Monday 8 January 2018

Ikan Kurau Halia Nyonya Style



























Bahan-bahan:
2 keping ikan kurau digaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hinnga masak, angkat dan taburkan sedikit serbuk lada putih semasa masih panas dan ketepikan

Sedikit air
Minyak
Garam secukupnya

Bahan-bahan tumis:
1 batang serai diketuk
1 helai daun limau purut dicarik
3 ulas bawang putih di cincang
1" halia dicincang
1 bawang besar holland dibelah 4
1 tomato dibelah 4
Cili padi merah dan hijau ikut suka diketuk

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan serai dan daun limau purut sehinnga wangi.
Masukkan bawang putih dan halia, kacau sebati dan layu.
Masukkan cili padi. Bawang besar holland dan tomato.
Kacau sebati sehingga layu.
Perasakan dengan garam dan sedikit air dimasukkan.
Biarkan sebentar, rasa dulu sebelum di tuangkan atas ikan.
Sedap dimakan masih panas bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment