Sunday 6 November 2016

Ketam Goreng Sos Cili Bertelur

























Resipi: HaSue ~ sue-hasue.blogspot.my
Bahan-bahan:
1 kilo ketam 
2 sudu makan serbuk kunyit
1 labu bawang besar* (bertanda * dikisar)
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang cili merah* (nak pedas lagi boleh tambah cili padi/cili kisar)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum (optional)
2 biji telur ayam, pecahkan dalam mangkuk dan dipukul sedikit
1 cawan minyak masak ~ agak2
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Tomato (optional) dipotong baji

Caranya:
Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar, tabur garam dan serbuk kunyit.
Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi.
Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk.  
Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja, jangan goreng lama-lama nanti isi ketam akan keras.
Goreng sampai habis termasuk kulit cengkerang sekali yang tidak bertelur.
Setelah habis menggoreng ketam, gunakan minyak yang sama (jika masih banyak kurangkan sedikit minyak), tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati.
Masukkan air secukupnya (dalam 1 cawan air), perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah dimasukkan ketam yang telah digoreng tadi, gaul rata.
Jika suka masukkan tomato yang dipotong baji.
Setelah bahan-bahan sebati dengan ketam tadi, masukkan telur ayam dan kacau seketika.
Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment