Monday 1 January 2018

Sup Kambing Thailand





















Sumber resipi : Majalah Rasa
Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam, dipotong kecil ~ ganti dengan tulang kambing yang telah direbus separuh masak, toskan air dan simpan air rebusan
1 batang serai dititik
2sm lengkuas dititik
1 batang saleri dipotong serong
1 biji tomato dipotong 4
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi dipotong
1/2 biji limau nipis
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya (air rebusan tulang kambing)
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya (air rebusan tulang kambing) dan masukkan daging (tulang kambing).
Biarkan sehingga ayam masak (tulang masak sepenuhnya).
Seterusnya masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar.
Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.

Tip: Jangan biarkan kulit limau nipis di dalam sup untuk mengelakkannya dari menjadi pahit.
Seeloknya hanya masukkan air perahan limau nipis sahaja. 

No comments:

Post a Comment