Sunday 16 October 2016

Nasi Biryani Tomato Masala
















Bahan-bahan:
Beras basmathi, cuci bersih dan rendamkan, kemudian ditos
Air (1 pot beras + 1 pot air, lebihkan sedikit air, sikit saja dalam 1")
Bawang besar ~ dimayang
Bawang putih ~ dimayang
Halia ~ dimayang
Cherry tomato dicincang
Daun ketumbar ~ dimayang
Cili padi sedikit
Rempah garam masala
Garam secukupnya
Minyak sayuran / ghee secukupnya
Ghee / yogurt
Pati ayam

Bahan-bahan tumis
Akar ketumbar *bertanda diblend halus
Bawang putih *
Halia *
Kayu manis
Biji pelaga
Bunga cengkih
Bunga Lawang

Bahan-bahan taburan:
Daun ketumbar
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya:
Masukkan sedikit minyak sayuran / ghee kedalam kuali.
Tumiskan kayu manis, biji pelaga, bunga cengkih dan buang lawang hingga harum
Masukkan bahan-bahan blend dan kacau sebati, sehingga harum.
Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sehingga layu dan harum
Masukkan bawang putih dan halia tumis sebentar, masukkan cherry tomato dan cili padi, kacau sehingga sebati.
Masukkan sedikit rempah garam masala, kacau sebentar sehingga rata.
Masukkan sedikit daun ketumbar.
Kacau sebati semua sehingga rata, masukkan beras dan kacau perlahan-lahan, kacau lebih kurang 1-2 minit.  Masukkan air, pati ayam dan garam secukupnya.
Kemudian bolehlah dialihkan beras untuk tanak nasi seperti biasa.
Selepas nasi telah masak, masukkan sedikit minyak sapi atau yogurt.
Sebelum di hidangkan ratakan minyak sapi atau yogurt.





No comments:

Post a Comment