Sunday 24 May 2020

Mee Champa Pedas Berasap

Minyak Bawang Putih

Kuah Tulang & Daging



Sayur asin, limau nipis, Sambal lada, daun ketumbar, daun bawang


Sumber resepi:Puan Tahrunnisah Jali via rasa.my
Bahan kuah:
1 1/2 ~ 2 kg tulang dan daging lembu untuk buat bone broth (air/rebusan tulang)
3 liter air
4 biji bawang holland* potong 4
3 biji bawang merah*besar potong 4
2" lengkuas* dihiris nipis
Seekor sotong kering* saiz sebesar tapak tangan, jika ada
1 ikat daun ketumbar
Daun bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
Garam
Gula
Perapa jika perlu.
Serbuk lada sulah/serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging

Cara memasak kuah:
Merebus tulang dan daging ini memakan masa yang lama untuk mendapatkan bone broth.
Caranya didihkan air rebusan dahulu, masukkan daging dan tulang selama 30 minit hinnga 1 jam.
Kemudian buang air rebusan daging berserta kotoran.
Kemudian masukkan air, tulang  serta daging, rebus kembali.
Selepas 30 minit air mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh, buang lagi airnya.

Kemudian masukkan air yang baru 3 liter, masukkan tulang serta daging dan rebus lagi.
Kali ini rebus daging hingga empuk.
Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5~6 jam.
Sementara daging empuk, bolehlah dibakar dahulu bawang holland, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kulit kayu manis dan bunga lawang.
Dalam rebusan tulang tersebut, masukkan bahan-bahan yang dibakar tadi. Masukkan sos ikan, daun ketumbar, daun bawang, serbuk lada sulah/serbuk lada hitam, kiub stok perisa daging, garam, dan daun bawang. Rebus dengan api perlahan.
Tip: Tapis kuah atau bahan rempah tidak masuk kedalam mangkuk mee.

Sambal lada:
4 biji lada besar*
20 ~ 30 biji cili padi*
2 ulas bawang putih*
2 sdb cuka
Sedikit garam

Cara membuat sambal lada:
Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda *. Kemudian toskan airnya dan kisar hingga hancur berserta cuka dan garam. Siap.


Minyak Bawang Putih:
3 labu bawang putih, bersihkan, hiris nipis atau cincang halus
1 cawan minyak jagung

Cara memasak minyak jagung:
Panaskan minyak, masukkan bawang putih Goreng sehingga kekuningan, tutup api.

Bahan hidangan lain:
Kuey Teow, Mee Hoon, Mee Champa
Daun ketumbar, daun sup dan daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin dipotong halus
Sambal lada
Tauge
Kicap
Serbuk lada sulah/serbuk lada hitam
Gula ditambah jika suka manis
Sos ikan jika perlu

Bolehlah diletak kicap, perap jus limau, sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada sulah/serbuk lada hitam, sos ikan jika perlu, gula jika suka manis. Bahan tambahan inilah penyedap mee




No comments:

Post a Comment