Sunday 24 February 2019

Chicken Popcorns Hot & Spicy






Sumber resipi:intai-intaidapurfha.blogspot.com
Bahan-bahan A:
3 ketul Ayam bahagian dada, dipotong pada ketulan kecil, gaulkan sedikit garam dan serbuk lada

Bahan-bahan B:
1/2 cawan tepung beras campuran
1/3 camca kecil serbuk lada hitam
1/3 camca kecil serbuk lada putih
1/2 camca kecil pati ayam
1 camca besar air kapur makan

Bahan-bahan C:
1 cawan tepung beras campuran
1/2 camca kecil serbuk lada hitam
1/2 camca kecil pati ayam
1/2 camca besar serbuk cili
1/2 camca besar rempah kari daging, boleh digantikan dengan serbuk rempah kurma
sedikit garam halus

Bahan-bahan D:
2 tangkai daun kari
Bawang besar dihiris

Caranya:
Dada ayam dipotong kepada ketulan kecil, dibersihkan dan toskan airnya.
Satukan isi ayam bersama bahan B, saya tambah sedikit garam dan serbuk lada.  Gaul sehingga rata, tak perlu ditambah air.
Perapkan selama 2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Tutup bekas untuk mengelakkan ayam menjadi sedikit kering dalam peti sejuk.
Selepas 2 jam atau keesokkan harinya.
Keluarkan isi ayam dari peti sejuk.  Jika didapati ia terlalu kering, boleh ditambah 1 camca besar air dan digaul semula.
Satukan bahan C dalam mangkuk yang lain.
Golek-golekkan ketulan ayam (yang telah diperap sebelum ini) dalam campuran bahan C.
Buat sedikit demi sedikit supaya ia bercampur rata.
Pindahkan ia kedalam bekas yang lain, ulang sehingga habis.
Panaskan minyak dan goreng isi ayam sehingga masak.
*Oleh kerana ia tiada tulang yang keras, jadi proses memasak tak perlu terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi keras.
Sebelum diangkat, masukkan daun kari dan biar seketika.
Angkat dan toskan minyak.
Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment