Sunday 2 May 2021

Figo Plain Mantou & Jejari Ketam Bercili





Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan Mantou:
1 bungkus Figo Plain Mantou
1/2 ~ 1 cawan margerine
1/4 cawan minyak sayur

Cara menggoreng Mantou:
Cairkan margerine dan minyak sayur. 
Kemudian Panaskan minyak. 
Masukkan Mantou dan goreng sehingga kecoklatan. 
Jika suka boleh diglis dengan margerine cair selepas diangkat.

Bahan-bahan Cicah Mantou:
5 batang Jejari Ketam hiris
1 biji telur dikocok
Daun bawang hiris halus
2 sdb sos cili
1 sdb ketchup 
Sedikit perisa, garam tak perlu

Bahan-bahan kisar/tumbuk halus:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
1 sdb cili boh, ikut suka

Cara memasak Jejari Ketam Bercili:
Panaskan minyak. 
Tumiskan Bahan kisar sehingga layu. 
Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak. 
Masukkan jejari ketam, kacau. 
Masukkan sedikit air dan kacau sehingga jejari ketam terurai. 
Masukkan perisa, tambah air sedikit jika kurang. 
Masukkan sos cili, ketchup, kacau sebati. 
Masukkan telur dan kacau dengan cepat sehingga telur masak. 
Kepekatan ikut selera, nak cair Tambahkan sedikit air, jangan masuk banyak air. 
Cicah dengan Mantou semasa masih panas. 




No comments:

Post a Comment