlu lama, hanya nak memanaskan sos.
Sebelum dihidang, taburkan daun ketumba, daun bawang dan bawang goreng.
Hidangkan semasa masih panas.

No comments:

Post a Comment