Saturday 27 July 2013

Red Beans Bun


Source: Jane Chew / Arah / Kim sedikit penambahan dalam cara membuat
Bahan A:
300g Tepung Hong Kong (tepung pau boleh digantikan)
150g susu segar (guna susu low milk fresh milk)
50g gula caster
1 1/2 tbs shortening
1 tsp yis
Sedikit garam

Bahan B:
1 tsp Double Action Backing Power +1 tbs air

Bahan-bahan inti: Kacang merah / Kaya / Ubi Kentang dll
480g inti kacang merah readymade, bulatkan inti anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan

Caranya:
Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan.  Tutup dengan tuala lembab atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda (lebih kurang 45 minit - 1 jam).  Selepas doh naik pukul dan campak2kan doh supaya udara di dalam doh akan keluar.
Satukan pula bahan B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin.  Rehatkan lagi selama 15 minit sebelum dibentukkan bulat.  Pukul lagi dan campak2kan, kemudian diuli sebentar/
Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bahagian iaitu berat setiap 1 anggaran 35g.
Isikan dengan inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat-rapat untuk menggelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti.  Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus.
Rehatkan kembali lebih kurang 30 minit.
Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
Apabila air kukusan telah mendidh, kukuskan doh yang telah disusunkan di dalam tray tadi dengan menggunakan api yang besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5 minit.
Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5 minit, hidangkan panas-panas.\.
  

No comments:

Post a Comment