Sunday 30 July 2017

KEPAK AYAM SUMBAT ALA THAI



























Bahan-bahan:
Kepak ayam, bersih dan buang tulang
Minyak menggoreng
Garam secukupnya

Bahan-bahan sumbat:
Isi ayam, dicincang kasar
Isi udang, dicincang kasar

Bahan-bahan rempah, diblend kasar sedikit:
Serai
Cili padi
Sedikit potato flakes (optional)
Sedikit daun selasih
Sedikit daun limau purut
Sedikit kunyit hidup
Sedikit sos ikan
Secukup garam


Bahan-bahan salutan untuk menggoreng (gaul rata, tak perlu air):
Tepung beras
Tepung kentang

Caranya:
Sediakan pengukus dan masukkan air secukupnya.
Masukkan cincangan isi ayam dan udang kedalam bahan-bahan rempah, gaul sebati.
Ambil sedikit bahan-bahan yang telah dicampur tadi dan sumbatkan pada kepak ayam.
Susun di pinggan dan buat sehingga habis, kukus selama 7 minit.
Angkat dan salutkan dengan salutan tepung. (Hati-hati semasa menyalut ayam kerana ayam masih panas).
Simpan di peti sejuk dalam 30 minit (+/-) dan bolehlah menggoreng sehingga garing dan hidangkan bersama sos cili Thai.



No comments:

Post a Comment