Sunday 20 December 2020

Ikan Kembong & Terung Blackpeppers





 Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
Ikan kembung cuci bersih, perapkan dengan serbuk kunyit dan lada sulah, bila nak digoreng perahkan jus limau nipis
Terung dipotong panjang
Minyak menumis
Sos seafood Adabi
Kicap manis
Mentega
Sedikit air
Lada hitam tumbuk atau serbuk 
Hirisan cili opsenal

Bahan tumis:
Bawang besar hiris
Bawang putih cincang
Halia cincang

Caranya:
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga masak, letak dipinggan hidang dan ketepikan. 
Minyak sama, goreng Terung sehingga bertukar warna, angkat dan toskan minyak. 
Dengan kuali yang sama, keluarkan minyak, cair kan butter. 
Tumiskan bawang besar sehingga menjadi karamel, taburkan sedikit garam. 
Masukkan bawang putih dan halia, kacau rata. 
Masukkan sos seafood, kicap manis dan lada hitam, gaul sebati dan masukkan sedikit air, renihkan sebentar. 
Masukkan terung dan kacau sehingga Terung masak. 
Kalau kering boleh ditambahkan sedikit air. 
Tak perlu dimasukkan garam dan perisa kerana dah cukup rasa. 



No comments:

Post a Comment