Saturday 10 May 2014

Popiah Blackpepper

Bahan-bahan:
1 bungkus kulit popiah
1 biji sengkuang kecil 
1 biji lobak merah
1/2 biji kobis manis
1 biji bawang merah besar dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
Minyak untuk menggoreng
Air jika perlu sedikit sahaja

Bahan pelekat:
Tepung jagung secukupnya dibancuh dengan air sedikit

Bahan-bahan sos, digaul sebati:
Blackpepper sos
Sos tiram sedikit
Sos hoisin sedikit
(Tidak perlu bubuh garam)

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang merah sehingga layu, masukkan sengkuang, lobak merah dan kobis manis, kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan sos, masak sehingga kering.
Angkat dan sejukkan.
Setelah sejuk bolehlah digulungkan diatas kulit popiah lalu digoreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos blackpepper.






No comments:

Post a Comment