Monday 27 July 2015

Cendol



Sumber resipi: dzanariah.blogspot.com / jurnal resipi bdaria
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air = air kapur pekat
10-12 helai daun pandan, jika daun pandan tidak banyak boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan
3 cawan air
secubit garam

Caranya:
Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja.
Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul.
Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk.
Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang atau acuan muruku dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. 
Buat sehingga habis.
Biarkan ia menjadi betul-betul keras di dalam air tersebut.
Jika hendak simpan pastikan cendol dicampurkan dengan air. 

(Nota: Cendol yang lembut, hidangan lebih kurang untuk 4 orang, jadi kalau ramai gandakan jumlah sukatan)

No comments:

Post a Comment