Thursday 1 February 2018

Pengedil Ayam Dan Ubi Kentang





Bahan-bahan:
2 biji ubi kentang, direbus empuk dan lenyek
1 keping isi ayam dicincang
1 biji Bawang besar dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1/2" halia dicincang
1 tangkai daun ketumbar dicincang
Serbuk jintan halus, lebihkan
Serbuk jintan kasar
Serbuk ketumbar
Serbuk kari
Garam
1 biji telur

Minyak untuk menumis dan menggoreng

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumiskan bawang merah sehingga layu dan wangi, masukkan
bawang putih dan halia, kacau sebati.
Masukkan cincangan isi ayam dan tumis sehingga masak.
Sediakan mangkuk, masukkan ubi kentang yang telah dilenyek.
Masukkan cincangan isi ayam, daun ketumbar, telur, dan serbuk rempah bersama garam.
Kacau sebati dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.
Bentukkan bulat dan goreng dalam kuali yang telah diisi dengan sedikit minyak.
Goreng sehingga kekuningan angkat dan toskan.
Tak perlu goreng terendam kerana ayam telah masak secukupnya.




No comments:

Post a Comment