Monday 23 September 2019

Ayam Salut Beras




Bahan-bahan dicincang halus, gaul sebati:-
Isi ayam
Bawang merah goreng
Akar ketumbar ditumbuk
Sedikit telur yang dipukul
Lada sulah
Kicap cair
Sos ikan
Maggi seasonings
Garam secukup rasa
Gula perang sedikit
Sedikit tepung ubi
secubit baking powder

Bahan-bahan salutan:-
Beras yang telah dicuci, boleh guna risotto/basmathi/jasmin yang direndam dengan air bunga telang

Bahan-bahan sos, digaul sebatikan:-
Sedikit krim masakan
Air sedikit
Garam secukup rasa
Maggi secukup rasa
Gula perang secukup rasa

Caranya:
Ayam yang telah dicincang bersama bahan-bahan diatas, digaul sebati kemudian simpan dalam peti sejuk.
Ambil adunan cincang bentukkan bulat dan salutkan dengan beras yang telah ditoskan air.
Buat hingga habis dan susun dipinggan.  Simpan di peti sejuk.
Sediakan pengukus.
Setelah air kukusan mendidih masukkan bebola ayam dan kukus selama 10 minit.
Tuangkan sos dan kukus lagi selama 10 minit.
Hidangkan semasa masih panas.





No comments:

Post a Comment