Monday 12 September 2016

Sup Kambing Kentang Berempah
















Sumber Resipi: Saji September 2016 ~ sedikit perubahan
Bahan-bahan, rebus sehingga empuk:
1.5 kg Daging Kambing / Tulang Kambing
6 ulas bawang putih
4cm halia
1 paket sup bunjut
1 kiub ayam
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam

Direbus / kukus sehingga empuk dan lenyek halus:
3 biji Ubi Kentang

Bahan-bahan tumis:
Minyak Rice Bran sedikit
1 labu bawang besar * bertanda diblend halus
7 ulas bawang puith *
1" halia *
10 biji cili api hijau, ikut suka kepedasan
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar rempah kurma

Bahan-bahan taburan:
Hirisan daun sup / daun bawang
Bawang goreng mesti bubuh
Hirisan Limau Purut / Lemon mesti bubuh
1 biji tomato dibelah 6

Caranya:
Rebus kambing bersama halia dan bawang putih sehingga empuk.  Ketepikan.
Kemudian kisar bawang merah besar, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak, tumis rempah kasar iaitu kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga, sup bunjut dan bahan hirisan kasar bersama akar batang daun bawang dan daun sup.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, rempah kurma bersama sedikit air rebusan kambing.
Tumis sehingga rempah wangi dan pecah minyak.
Selepas itu, masukkan air secukupnya. Kacau sehingga sebati.
Kemudian tuangkan ke semua bahan ini ke dalam periuk rebusan daging tadi, masukkan garam dan lada hitam / putish secukupnya.
Sebelum di tutup api masukkan ubi kentang yang di lenyek, kacau sebati.
Masukkan tomato, rasa garam dulu sebeluem di matikan api.
Perah sedikit jus limau sebelum di makan, jangan lupa bawang goreng dan hirisan daun sup.

No comments:

Post a Comment