Monday 20 May 2019

Ayam Panggang Sos Oren























Bahan-bahan:
Kepak ayam
Sedikit minyak zaitun
Hirisan kulit oren

Bahan-bahan air rebusan air oren:direbus +/- 30 minit, sejukkan:
Air perahan oren
Air perahan limau kasturi
Kulit oren, pastikan buang bahagian kulit putih, jangan banyak nanti pahit
Sedikit kayu manis
Sedikit minyak zaitun
Kicap cair
Garam secukup
Serbuk halia
Serbuk paprika
Seulas bawang putih cincang halus
Madu
Garam secukupnya

Caranya:
Masakkan air rebusan oren selama 30 minit.
Tapiskan air rebusan oren kedalam periuk besar.
Masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
Angkat dan tapiskan airnya, sejukkan dulu dan simpan dipeti sejuk.
Air rebusan oren jangan dibuang, masukkan semula dikuali dan pekatkan sedikit untuk diguna sebagai glis pada ayam.
Bila nak memanggang, sediakan alat pemanggang.
Masukkan sedikit minyak, panaskan dulu.
Susun ayam pada kuali pemanggang.
Semasa memanggang pastikan disapu glis pada aym.
Panggang sehingga masak.



No comments:

Post a Comment