Saturday 24 May 2014

Ubi Kayu dan Sambal Cili Hijau

Sumber: Mat Gebu
Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang holland dihiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Bahan-bahan dikisar:
150g cili hijau
10 biji cili padi hijau kampung
1 kiub ikan bilis
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

Caranya:
Dalam alat pengisar (blender), masukkan bawang merah, bawang putih, kiub ikan bilis dan buah keras.
Tuang sedikit air dan kisar hingga halus.  
Tambah cili padi dan cili hijau (patah-patahkan) dan kisar sekejap, tak perlu sampai cili terlalu lumat, setakat hancur sudah memadai, ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar tadi, masak hingga garing dan terbit minyak.
Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis (toskan dan perah).  Kacau rata.
Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan serbuk perasa (jika guna).
Masukkan hirisan bawang holland.
Kacau dan masak sehingga bawang lembut.  Rasa baru boleh dimatikan api.
Hidangkan bersama ubi rebus.

Ubi Rebus:
Ubi kayu secukupnya
Sambal tumis sebagai pencicah

Caranya:
Ubi kayu dicuci, buang kulitnya dan kemudian kerat pendek-pendek.
Jika saiz agak besar bolehlah dibelah dua setiap keratan, cuci sekali lagi dan toskan.
Masukkan ke dalam periuk, isi air hingga ubi tenggelam.
Letak garam sedikit dan rebus hingga ubi empuk.
Nota: Jika ubi yang bagus ia kan empuk dan berkanji 

Nota Kim:
Sambal cili hijau boleh juga dimakan dengan ubi goreng.
Ubi dibersih, digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Goreng ubi sehingga empuk, angkat dan bolehlah dicicah dengan sambal cili hijau 




No comments:

Post a Comment