Monday 25 December 2017

Karipap (Air Kapur Sirih)





















Sumber resipi: Rasa online September 20,2017 (Terima kasih Rasa, jika dirumah tiada 3 bahan-bahan tepung bolehlah menggunakan air kapur sirih, Saya suka resipi ini, bentuk kelimnya kekal bila sudah digoreng dan tidak berminyak.  Saya olah semula sedikit resipi dibawah)

Bahan-bahan:
1 Kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin (boleh guna mentega, minyak sapi)
350ml air
2 sudu makan air rendaman kapur makan (yang jernih dibahagian permukaan atas)
Garam saya tambah

Caranya:
Panaskan minyak bersama marjerin.  Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli dengan menggunakan sudip kayu.
Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panas.
Gaulkan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
Kemudian masukkan air dan garam bersama kacau dan air kapur. Uli hingga menjadi licin dan sebati sudah mencukupi.
Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik atau mangkuk besar.  Tutup dengan plastik/kain kalau menggunakan mangkuk, supaya tidak terkena angin.
Perapkan selama 4 jam. Tujuan doh diperap supaya ia lembut dan berminyak sedikit.
Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti.
Kelim dengan kemas dan goreng sehingga garing.
Jika nak buat frozen, cukup sekadar goreng karipap separuh masak, kemudian bekukan.



No comments:

Post a Comment