Thursday 27 June 2019

Macaroon



























Sumber resipi: hanamemories.blogspot
Bahan-bahan:-
2 biji (80gm) putih telur
60gm gula castor
80gm almond powder
120gm gula aising (tidak boleh dikurangkan)
Sedikit esen vanila

Inti: Nutella, Chocolate Filling, Fruit Filling, Peanut Butter

Caranya:
Ayak almond powder dengan gula aising.
Pukul putih telur dengan gula castor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/bertanduk. (Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh, dah oklah).
Masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.
Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
Masukkan adunan yang dah siap ini ke dalam piping bag (guna plastik putih biasa pun boleh, gunting bucu yang di bawah).
Picit ke atas dulang oven yang dah dialas dengan baking paper sebesar size 20 sen atau 50 sen.
Jarakkan setiap satu lebih kurang 3cm.
Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons untuk mengelakkan permukaan macaroon menjadi berlubang bila dibakar.
Biarkan permukaan macaroon kering atau tak melekit di tangan bila disentuh sedikit sebelum dibakar.
(Bergantung pada cuaca juga, atau boleh letak bawah kipas supaya cepat kering).
Sebelum dibakar test dulu dengan jari, kalah dah tak melekat bolehlah dibakar.
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing lebih kurang 16-17 minit.
Sejukkan dulu sebelum diletakkan inti.

Tip:
Masukkan serbuk almond dalam food processor tapi jangan dikisar terlebih nanti akan berminyak.
Kemudian ayakkan dan timbang semula menjadi 80gm dan jika perlu dijemur dulu kalau agak lembab.
Gula aising dan serbuk koko pun kena diayakkan dulu, kemudian satukan dengan serbuk almond.
Telur di masukkan ke dalam mangkuk pengadun putar sehingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit (buat 3x) sambil diputar sehingga benar-benar mengilat, jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh.  Kena periksa meringue di dasar mangkuk masih berair maknanya putih telur belum sempurna, sebab kadang-kadang jika dibiarkan beberapa saat akan kelihatan berair.  Maknanya kena putar lagi hingga benar-benar kukuh, jika meringue sudah kukuh takkan cair di dasarnya walau pun dibiarkan agak lama.
Pastikan juga putih telur yang kita guna adalah putih telur yang segar, jadi senang nak kembang dan mengilat.
Setelah meringue siap, masukkan campuran serbuk almond, gula icing, serbuk koko secara bertahap (buat 3X), kaup balikkan hingga rata setiap kali bahan kering dimasukkan.
Ambil sedikit adunan guna spatula, sengetkan spatula, jika adunan jatuh perlahan maknanya dah ok.
Masukkan adunan ke dalam piping bag, paipkan ke atas dulang yang telah dilapik dengan non-stick paper sebesar 1" (jangan guna kertas minyak).
Semasa kita paipkan adunan ke atas dulang, pastikan pegang piping bag dalam keadaan yang menegak, jangan sesekali sengetkan piping bag kerana akan menyebabkan macarons tidak rata/bulat.
Jangan lupa jarakkan setiap adunan.  Kemudian pegang hujung dulang dan hentakkan ke atas meja, lepas itu pusingkan dulang, pegang lagi hujungnya, angkat dan hentakkan lagi ke meja, lepas itu pusingkan dulang, pegang lagi hujungnya, angkat dan hentakkan lagi ke meja, ini bertujuan untuk membentuk/meratakan permukaan macaroon dengan cepat dan juga membuang buih halus di atas permukaan macaroon. 
Setelah itu biarkan macaroon kering, jika disentuh dengan jari tidak ada yang basah atau melekat.
Kalau nak cepat kering onkan kipas.  Macaroon akan kering dalam masa 60 - 90 minit.
Punca macaroon retak ketika dibakar ialah kerana tak cukup kering, jadi sabar-sabarlah biarkan kipas mengering macaroon sampai betul-betul kering sebelum dimasukkan dalam oven.
Setelah macaroon kering panaskan oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit.
Letak dulang yang berisi macaroon pada rack bawah dalam oven dan bakar guna api atas bawah.
Ingat suhu oven berbeza jadi pandai-pandailah set suhu oven masing-masing, bakar macaroon selama 5 - 8 minit, kemudian keluarkan dari oven dan dengan pantas pusingkan dulang tadi dan bakar lagi macaroon selama 5 - 8 mint.
Tujuannya ialah supaya macarons masak sama rata.  Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan selama 10 minit, kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.
Biar sejuk sepenuhnya baru diletakkan inti coklat dan sebagainya.
Adalah sebab macarons melekit pada kertas pembakar dan susah nak tanggalkan kerana macaroon tak masak sempurna.  Jadi kalau rasa macaroon belum masak sempurna ketika dibakar selama 5 - 8 minit sebaiknya masa membakar ditambahkan dari 5 - 8 minit kepada 10 - 12 minit.
Jika macaroon masak dengan sempurna maka bahagian tapak macaroon pun halus dan mulus.
Kalau nakkan kaki macaroon yang tinggi, bakar macarons guna api atas sahaja selama 5 - 8 minit.
Kemudian bakar lagi macaroon guna api atas bawah selama 5 - 8 minit.
Unutk menyimpan macaroon memang sangat mudah, sesudah diberi filling, simpanlah macarons di dalam peti sejuk jika belum dihidangkan.




No comments:

Post a Comment