Sunday 26 July 2015

Samosa Kentang Ayam


Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya, dipotong memanjang
Minyak menggoreng secukupnya
Garam secukup
Gula jika suka
Air secukup

Bahan gam, digaul sebati jadikan pes yang pekat:
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya

Bahan-bahan inti:
Ubi kentang, dipotong dadu
Isi ayam, dipotong dadu/cincang
Daun ketumbar
Bawang besar dimayang
Halia dihiris
Serbuk kari daging *
Sedikit serbuk masala * bertanda * dijadikan pes

Bahan-bahan tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
Lada hitam jika suka sedikit

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk dan bawang besar yang dimayang sehingga wangi, masukkan halia hiris.  Masukkan bahan-bahan pes dan masak sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ubi kentang dikacau sebati, masukkan air sedikit untuk mengempukkan ubi kentang.
Setelah ubi kentang empuk masukkan isi ayam dan kacau sebati, masak sehingga ayam empuk, tambahkan sedikit air.
Setelah ayam empuk dan air kering, masukkan garam secukup rasa dan gula sedikit.  Akhir sekali sebelum di padamkan api masukkan daun ketumbar, kacau rata.  Angkat dan sejukkan sebentar.
Ambil kulit popia  2 keping yang telah dipotong memanjang dibahagikan 2, lipatkan dan masukkan inti, kemudian digamkan sehingga kemas.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Enak dimakan semasa panas.



No comments:

Post a Comment