Sunday 10 May 2015

Keropok Lekor Terengganu



Sumber: idazs, daridapurkecah.blogspot.com, olahan :kim

Bahan-bahan:
12 ekor ikan kembung / ikan selayang
Sedikit Air 
½ cawan tepung sagu – guna tepung ubi
Garam secukup rasa
Cili mesin sedikit – Kim tambah
Tepung gandum secukupnya untuk membentuk lekor

Caranya:
Bersihkan ikan, buang kulit dan ambil isinya saja.
Masukkan isi ikan tadi dan blend sehingga lumat atau hancur. (Kalau tak boleh blend masukkan air sedikit saja).
Kemudian, masukkan isi ikan yang telah diblend itu ke dalam besen dan campurkan garam, tepung ubi dan cili mesin.
Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi, gentelkannya secara memanjang. (Jangan terlalu besar nanti kembang dan lambat masak)
Dalam periuk, rebus air sehingga mendidih.
Kemudian masukkan keropok yang telah digentel tadi.
Bila keropok timbul menandakan bahawa ia telah masak dan bolehlah ditutup api.
Angkat keropok tadi dan toskan.


No comments:

Post a Comment