Resep : Blog Sexy Cheff / Source: Luisa Cake & Cookies (Kim terjemahkan)
Bahan-bahan kering: ( Kim menggayak sebanyak 3x )
220g tepung gandum / tepung protein sedang
40g serbuk coklat
1 sudu makan baking powder
200g gula halus ( Kim guna 170g )
1 sudu teh garam
Bahan- bahan basah:
2 biji telur ( Kim guna gred C )
120g susu ( Kim guna fresh milk )
60g vegetable oil ( Kim guna corn oil )
Bahan isi:
100g coklat chips ( Kim guna 50g )
100g kismis / raisins ( Kim guna 50g )
Caranya:
Panaskan oven ke 170C.
Ayak bahan-bahan kering tepung, baking powder, gula halus dan garam sebanyak 3 kali. Ketepikan.
Di bekas lain campurkan bahan-bahan basah telur, susu dan minyak. Kacaukan
Masukkan campuran telur, susu dan minyak ke dalam campuran bahan-bahan kering. Kacau rata sehingga campuran adunan rata. Jangan dikacau terlalu lama, sebentar saja dah memandai.
Masukkan bahan isi ke dalam adunan, kacau hingga rata.
Tuangkan adunan ke cawan muffin yang sudah disapukan mentega dan ditaburi tepung.
Bakar selama 20 - 25 minit.
Muffin coklat yang kaya dengan rasa coklatnya, lebih2 lagi dimasukkan coklat chips ke dalam muffin.
Cubalah tak mengecewakan bagi penggemar coklat. Tak perlu menggunakan mixer hanya menggunakan kudrat tangan ......
No comments:
Post a Comment