Sunday 13 November 2016

Rendang Tok dan Pulut Kuning


















Resipi:seleraputeri.blogspot.my IzaAkma SSK
Bahan-bahan:
2kg Daging (dipotong kiub, jangan kecil sangat)
5 biji kelapa (santan)
1 1/2 sudu besar biji jintan putih * (* bertanda sangai dan tumbuk halus)
3 sudu besar biji ketumbar *
6 sudu besar biji jintan manis *
1-2 senduk cili kisar (ikut suka)
Kerisik - anggaran dalam 1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
3 helai daun kunyit dihiris
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan
Garam

Bahan-bahan kisar halus:
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2" halia
5-7 batang serai
2" lengkuas

Caranya:
Masukkan semua bahan kucuali daun kunyit, gula melaka, garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.
Perap dengan daging selama 4 jam paling kurang atau perap seharian lebih sedap.
Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering kemudian baru dimasukkan santan.
Reneh selama 3-4 jam.
Masukkan kerisik, gula melaka dan garam.
Kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering.
Kena selalu dikacau supaya tidak hangit dibahagian bawah.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping kemudian kacau lagi sehingga rata.
Sesuaikan rasa dan boleh dihidangkan.

Rendang Tok lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak, kerana rempah ratusnya semakin meresap ke dalam daging.

No comments:

Post a Comment