Wednesday 7 November 2018

Ikan Masak Keongsom Thailand





















Sumber resepi:bidadari.my
Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap, guna ikan jenahak

Bahan-bahan, dikisar sehingga halus:-
1/2 genggam cili padi merah
3 biji cili merah hidup
1/2" belacan
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup

Bahan-bahan lain:
1 sudu besar asam jawa atau jus limau nipis
1/2 keping gula merah
Garam
Seikan kangkung
Air secukupnya

Caranya:
Rebus semua bahan kisar bersama secukup air dan masukkan asam jawa, garam.
Bila mengelegak masukkan ikan biar seketika sebelum dimasukkkan kangkung.

Nota: untuk memastikan keaslian masakan Thai, jangan letak daun kesom atau bunga kantan, dan masukkan gula Melaka atau gula Siam Thailand sahaja.


No comments:

Post a Comment