Tuesday 5 March 2019

Ayam Panggang Dengan Glis Oren Halia






Sumber resipi: The Meatmen
Bahan-bahan A:-
1 ekor ayam, saya guna peha ayam
1 daun limau purut dihiris halus
1 biji lemon, diparut kulit dan hiriskan
1 tbsp halia diparut
1 tbsp kicap cair

Bahan-bahan B (glis):
1/2 cawan 100% jus oren tanpa gula
3 tbsp minyak zaitun
2 tbsp kicap cair
2 tbsp parutan halia
3 tbsp madu
1 tsp lada hitam tumbuk


Caranya:
Masukkan bahan-bahan A iaitu daun limau purut, parutan kulit lemon, halia dan kicap cair ke dalam mangkuk, kacau sebatikan.
Masukkan bahan-bahan yang telah digaul ke dalam perut ayam bersama hirisan lemon dan ketepikan.  Sediakan bahan-bahan glis.
Sapukan 1/4 glis pada permukaan ayam dan panggang pada suhu 160C.
Setiap 15 minit sapukan glis pada ayam, panggang sehingga masak.
Lebihan sos glis, masukkan dalam kuali dan masak sehingga pekat.  Angkat dan hidangkan.




No comments:

Post a Comment