Saturday 15 November 2014

Ayam Rangup Bersalut Serbuk Roti Dan Sos Buah-Buahan















Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim 

Bahan-bahan:
Kepingan Isi Ayam, cuci bersih dan toskan 

Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan A: Gaul rata dan perapkan dengan kepingan ayam
Garam
Serbuk lada
Serbuk Paprika
Serbuk Cayenne
Susu cair sedikit
Jus limau kasturi


Bahan B: Digaul sebati
Tepung protin tinggi
Tepung green pea sedikit
Tepung jagung
Sedikit pati ayam

Bahan C: 
Serbuk roti secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak di kuali/periuk.
Ambil sekeping ayam yang telah diperapkan lebih kurang 30 minit, gaulkan dengan bahan B.
Kemudian digaul dengan bahan C.
Masukkan kedalam minyak yang panas.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
Hidangkan semasa masih panas.

Sos Buah-Buahan:
1 biji tomato, dicincang
4 ulas bawang merah, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1" halia, dicincang
Secukup buah-buah kering, dicelur dengan air panas sebentar, kemudian toskan
1 sudu kecil sos cili
Serbuk roti secukupnya untuk memekatkan kuah
1 sudu besar air tepung jagung
Secukup jus limau kasturi
Secukup garam
Secukup gula
Air secukupnya
Sedikit Minyak untuk menumis 

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali,
Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
Masukkan tomato dan halia. Kacau sehingga tomato kering.
Masukkan buah-buah, sos cili dan air secukupnya.
Masukkan serbuk roti dan tambahkan air lagi, kacau sehingga serbuk roti menjadi pekat.
Masukkan garam dan gula secukupnya
Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (jika suka masam boleh bubuh lebih sikit) dan air jagung, masak sehingga menjadi pekat atau cair sedikit, ikut suka.












No comments:

Post a Comment