Thursday 13 June 2019

Tauhu Fantasi







Sumber resipi: via instagram dewi.mahardika, terima kasih bu, saya translate ke BM

Bahan-bahan:
250g tauhu, dihancurkan
1 biji lobak merah, diparut
1 keping/50g bihun, rendam dengan air panas (saya campur bihun & soo hoon)
1 biji telur
2 ulas bawang putih diparut
1/8 sdt serbuk lada
1/4 sdt gula, tak pakai
3/4 sdt garam / secukup rasa
Sosis / telur puyuh

Bahan salutan:
2 biji telur, dipukul sebentar

Caranya:
Campurkan kesemua bahan menjadi satu, masukkan adunan di dalam cetakan yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
Masukkan sosis/telur puyuh diatas adunan dan ditekan.  Jika tidak mahu dimasukkan sosis / telur puyuh juga boleh.
Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
Setelah masak, angkat dan keluarkan dari cetakan.
Celup tauhu fantasi yang telah dikukus tadi dengan bahan salutan.
Goreng sehingga permukaan kecoklatan.
Lakukan sehingga semua tauhu habis digoreng, toskan.
Hidangkan bersama sos sambal.

No comments:

Post a Comment