Monday 1 January 2018

Chocolate Lasagne




Sumber resipi: resipicitarasawan via FB Resipi Ringkas
Bahan A : Dasar Biskut Oreo
36 ketul oreo dikisar ambil krimnya sekali
6 sudu besar mentega cair

Caranya:
Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang atau acuan, tekan padat dan simpan di dalam peti sejuk.

Bahan B: Cream Cheese
250gm cream cheese
60gm gula kastor, guna 1 sudu besar gula kastor
2 sudu besar susu segar

1 cawan Dairy UHT whipping cream, dipukul sehingga kental

Caranya:
Pukul cream cheese sehingga lembut.
Kemudian masukkan gula kastor dan putar hingga lembut dan licin.
Masukkan susu segar dan pukul sebati.  Ketepikan.
Di dalam bekas yang lain, pukul dairy whipping cream sehingga kental.
Kemudian kaup balik ke dalam adunan cream cheese sehingga sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian, masukkan ke dalam piping bag.  Ketepikan.

Bahan C: Chocolate Puding
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor (guna 1/4 cawan)
1/8 sudu teh garam
3 cawan susu segar
185gm dark chocolate, dicincang
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk koko

Caranya:
Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas.
Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan.
Masak di atas double boiler dengan api sederhana.
Masukkan serbuk koko dan whisk dalam 15 20 minit atausehingga adunan sebati dan pekat.
Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2-4 minit atau sehingga puding kental.
Alihkan dari api dan masukkan esen vanila.  Kacau rata.
Sejukkan dan ketepikan.

Nota: Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.

Cara melapis:
Picitkan 1 bahagian adunan cheese ke atas dar biskut oreo.  Ratakan.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk selama 10-15 minit.
Kemudian lapis di atasnya dengan chocolate puding dan ratakan.
Simpan semula di dalam peti sejuk sehingga bahagian atas puding beku dalam 10-15 minit.
Akhir sekali picit adunan cheese, ratakan dan taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Enak di hidang dingin.




No comments:

Post a Comment