Saturday 20 September 2014

Kacang Kuda Berempah



Bahan-bahan:
Kacang kuda, dibersih, rendam semalaman, rebus hingga empuk dan toskan air (semasa proses separuh masa direbus masukkan garam dan gula)

Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit santan pekat/air

Bahan-bahan rempah:
Biji sawi
Jintan hitam
Bawang merah, dimayang
Bawang putih, dimayang
Halia, dimayang
Daun pandan, disiat
Daun kari
Cili kering dipotong dan buang biji
Rempah kari ayam, dibancuh dengan sedikit air

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumis bahan-bahan rempah biji sawi, jintan hitam dan cili kering.
Masukkan daun pandan, daun kari, halia dan kacau lagi, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih.  Setelah harum masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati.
Masukkan garam dan gula secukupnya, dikacau rata.  Dimasukkan sedikit santan pekat.
Akhir sekali masukkan kacang kuda dan dibalik-balikkan sehingga rata.  Angkat dan hidang.



No comments:

Post a Comment