Sunday 8 December 2013

Roti Paun Nekma











Resipi: meow@myresipi.com
Bahan-bahan 2 - 3 loyang sederhana
1 sudu kecil yis kalau nak cepat naik taruk 2 - 2/12 sudu kecil
1 cawan air suam
1/2 cawan gula - boleh kurangkan dan campur susu pekat
1/2 cawan margerin/butter
Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli
Sedikit minyak untuk dilenserkan diatas roti

Caranya:
1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut.  Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang 1/2 cawan kedalamnya.
Kemudian masukkan air suam yang bercampur yis tadi ke dalam besen yang berisi tepung gandum.
Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur.  Kemudian masukkan marjerin/butter kedalamnya kacau sampai sebati.
Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli.
Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras.
Cuma agak-agak boleh diuli dengan tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yang lembut.
Kemudian doh direhatkan sehingga 1/2 - 45 minit hingga naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan.  Kemudian boleh dibentukkan bulat-bulat dan disusun ke dalam loyang yang telah dialas baking paper.
Dibairkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak di atas roti yang dah kembang kemudian bolehlah dibakar dengan kepanasan 180C selama 10 - 15 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment